Misi : Latihan Keseimbangan 2.0

2K 158 27
                                    

Ejen Muda : WOAAAAHHHHHHHH!!!!

Keindahan alam yang berada di kawasan Benteng Pulau Rintis itu membuatkan para Ejen Muda terpukau, terkaku dan terpesona.

TeRpEsOnA~

AkU~

TeRpEsOnA~

//PLAK!!!//

Sampaikan yang berhati batu kalah batu gunung berapi seperti Rudy sekalipun, turut terpukau sama seperti yang lain. Tapi tak ada lah menjerit macam orang sawan macam yang lain tu, ehek-

Alicia : Pulau Rintis? Saya macam pernah dengar tempat ni, Papa pernah mention tempat ni, tapi saya tak beberapa ingat, sebab masa tu lebih kurang 5 tahun lepas.

Boboiboy : Tanggal 27 Jun?

Alicia : Y-ya.

Boboiboy : Well, nampaknya kamu tak salah dengar. Kamu semua, ini lah Pulau Rintis. Kampung aku.

Boboiboy menghadap ke arah budak budak itu sambil tangan kanannya diangkat, memperlihatkan kampung halamannya itu.

Moon : Cantiknya tempat ni! Banyak pokok pokok sebenar di sini! Kan Iman kan?!

Iman : Hm. *angguk*

Ali : Cun gila!

Kepala Ali hampir sahaja nak terteleng sebab dok tengok sana sini banyak kali, sebab teruja dapat tengok tempat baru.

Boboiboy : Tapi rumah aku bukan dekat sini lah. Sini cuma benteng sahaja.

Budak budak itu sibuk melihat sekeliling. Tak pernah keluar dari Cyberaya katanya. Bukan senang untuk mereka lihat pokok sebegitu banyak dan tebal kalau dekat Cyberaya.

Bulat : So, apa kita buat dekat sini sebenarnya Tuan?

Boboiboy : Hah, saya ingat kamu tak nak tanya. Tunggu jap eh.

Boboiboy pun  memegang jam kuasanya, bercahaya, dan berubah menjadi Element tanahnya, Gempa. Yang lain pun turut terpesona melihat kuasa Boboiboy yang seterusnya.

Gempa : Hai semua! Nama aku Gempa. Penguasa Element tanah milik Boboiboy. Tapi kalau kamu semua nak panggil aku Gem je pun tak apa.

Gempa tersenyum manis, dengan senyuman khasnya ke arah anak anak buah barunya itu.

Para Ejen Muda selain Rudy merasakan aura hangat pada Gempa, membuatkan mereka terus menyukai Element satu ini.

Sebaliknya, Rudy berasa tidak sedap hati melihat senyuman itu. Seperti melihat seorang pembunuh bersiri di depan mata mereka.

Rudy : Er........

Gempa pun membawa mereka ke tempat yang lebih lapang untuk latihan mereka pada hari itu.

Gempa : Ok, latihan hari ini adalah latihan keseimbangan. Rasanya Fan dah ajar korang benda tu. Tapi, untuk aku lain sikit. Korang boleh panaskan badan dahulu.

Gempa memberi arahan pertamanya pada mereka, dan terus sahaja melakukannya, termasuk Rudy.

Mika : Boleh tahan baik jugak ek kita punya Mentor kali ni. Tuan Taufan pun baik juga. Tapi yang akhir tu tak beberapa baik.

Jet : Harap jelah yang Tuan yang kali ni tak berkeras macam yang lagi dua tu. Dah berapa kali dah kita masuk bilik sakit untuk bulan ni *sweatdrop*

Rudy : Korang ni terlalu cepat percayakan dia.

Mika : Hm? Apa maksud kau?

Rudy : Dia masih lagi sebahagian dari yang lagi dua tu. Jadi, kemungkinan dia juga sama macam mereka. Kita tak boleh berlengah sikit pun. Dia boleh sahaja lakukan apa apa sahaja. Sebab dia Mentor kita sekarang ni.

New Mentor-Boboiboy X Ejen Ali (New EAC)Where stories live. Discover now