Misi : Sekolah

2.1K 161 42
                                    

Kelihatan seorang budak kecik umur 13 tahun masih lagi terbungkang di atas katil walaupun matahari dah terbit di langit sana.

Bunyi alarm telefonnya bergema di seluruh bilik tidurnya yang boleh tahan padat itu. Dah lah bersepah. Empu punya tuan bilik pun rambut dah macam sarang burung.

Let it go~

Let it go~

I'm one with the wind and sky~

Let it go~

Let it GoOoOoOoOo~

They will never see me CrYyYyayyyaiiiiii~

Tuan punya bilik, dengan mamainya, membuka matanya walaupun masih separuh tidur. Dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja di sebelah katilnya. Siapa lagi kalau bukan Ali si Kenet.

Ali : Huaaaaaaam. *menguap* Dah pukul berapa ni?

Dah lah menguap sebesar Gua Niah. Ali menggosok matanya. Matanya masih kabur akibat baru bangun dari tidur.

Selepas berkelip 100 kali, matanya pun akhirnya clear. Dia melihat ke waktu sekarang yang berada di telefonnya.

Ali : Mmmmmm...... oh, dah pukul 7......

Loading~

Ali : HAH?! DAH PUKUL 7?!?!

Dengan gelabah tak tentu pasal, Ali melompat turun dari katil macam atlet sukan lompat pagar dan terus nge-drift ambil tuala dan baju sekolah.

Mandi pun ala kadar je. Siram 3 kali, gosok gigi, dan terus pakai baju tanpa basuh rambut. Dengan kecepatan super sonic, dia ambil sikat dan sikat rambut sambil lari keluar bilik.

Oh ya, Ali tidur dekat asrama hari tu sebab Ayah dia kerja malam, tak dapat balik rumah. Dia pun dah minta kebenaran dekat ayah dia. Cakap nak tidur dekat rumah kawan.

Ali : Mampos aku kalau datang lambat lagi hari ni!!! Dah 7:20! Lagi 10 minit je sebelum masuk kelas!!! Menyesal pulak mintak bermalam dekat sini!

Jarak dari sekolah Ali ke Akademj mengambil lebih kurang 40 minit kalau jalan kaki, 20 minit kalau naik skuter dia. Mati dia dengan Alicia nanti. Dah lah hari Isnin selalu dia yang jaga pagar sekolah.

Tanpa sedar, Ali terlanggar seseorang. Sampai terbalik Ali dibuatnya.

Ali : Adeh! *terjatuh* Adoi......

Rupa rupanya, yang Ali terlanggar itu adalah Boboiboy yang turut sama dengan rambut kusut masainya yang nampak sangat baru bangun tidur juga itu. Tapi dia dah mandi. Dia pakai sut oren yang selalu dia pakai tu.

Boboiboy : Eh? Ali?

Ali : E-Ejen Boboiboy! *terus bangun, bagi tanda hormat*

Boboiboy : Kenapa kau tak pergi sekolah lagi? Yang lain semua dah pergi dah dari pukul 7 tadi.

Ali : S-saya terbangun lambat.... saya ada 10 minit je lagi ni! Matilah nak! Kalau saya naik skuter pun ambil masa 20 minit!

Boboiboy : Kalau macam tu, nak tumpang aku naik motor tak?

Ali : *masih dalam gaya gelabah, tengok Boboiboy* Naik motor?

Boboiboy : Yep!

Ali dan Boboiboy pun keluar dari banggunan asrama itu.

Boboiboy menekan jam kuasanya, dan muncullah motor dia yang terlebih gempak yang dihadiahkan oleh Motobot kepadanya itu.

Punyalah hebat motor itu sampai Ali ternganga macam nampak buaya tengah berbulan madu pulak.

New Mentor-Boboiboy X Ejen Ali (New EAC)Where stories live. Discover now