Misi : Asrama

2.5K 181 36
                                    

Sepanjang perjalanan, tak ada benda yang best sangat pun berlaku. Diodang dok diam je sebab tak tahu apa nak borak. Yelahkan, dah 5 tahun tak berjumpa. Jumpa jumpa pun secara tak sengaja, lepas tu terus lawan. Sangat salam reunion yang sangat indah Ū_Ū

Boboiboy hanya memegang tangan Ochobot yang terbang didepannya. Ejen teras dan General pulak sibuk buat hal masing masing.

2 jam kemudian, mereka pun selamat sampai di Cyberaya. Boboiboy menarik nafas lega selepas 2 jam dok terperap dalam kereta api tu. Siap regangkan badan lagi sebab tak dapat buat apa apa selama 2 jam.

Boboiboy : Fuh.... sampai.
General : Oh ya. Lupa nak tanya. Apa yang kamu buat di Cyberaya ni semalam?
Boboiboy : Hm? Oh, TAPOPS kan beri saya cuti minggu lepas. Untuk lepaskan stress, Tok Aba pun benarkan saya bercuti sementara di sini selama 2 hari.

Boboiboy mendepakan tangannya ketepi seperti kanak kanak rebina. Dia menarik nafas, dan tersenyum riang.

Boboiboy : Boboiboy rindukan tempat ni! Dah 5 tahun tak dapat merasa kembali ke sini! Boboiboy masih tak puas tinggal di sini!

Atasan M.A.T.A terketawa kecil melihat perangai Mantee lama mereka itu. Tidak berubah langsung perangai manja dan riangnya itu sejak terakhir kali mereka berjumpa.

Boboiboy : Tapi......

Boboiboy menoleh kebelakang. Matanya menatap tajam dan dingin, seperti mata khas Ice, ke arah mereka bertiga. Mereka meneguk ludah kelat.

Boboiboy : Saya masih belum lupakan lagi perkara tu.....

Boboiboy memandang kedepan semula dan secara ajaibnya kembali ke dirinya yang ceria.

Boboiboy : Jadi apa lagi! Tuan, Puan! Jomlah kita pergi sekarang!

Mereka pun menghembuskan nafas lega. Mereka lupa pasal sisi Boboiboy yang satu itu. Ya.... kejadian 7 tahun lepas......

Ehem ehem! No no kelam kelam sudah! Stay happy happy! Karang tak pasal pasal tumbuh uban macam Author korang ni walaupun baru 15 tahun//plak!!//

Mereka pun mula berjalan ke dalam bandar Cyber itu.

General : Kamu boleh berjumpa dengan budak budak tu esok. Hari ini, kamu isilah dulu bilik baru kamu di asrama M.A.T.A nanti.
Boboiboy : Hm? Asrama? M.A.T.A dah ada asrama ke?
Dayang : Yep! 2 tahun selepas kamu pergi, M.A.T.A telah pun membina banggunan asrama untuk ahli ahli ejen muda terbaru kami.
Boboiboy : Wahhhhh M.A.T.A dah makin hebat sekarang! Rindunya nak tengok M.A.T.A!
Ganz : Baguslah tu. Kami pun sebenarnya rindukan kamu sangat sangat Boboiboy.
Boboiboy : Tapi kan Tuan. Betul ke Tuan dan Puan percayakan saya dengan mereka?
General : Hm? Kenapa kamu tanya macam tu?
Boboiboy : Bukan apa. Saya cuma takut saya hilang kawalan sahaja.
Atasan M.A.T.A : ..........
Boboiboy : Macam Tuan dan Puan tahu, saya kan ada kuasa sekarang. Saya takut saya hilang kawalan dan tercederakan mereka. Tuan tahukan yang saya ada masalah kawal kemarahan. Sampai sekarang saya masih tidak dapat mengawalnya lagi.

Atasan M.A.T.A berpandangan satu sama lain, apabila mendengar jawapan Boboiboy.

Ya, Boboiboy tak salah. Dia memang ada masalah kemarahan dari kecik, sampai terbawa ke besar. Kalau Boboiboy tak ada sifat tu, kemungkinan Hali dan Blaze masih tidak wujud.

Boboiboy ni pun bukan calang calang. Kalau belasah orang bukan main. Arwah karang budak budak tu kalau Boboiboy mengamuk. Mengamuk tu pun satu hal. Hancurkan semua benda. Ehem ehem- Blaze- ehem ehem.

Ganz : Jangan risau Boboiboy. Saya juga mempunyai masalah kemarahan masa saya masih ejen junior dulu. Tapi, percayalah. Semakin kamu besar, semakin kamu dapat kawal perasaan kamu tu. Manusia memang dibuat oleh emosi. Tapi, hanya kitalah yang mampu mengawalnya. Kalau bukan kita, siapa lagi. Sebab tu lah kami percayakan kamu untuk melatih mereka. Kerana kami tahu, kamu tidak akan sanggup lakukannya, walau semarah manapun kamu.

Boboiboy : Bukan nak lawan ketua, tapi jangan salah anggapkan saya. Boboiboy yang dulu dah tak ada. Saya pernah hampir terbunuh kawan saya kerana marahkannya. Saya cuma beri amaran awal. Saya tak nak ketua bencikan saya kalau saya hilang kawalan.

Ejen Dayang tersenyum mendengar kata kata Boboiboy.

Dayang : Boboiboy, ada sebab kenapa kami memilih kamu dari awal. Kerana kamu istimewa. Kamu pedulikan orang lain sebelum diri kau. Memikirkan tanggungjawap sebelum nyawa. Sanggup menerima beban walaupun kamu masih muda. Kamu kuat, Boboiboy. Itulah apa yang M.A.T.A nak. Seorang ejen yang kuat. Sekiranya kamu hilang kawalan, jangan risau, kami ada.
Boboiboy : ........ terima kasih Puan.....
Dayang : It's ok.

Semua Atasan M.A.T.A tersenyum sinis.

Mereka kini tiba di M.A.T.A. Sebelum nak ke sana, kena lalu M.A.T.A dulu. Boleh kelihatan seberapa kagum dan terujanya Boboiboy di mata coklatnya itu.

Boboiboy : Wow wow wow wow! Tempat ni tak berubah langsung dari last time yang saya ingat!
General : Yep! Reka bentuknya masih sama dari dulu. Tapi telah banyak benda lain yang diupgrade sepanjang kamu tiada disini. Robot robot pengawal sudah pun banyak. Buster Droid pun kini telah diguna secara tetap untuk melatih ejen ejen muda terbaru kami.
Boboiboy : Wow! Buster Droid?! Seingat saya, masa saya masih dalam M.A.T.A dulu, ianya masih dalam fasa percubaan!
Dayang : Yep! Ejen ejen Tekno telah pun menyiapkan Buster Droid sehingga lengkap dan mula digunakan secara rasmi. Sebulan setelah kamu pergi. Hebat kan?
Boboiboy : Hebat hebat hebat hebat!

Mereka berempat pun ketawa. Mereka bertiga rindu berborak biasa dengan Boboiboy macam ni. Waktu Boboiboy masih dalam M.A.T.A, dia selalu menggunakan bahasa hormat dan sopan kerana dia hanyalah Mantee kepada Atasan M.A.T.A walaupun mereka dah kata yang dia tak perlu.

Boboiboy : Oh ya. Maaflah pasal Tok Aba semalam. Dia..... masih belum maafkan Tuan dan Puan sepenuhnya lagi.
Atasan M.A.T.A : ............
Dayang : Tak apalah Boboiboy. Bukan salah kamu pun. Kami yang salah....
Boboiboy : Tak apa. Saya tahu yang Ketua tak sengaja pun masa tu.
Ganz : Still. Kami minta maaf.
Boboiboy : Tak apa ketua. Saya dah maafkan kalian. *bisik* belum sepenuhnya lagi.....

Tidak lama kemudian, mereka pun tiba di banggunan Asrama M.A.T.A.

General : Kamu bertuah yang saya telah kosongkan banggunan asrama ni. Saya bagi budak budak pergi buat apa yang diorang nak dekat luar sana. Saya pun telah memilih bilik terpencil khas untuk kamu, supaya tiada yang mengenali dan berjumpa kamu sebelum esok.
Boboiboy : Wahhhhh! Terima kasih General!
Dayang : Oh ya. Mana robot kuning kamu tu?
Boboiboy : Hm? Oh, dia ada dalam ni.

Boboiboy melepaskan beg galasnya dan membuka zip beg itu. Kelihatan Ochobot dalam mode off sedang tidur di dalam beg Boboiboy.

Dayang : Hm, baguslah macam tu. Ini kad untuk masuk ke dalam bilik kamu. *keluarkan kad, bagi ke Boboiboy*
Boboiboy : Terima kasih Ejen Dayang!
Dayang : Sama sama.
Boboiboy : Dan oh ya. Boleh tak kalau Boboiboy nak jumpa Tuan dan Puan 2 jam lepas ni?
Ganz : Hm? Kenapa?
Boboiboy : Sebagai Mentor saya, Tuan dan Puan layak melihat kesemua kuasa saya. Dan lihat sekiranya saya masih layak melatih mereka.
General : Sudah tentu. Jumpa di bilik latihan 2 jam dari sekarang. Boboiboy : Baik General!
General : Sama sama.Biar saya yang bawa kamu ke bilik baru kamu.

General pun membawa Boboiboy ke bilik barunya. Setelah sampai, General pun berlalu pergi, memberi Bkboiboy privasi untuk mengemas biliknya. Boboiboy pun masuk ke dalam biliknya, dan menutup pintu. Boboiboy mengelilingi bilik kosong yang hanya memiliki satu katil itu.

Boboiboy : Besarnya....

Boboiboy mengetuk dinding satu persatu. Dindingnya kalis bunyi.

Boboiboy : Hehe.

"BOBOIBOY KUASA TUJUH!!!!"





















1140 perkataan

🕺

New Mentor-Boboiboy X Ejen Ali (New EAC)Where stories live. Discover now