BAB 12

66 10 0
                                    

    Welcome back to another chapter. Kalau sudi  tekan vote  ya. Thanks sudi support and have fun guys ♥️




AWAL pagi lagi Zamri telah menyibuk di meja Aden. Bila sahaja Aden masuk tadi lantas Zamri menghampirinya. "Kau ni tak de kerja ke? Asyik nak menyibuk je dekat aku ni," Aden terus bertanya setelah dia berasa tidak selesa dengan kehadiran Zamri. Dia nak siapkan cepat kerja yang dia perlu bentang minggu ini. Lepas itu nak turun lawat tapak projek lagi. Dia tiada masa untuk duduk goyang kaki ketika ini.

Zamri tersengih sahaja sambil bermain dengan pen yang berada di meja Aden. "Kau nak apa sebenarnya ni? Tak nampak ke tengah sibuk ni," marah Aden perlahan.

"Sabar lah. Bawa bertendang. Eh bertenang," ketika itu Aden sudah memandang tajam lelaki itu. Dia kemudian bersandar di kerusi lalu mengurut pelipisnya dengan perlahan. Pening kepalanya sebab nak siapkan kerja. Lepas itu nak layan perangai Zamri lagi yang entah apa ni.

Bila dah berehat sekejap Aden menyambung buat kerja semula. Dibiarkan sahaja Zamri di hadapannya itu. Dia anggap sahaja Zamri tidak wujud ketika ini. "Sampai hati kau tau tak bagi tahu aku yang kau dengan perempuan tu couple," jejari Aden yang tengah khusyuk menaip itu terus berhenti.

Aden menoleh memandang Zamri. "Kau kata apa tadi?" soalnya semula sebab dia takut dia tersalah dengar.

"Alah kau dengan si perempuan tu lah. Perempuan yang langgar kau dulu. Tak ingat?"

Aden terus membaling sebatang pen pada Zamri. Tepat kena pada baju kemeja putih lelaki itu. Habis terconteng terkena dakwat pen hitam berkenaan. "Gila ke apa. Sejak bila pula dia tu jadi awek aku pula," ujar Aden. "Habis dia selalu pun muncul dalam status adik kau. Lepastu selalu tengok ada Zahra dalam story ig dia," Zamri memberitahu.

"Dia ikut korang balik Johor kan baru-baru ni. Siap pakai baju arwah tunang kau lagi. Dah berapa lama korang couple?" Aden terus mengeluh pendek dan mengetap giginya.

"Bodoh tu simpat sikit lah buat anak cucu kau. Dia kan berkawan dengan adik aku. Siap jadi bestfriend Zara lagi. Baru-baru ni dia ikut kitorang balik Johor sebab nenek aku nak sangat jumpa dia lagi. Mahu tidak mahu aku kena tunaikan permintaan nenek aku tu," sebab nenek dia pernah jumpa dengan Clara 2 bulan yang lalu.

Kerana rindu akan Clara lah dia suruh Aden balik Johor bawa Clara. Dia tak sangka neneknya itu cepat menerima kehadiran Clara. Malahan pula sanggup buatkan laksa buat Clara. Masa Puan Masyitah masuk dalam keluarga mereka tidak pula neneknya itu semesra seperti berjumpa dengan Clara.

Zahra pula yang cemburu bila neneknya lebih layan dan sayang dekat Clara berbanding dirinya. Clara turut juga menjadi perhatikan saudara lelaki mereka di sana. Yang perempuan pula cemburu kerana Clara berkulit putih.

"Lah baru jumpa sekali terus nenek kau suka ya? Nampak gaya ada orang baru lah dalam keluarga kamu nanti," kata Zamri. "Kau dah gila ke. Punya main jauh beza umur abah aku dengan dia," Zamri segera menampar dahi sendiri. Apa punya lelaki lah lambat nak faham.

"Bukan dengan abah kau lah. Dengan kau lah. Tu pun tak boleh nak perasaan ke? Aku tengok keluarga kau semua dah terima perempuan tu. Walaupun belum jadi kekasih kau. Ni kalau kau ajak kahwin memang senang lah. Keluarga kau restu habis," memang sejak dulu lagi Zamri tidak habis-habis menjodohkan dia dengan Clara. Ada sahaja benda yang dia nak kaitkan dekat Aden.

Mungkin sebab dia kesian kawannya itu umur sudah 26 tapi belum kahwin lagi. Dia kesian tengok Aden hidup tanpa peneman. Padahal hakikatnya dia sendiri pun belum kahwin juga. Konon nak kakaknya kahwin dulu supaya dia tak langkah bendul. Sekurang-kurangnya Aden dah nak hampir kahwin dahulu. Tapi dia bulan asyik ditolak oleh kaum hawa sahaja. Kesian si kawan.

Dia Lah Suri HatikuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora