BAB 20

59 6 0
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Thank you sudi support and have fun. Selepas bab ini nanti author akan buat flashback bab untuk Clara dengan Eric ya.




Flashback of Aden and Salwa.......

SETELAH meletak kereta di tempat letak kereta yang khususnya untuk pelajar, Aden terus melangkah keluar dari keretanya sambil memikul beg sekolahnya. Dia terus melangkah masuk ke dalam bangunan 2 tingkat sekolahnya itu.

Dia mengerling jam tangannya sebelum kakinya melangkah laju mendaki satu per satu anak tangga berkenaan. Di setiap anak tangga itu terdapat kata-kata semangat yang ditulis oleh pelajar sebelum ini.

"Benci betul aku nak naik tingkat 2 ini," kebanyakkan pelajar tingkatan 5 berada di tingkat 2 tingkat tertinggi di sekolah berkenaan. Pelajar tingkatan 6 bawah dan tingkatan 6 atas pula berada di bangunan berasingan.

Hampir sahaja dia putus nyawa bila berlari menaiki tangga berkenaan. Bila dia sampai di tingkat 2 kelihatan beberapa orang kawannya yang sedang berlepak di luar kelasnya.

"Weii Aden awal kau sampai ya," sindir Zamri. Lelaki itu terus mengerling jam tangannya. "Aku kena hantar adik aku pergi sekolah lah," dia lambat pun sebab ada kemalangan jalan raya yang berlaku tidak jauh dari sekolah rendah di mana adiknya belajar.

Memang setiap hari itulah rutin Aden pada waktu pagi. Kerana kesibukkan ayahnya yang bekerja itu dia lah yang akan menghantar Zahra ke sekolah setiap pagi. Bila pulang pula, Tuan Rafiq yang akan mengambil kecuali pada hari jumaat memandangkan Aden balik awal.

Aden terus melintasi kawan-kawannya lalu melangkah masuk ke dalam kelasnya. Dia meletak begnya di tempat duduknya sebelum dia menoleh memandang Salwa. Kekasihnya itu. Mereka sudah lama berkawan dan menjalinkan hubungan sebagai kekasih. Aden juga berjanji akan berkahwin dengan Salwa bila dia sudah mempunyai kerja.

Spm pun belum dah fikir nak sara anak dara orang. Buat perjanjian pula ketika mereka berusia 16 tahun. Tapi Aden sebenarnya lelaki yang menepati janji. Dia tidak pernah mengukiri janji. Dan janjinya untuk bernikah dengan Salwa itu pasti dia akan lakukan.

"Eh awak lambat sampai," Salwa berkata bila lelaki itu berjalan menghampirinya. "Tadi ada accident depan sekolah Zara tu yang lambat. Kerja rumah semalam kau dah siapkan ke Sayang?" dia bertanya. Mana lah dia rajin nak buat kerja rumah. Kerjanya asyik meniru Salwa sahaja. Mujurlah gadis itu pun memberi sahaja. Maklumlah boyfriend dia.

"Saya tak datang lah semalam. Mana lah tahu ada kerja," kelmarin dia sakit perut dan sebab itu lah dia tak datang. "Oh lupa," Aden menepuk dahinya lalu melangkah keluar dari kelasnya.

Kakinya terus melangkah menghampiri kawan-kawannya itu. Zamri tersengih sahaja bila melihat Aden berbual seketika dengan Salwa tadi. "Baru sehari kot Salwa cuti. Tak kan dah rindu," usik Zamri. Aden terus memandang tajam lelaki itu lalu menumbuk bahu Zamri.

"Aku tanya pasal homework semalam. Aku terlupa yang dia tak datang kelmarin," Aden menerangkan kerana selagi dia tidak memberitahu perkara sebenar selagi itu lah Zamri akan mengusik dirinya.

"Aku ni sebenarnya pelik dekat kau lah Aden. Buat homework malas dia tahap firaun. Tapi time exam kau perform ok pula," kata Malik.

Selalu juga Aden masuk top 5 dekat kelas mereka. Tapi itu lah sikap malas nak buat kerja rumah. Asyik nak meniru sahaja. "Tu rahsia aku lah," sebenarnya dia akan belajar malam sebelum hari peperiksaan dan pagi hari peperiksaan. Dia ada ingatan yang kuat jadi memang satu kelebihan lah pada dirinya.

"Rahsia apa pula? Ke kau bela saka Aden? Atau jin? Ni mesti saka kau yang tolong kan," terus dia menendang kaki Malik yang berdiri di sebelahnya itu. "Saka nenek kau. Kang aku betul-betul guna saka naya kau," Malik ketawa sahaja sambil mengusap kakinya yang baru terkena tendangan dari Aden itu. Boleh tahan sakit lah.










SALWA melirik memandang Aden yang duduk tidak jauh darinya itu. Di dalam kelas mereka tidak dibenarkan pelajar lelaki dan perempuan duduk bersebelahan. Jika boleh sudah tentu Salwa dan Aden duduk bersebelahan.

Dia memerhati kesungguhan lelaki itu menyiapkan kerja sekolah ketika guru sejarah mereka sedang mengajar di hadapan. Aden kelam-kabut menyiapkan kerja berkenaan kerana selepas ini merupakan subjek pendidikan islam. Jika kerja rumahnya tidak siap pasti dia akan didenda oleh ustaz yang mengajarnya. Paling tidak pun kena lari 5 pusingan di padang sekolah mereka yang luas itu.

Bukan setakat Aden sahaja, Zamri pun kelihatan kelam-kabut menyiapkan kerjanya. Zamri pun perangai sama dengan Aden. Suka tangguh kerja dan buat kerja last minutes. Cuma bezanya Zamri tidak meminta jawapan dari orang lain. Dia akan berusaha untuk mencari jawapan sendiri.

"Soalan 4 tu kau dapat jawab tak?" Zamri bertanya pada Aden. Dari tadi kepalanya asyik digaru. Dia pening sebenarnya. Sudah habis satu buku teks pendidikan islam tingkatan 5 dia baca. Namun jawapan yang dia perlukan tiada. "Oh itu. Senang je lah. Kau ni fikir logik lah. Dan kalau tak silap aku ni masa form 4 kita belajar," Aden memberitahu.

Dia sudah hampir siap. Tinggal 1 soalan lagi. Itu pun soalan KBAT. Which is benda yang dia anti sekali. Memang dia tidak suka berfikir jawapan. Kalau masa peperiksaan pula selalunya bahagian jawab KBAT tu lah dia banyak menggoreng. Mujurlah jawapannya munasabah dan difahami oleh ustaznya.

"Lah ye ke? Masa form 4 ke kita belajar? Aku lupa lah," dia terus mengetuk dahinya menggunakan pen hitam yang dia guna untuk menulis jawapan berkenaan.

"Aden? Zamri? Awak berdua dengar ke apa yang saya terangkan kat depan ni?" nama mereka berdua dipanggil oleh guru sejarah mereka. Lantas rakan sekelas mereka menoleh memandang mereka berdua. "Dengar cikgu," tipu Aden. Sebenarnya dia tidak dengar pun apa yang diajar oleh gurunya itu kerana sibuk menyiapkan kerja rumahnya.

Guru sejarahnya itu sekadar menangguk sahaja. "Kalau macam tu. Saya tengah terangkan pasal apa tadi? Boleh repeat tak?" tanya gurunya. Teknik yang guru sejarah itu selalu buat untuk memastikan sama ada pelajarnya betul-betul mendengar atau tidak.

Salwa terus memberitahu Aden tanpa mengeluarkan bunyi. "Kita tengah belajar pasal negara berdaulat cikgu," jawabnya.

"Bagus. Kalau macam tu sila fokus semula ya. Saya tak nak awak terlepas pandang. Tahun ni korang tu spm. Hentikan dahulu hiburan seketika. Dalam kelas fokus dengan apa yang cikgu ajar. Kalau tak faham boleh tanya soalan. Bermain tu boleh tapi asalkan tak lupa untuk belajar ya," nasihatnya sebelum kembali mengajar semula.

Mujurlah Salwa membantunya tadi, jika tidak sudah tentu dia kalut dan menjawab dengan pelbagai jawapan yang tidak masuk akal.

"Fuh nasib tak kantoi. Salwa thanks," Aden mengucapkan terima kasih kepada gadis itu. Salwa tersenyum sahaja lalu memandang ke papan putih semula.

Sambil-sambil itu dia mencatatkan nota penting dan menanda di buku teks sejarahnya. Nanti bila mahu mengulangkaji dia mudah untuk membaca sekali.

Semua isi penting yang tertulis di buku teks itu dia tandakan menggunakan pen highliter untuk memudahkan dia ketika mengulangkaji itu. Buku teksnya itu sudahpun berubah warna.

Semakin banyak warna terdapat di buku itu kesan daripada dia menanda semua isi penting. Jika boleh seluruh buku teks itu dia cat kerana kebanyakkan daripadanya merupakan isi penting.

"Nanti rehat aku belanja ayam goreng ya," pesan Aden pada Salwa. "Tak pa lah. Saya tengah diet," padahal dia tahan-tahan hati sahaja dari memakan ayam goreng. Tapi demi mendapatkan berat badan idamannya dia kena kuat menempuhi ujian ini.

Aden selalu juga mengingatkan dia bahawa dirinya itu sihat dan cantik. Berat pun sesuai. Tak kurang dan tak lebih. Memang normal lah bmi badannya itu.

"Asyik-asyik diet. Tak payah lah nak diet tu," omel Aden perlahan tapi masih mampu didengari oleh Salwa. Gadis itu memandang tajam lelaki itu sebelum pen yang dia pegang dibaling ke arah lelaki itu. Mujurlah tidak terkena matanya.

"Ni dah melampau ni," Salwa tertawa kecil lalu memandang hadapan semula.

Dia Lah Suri HatikuWhere stories live. Discover now