BAB 23

78 7 2
                                    

Welcome back to another chapter. Sorry sebab lambat publish 😅 seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Thanks sudi support and have fun guys


"HEY Ely i heard your boyfriend will come here right?" Natasha bertanya. Dia lah merupakan kawan beragama islam Clara. Mereka sudah berkawan sejak di sekolah menengah lagi.

Masih segar di dalam ingatan Natasha macam mana dia dan Clara bertemu. Ketika itu Natasya sedang dibuli oleh kawan sekelasnya hanya kerana dia beragama islam. Tahap racist di sekolah tersebut sangatlah tinggi. Apatah lagi bila Natasha merupakan satu-satunya pelajar islam di sekolah itu.

Mahu mengadu pada guru disiplin, bukannya dapat apa pun. Guru mereka tidak kisah pun pasal Natasha. Malah dia pula yang akan didenda.Hanya kerana gadis itu datang dari keluarga berada, itu lah sebab dia masuk ke sekolah itu. Cikgu dan pelajar di sana sama sahaja. Racist

Mujurlah ketika tudungnya hampir ditanggalkan oleh pembuli berkenaan, Clara dan Eric muncul membantu mereka. Siapa sahaja tidak mengenali Clara dan Eric. Pelajar paling popular sekali di sekolah itu.

Tiada siapa berani mahu mencari gaduh mahupun membuli mereka berdua kerana pengaruh keluarga Clara yang sangat kuat di Amerika. Semua pelajar di sana mahu berkawan dengan Clara dan Eric tapi mereka berdua langsung tidak kisah mengenai pelajar di sana.

Pada mulanya Natasha takut akan Clara kerana selama ini Clara sekadar memerhati sahaja dirinya dibuli dan kini Clara pula yang membantu dirinya. Dan sejak itu lah dia dan Clara berkawan.

"Haha yes. His flight tomorrow so i'm going to pick him up from airport," Clara memberitahu. "And also i heard that he's Malaysian right? Is he muslim by any chance?" Natasha bertanya.

Clara terus mengangguk. "He is muslim. You can talk in bahasa with him if you want. And please help him when he arrive ok. I didn't really know about Islam. I don't know what you guys can and can't eat. So please tell me ok," ujarnya.

Sebenarnya Natasha juga merupakan orang Asia. Dia berasal dari Brunei tapi berpindah ke Amerika tika berumur 5 tahun. Dan menetap di Amerika sehingga kini.

"You don't mind if i talk with him?" Natasha bertanya. "Of course i not Natasha. I know you for a long time and of course i trust you. Its not like you that type that girl that like to take your own bestie boyfriend right?" dia memang mempercayai Natasha. Selama ini tidak pernah pun Natasha mengkhianati dirinya. Tidak pernah lagi Natasha merampas kekasihnya tika di zaman sekolah menengah dan universiti.

"By the way Natasha, you look pretty in hijab. I wonder if i look good too in that," terus terlopong mulut Natasha. "Girl, you? Sorry but you want to convert?" Natasha bertanya.

Clara sekadar menjongket bahunya. "I don't know. But if he want to get married with me. I don't mind. But from now i rather being his girlfriend. We don't want to push each other out from our comfort zone girl," jika suatu hari nanti Aden melamar dia sudah tentu lah dia akan masuk islam.

Mujurlah dia ada kawan beragama islam. Sekurang-kurangnya jika benar suatu hari nanti Aden mahu membawa hubungan mereka ini ke tahap lebih serius, dia pasti akan mempelajari agama islam dari Natasha.

"Of course. But i'm sure he's the one for you," Clara tersenyum sahaja. Dia dan Aden berkahwin? Ahh itu merupakan salah sangat impiannya ketika ini.

Jika lelaki itu merupakan jodohnya dia memang akan terima dan sanggup belajar semua tentang islam. Tapi jika Aden bukannya jodohnya dia reda sahaja. Mereka berdua bukanlah ditakdirkan bersama. Tapi apa pun doakan yang terbaik sahaja buat mereka berdua.






ZAHRA terus duduk di birai katil milik abangnya sambil memerhati Aden yang sedang duduk bersila di atas lantai berkenaan.

"Amboi abang beria nak kemas barang ni buat apa?" Zahra bertanya. "Malam ni kan flight aku pergi US," Aden memberitahu. Dia pening sekarang ni tak tahu nak bawa baju apa. Mujurlah Clara memberitahu di sana ketika ini musim panas. Jadi tidak perlulah dia membawa jaket yang maha tebal tu. Setebal dosa kau. Lah tiba-tiba.

Zahra kemudian tertawa. "Abang ni kalau nak buat lawak pun agak-agak lah," dia sekadar berfikir abangnya itu bergurau. "Buat apa aku nak tipu kau adik. Memang betul lah aku nak pergi US," Zahra yang pada mulanya ketawa itu terus tersenyap. "Serius ke? Abang tak tipu kan?" lelaki itu sekadar mengangguk.

Setelah siap mengemas dia meletak begnya di tepi dinding lalu duduk di sebelah adiknya. "Abang dia nak kahwin. Dia jemput aku datang. Jadi tak kan aku nak tolak pula. Plus bapa dia nak jumpa," takut juga lah dirinya itu apabila beberapa hari lalu tika James menghubungi dia, lelaki itu berhasrat mahu berjumpa dengan dia. Jangan dia tanya soalan yang bukan-bukan sudahlah.

"Dah lah kau pergi keluar. Abang nak rehat kejap," dia terus menghalau adiknya keluar. "Macam lah dalam kapal tak boleh nak tidur. Bukannya sejam dua. Nak berbelas jam dalam kapal tu," omel Zahra sambil dia melangkah keluar dari bilik abangnya.

Aden tidak menjawab bebelan adiknya itu, tetapi dia terus menutup pintu biliknya lalu berbaring di atas katilnya. Dia biarkan sahaja Zahra yang sedang membebel di luar biliknya. Gaya seperti mak lampir.

"Kamu ni kenapa bercakap sorang-sorang Adira?" Tuan Rafiq bertanya. Memang jarang dia memanggil anaknya itu Adira. "Tak de lah. Abah, abah tahu tak abang nak pergi US malam ni?" dia bertanya.

Terus Tuan Rafiq mengangguk. "Tahu. Abang kamu bagitahu kelmarin. Kenapa?" dia bertanya pada anak daranya. "Kenapa abang bagitahu abah tapi tak bagitahu saya," tiba-tiba pula keluar mood merajuk.

"Lah kamu ni, buat apa abang kamu nak bagitahu kamu. Bukannya dapat apa pun. Tak payah lah nak mengada Adira," kata Tuan Rafiq sambil dia menggelengkan kepalanya. Zahra tersengih sahaja.

"Kamu jangan lah kacau abang kamu tu. Pandai lah dia nak buat apa. Dah besar pun. Kamu tu yang fikir diri sendiri. Esok dah kena balik kampus. Barang dah kemas ke?" bila cakap pasal barang terus Zahra menepuk dahinya. "Allah, lupa lah. Nasib abah tolong ingatkan," dia kemudian meminta diri untuk masuk ke dalam biliknya.

Dia hampir terlupa yang esok kena balik kampus semula. Sudahlah barangnya belum berkemas. Nasiblah Tuan Rafiq mengingatkan dia jika tidak sudah tentu esok kelam kabut mengemas barang. Jadi satu hal lagi.

Zahra terus kelam kabut mengeluarkan duffel bagnya lalu mula memasukkan pakaian ke dalam beg berkenaan. Dia tak bawa balik banyak baju dan balik ke sana pun tidak banyak yang dia bawa. Malas dia mahu memenuhkan lokernya.

Sedang dia sibuk mengemas kedengaran bunyi telefonnya berbunyi. Lantas dia mengangkat. "Akak Lehah kenapa?" sudah lama gadis itu tidak menghubungi dia. Apatah lagi abangnya. Sudah 4 bulan sejak arwah ayahnya meninggal dan selepas sahaja 40 hari Salehah terus menghilangkan dirinya. Dan kini tiba-tiba muncul kembali.

"Abang Aden dia tidur. Kenapa? Akak ada nak cakap apa-apa ke dekat abang? Zara boleh sampaikan pesan," Zahra bertanya. "Malam ni boleh tak suruh dia jumpa akak? Nanti akak share location?" Salehah bertanya.

"Maaflah akak. Malam ni tak boleh. Abang ada flight pergi US," Zahra memberitahu. Tak kan lah dia hendak menipu pula kan. "US? Buat apa? Dia nak pindah sana ke?" kedengaran suara Salehah penuh kerisauan. "Tak. Dia nak jumpa dengan bakal bapa mentua dia," jelas Zahra.

"Ba-bapa mentua? Tak cakap pun dia ada girlfriend," kedengaran nada kecewa di hujung ayat. Zahra tidak fikir sangat. Dia malas nak ambil kisah. "Sorry lah akak, Zahra sibuk sikit ni. Nanti kalau dia dah balik saya bagitahu ya," ujar Zahra. Jika tidak sampai ke sudah dia tidak siap mengemas

Dia Lah Suri HatikuWhere stories live. Discover now