BAB 1

306 22 0
                                    

Sebelum anda memulakan pembacaan cerita ini, pastikan membaca terlebih dahulu nota yang saya lampirkan di bawah ini:

Cerita ini merupakan 100% hak cipta milik penulis @HamizahAg. Sebagai penulis cerita ini, saya tidak membenarkan sesiapa untuk meniru, mencuri mahupun menerbitkan buku ini di mana-mana laman web tanpa kebenaran saya.

Saya juga tidak membenarkan anda untuk menjual dan menterjemah (translate) cerita ini kepada lain bahasa tanpa kebenaran saya terlebih dahulu.

Semua nama dan kisah di dalam cerita ini tiada kaitan dengan yang sudah hidup dan yang sudah mati. Semua yang berlaku di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan bukannya berniat untuk menjatuhkan atau mempermainkan  pihak lain.

Sekiranya nama dan peristiwa yang ada di dalam cerita ini terjadi pada realiti, itu sekadar kebetulan sahaja kerana cerita ini merupakan 100% idea asal penulis cerita ini. Saya sebagai penulis cerita ini tidak meniru mahupun mencuri jalan cerita orang lain.



TANAH kuburan yang masih kelihatan kemerah-merahan itu ditenung. Sepatutnya harini hari bahagianya namun semuanya telah berubah.

"Aden dah lah. Jom," Tuan Rafiq mengajak anaknya balik. "Abah. Salwa dah pergi. Sepatutnya harini Aden kahwin. Abah. Sepatutnya harini anak abah ni bahagia bukannya kecewa," Aden berkata. Dia masih lagi berbaju nikahnya. Baju nikahnya sudah kotor kerana dia membantu mengebumikan mayat arwah bakal isterinya itu.

Selepas mendapat berita tentang kemalangan itu dia terus ke hospital. Menurut doktor Salwa meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital manakala ibunya pula sedang koma sekarang ini. Ya Allah sungguh berat ujian mu ini.

Encik Zahid yang merupakan bapa kepada arwah Salwa hanya memandang kosong kubur anaknya itu.

Dia langsung tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Sejak dia mengalami kemalangan di tempat kerjanya dia menjadi kurang waras serta lumpuh kedua belah kakinya.

"Ka-kakak mana?" Encik Zahid bertanya kepada Aden. "Kakak dia pergi luar negara. Lamaaaa kakak pergi," Aden tak sanggup melihat keadaan Encik Zahid. Dia terpaksa berbohong.

"Oh. Bila kakak balik?" Encik Zahid bertanya. "Tak tahu abah. Jom balik," tiba-tiba sahaja muncul orang ketiga. Eh adik kepada Salwa. Salehah. Dia segera menolak kerusi roda milik abahnya.

"Lehah tunggu jap," Aden berkata.

"Abang nak apa lagi? Kejap lagi abah kena makan ubat. Dah lah. Jangan muncul dalam keluarga Lehah lagi. Sejak abang kenal arwah kak Salwa banyak benda buruk berlaku. Mula-mula rumah kami terbakar. Lepastu abah lumpuh. Sekarang kak Salwa pula pergi dan ibu koma di hospital," Salehah memberitahu. Dia cuma mengalami luka ringan sahaja.

"Abang ni bawa malang dalam keluarga Lehah. Dah lah pergi. Pergi jauh dari abah dan ibu. Entah-entah lepas ni apa lagi yang menimpa kitorang," Salehah berkata sebelum dia berlalu pergi sambil menolak kerusi roda milik abahnya.

"Nanti datang rumah lagi ya Aden," Encik Zahid berkata sambil tersenyum. Langsung tiada perasaan sedih di dalam dirinya.

Aden tak dapat berkata apa-apa. Dia tahu memang sukar untuk Salehah menerima semua ini. Sudahlah dia yang memandu ketika itu. Dalam sekelip mata sahaja dia kehilangan satu-satunya kakaknya dan ibunya sedang koma di hospital.

"Dah lah tu abang. Ni dugaan. Jom balik. Tentu arwah tak nak tengok abang dan keluarga dia merapat pemergiannya. Anggap sahaja ini ujian dan bukan jodoh Aden dengan arwah Salwa," Tuan Rafiq menasihatkan anaknya.

Aden sekadar tersenyum hambar.




KINI sudah 3 tahun berlalu. Sudah 3 tahun arwah Salwa meninggakkannya namun dia masih terkesan dengan pemergian arwah tunangnya itu.

Dia Lah Suri HatikuWhere stories live. Discover now