BAB 24

62 4 0
                                    

As you guys know haritu saya ada minta pendapat korang sama ada patut teruskan cerita ni atau tidak. So i decided untuk continue this story again. Tapi sorry kalau lambat update ya. 

Welcome back to another chapter. Seperti biasa kalau sudi tekanlah vote ya. Thank you sudi support and have fun guys <3



          CLARA menghadiahkan senyuman lalu menghampiri Aden yang baru sampai. "Welcome to US Sayang," ucapnya. Aden tersenyum sahaja. Tak ada benda dia boleh balas. Tak kan mahu memeluk gadis itu. Berdosa tau. Walaupun dia tidaklah berapa arif dalam ilmu agama ini sekurang-kurangnya dia tahu seba sedikit hukum haram dan halal.

"So macam mana 18 jam perjalanan ok?" Clara bertanya. "Nak naik gila aku duduk dalam kapal tu tau," kerja dia makan, tidur dan tengok wayang sahaja. Itu sahaja yang dia mampu buat. Transit pun cuba sejam lebih sahaja. Tak sempat nak buat apa, tahu-tahu je dah dalam perjalanan ke Us. 

Clara tertawa sahaja. "So how about we going back to the hotel. I already prepare room for you," ajak Clara. Aden tidak perlu bersusah payah menginap di mana-mana hotel kerana keluarga gadis itu mempunyai hotel sendiri. Jimat duit. Aden sekadar mengangguk sahaja lalu mengikut langkah gadis itu.

Bila sampai di hotel berkenaan lantas Clara terus membawa Aden ke tingkat paling atas iaitu tingkat 15. "Jangan risau lah tingkat 15 ni khas untuk vvip je," Clara memberitahu. "I aksed my friend to put a sticker showing the direction of Qibla,"  sebab dia tahu pasti susah lelaki itu hendak mencari arah kiblat nanti.

"And please jangan minum air dari dalam kabinet tu ya," pesan Clara. "Asal pula?" Aden bertanya. "You nak mabuk ke?" tanya Clara. Terus Aden tersengih. "Nanti i suruh housekeeping hantar air mineral untuk you," dia tidak sempat mahu mengeluarkan minuman berkenaan sebab terlalu sibuk menyiapkan dekorasi untuk parti abangnya esok.

"You rehat lah dulu. I nak balik," ujar Clara.

Bila dia sampai di ruang dobi dia lantas menghubungi abangnya. Tapi kemudian baru dia teringat akan sesuatu. Telefonnya tidak berada bersamanya. "Oh shit i left my phone in his room," akhirnya Clara terpaksa naik semula untuk mengambil telefonnya yang berada di bilik lelaki itu.

Hanya dengan 2 kali ketukan pintu sahaja, terus pintu itu dibuka. "Kenapa?" Aden bertanya. Dia baru sahaja mahu mandi tadi tapi niatkan terbantut bila mendengar bunyi ketukan pintu. Ini bukan kes pintu diketuk tapi tiada orang tu ya.

"Sorry. I left my phone," tadi tika dia menunjukkan beberapa minuman yang tidak boleh diminum oleh lelaki itu dia meletakkan telefonnya di atas katil dan keluar dari bilik Aden tanpa telefonnya kerana dia terlupa.

"Jap," Aden masuk semula lalu mengambil telefon gadis itu dan secara tidak sengaja dia ternampak wallpaper screen telefon milik Clara. Skrin telefon gadis itu dihiasi dengan gambarnya bersama dengan seorang lelaki. Dan semestinya bukan Eric.

Dia terus bertanya. "Who is that? That guy with you?" cemburu mestilah kerana dia tidak pernah lagi bergambar bersama Clara. Tidak pernah mempunyi gambar berdua bersama gadis itu.

Clara terus tunduk memandang telefonnya. "Oh this one? He's my special person. He's my family. Don't worry and stop jealous Aden. If you want me to change this wallpaper, you should find a way to take picture with me. But not now. On my brother's wedding. Ok see you later," Clara terus meninggalkan Aden tanpa memberi lelaki itu peluang bercakap.

Mungkin sudah masanya untuk dia move on. She has Aden right now. Buat apa lagi mahu fikir yang sudah tiada. Fokuslah pada yang masih hidup dan hargailah dia. Tapi bukan bermaksud terus melupakan pada si dia yang sudah pernah buat selamanya. Tapi untuk mencari kebahagian baharu. Menangis berdarah sekalipun yang sudah meninggal dunia itu tidak akan hidup kembali.







    "SORRY sebab tak bagitahu awal-awal tadi," mujur sahaja dia sempat menghalang Aden dari masuk ke bahagian casino berkenaan. "I thought this is a normal hotel. Never thought this is hotel and casino," sebab Clara tidak memaklumkan pada dia akan kasino yang berada di tingkat 2. Aden ingatkan tempat untuk bersenam. Dia tidak membaca papan tanda yang tertera sebenarnya.

"My father own a lot of hotel and casino in this country. We have many hotel not only in US, we also have a few in Europe," Clara memberitahu. Dia memang lahir dalam keluarga yang kaya. Silver spoon in mouth since she born. Dia tidak pernah mengalami hidup susah selama ini.

Apa yang dia mahu pasti dapat. Tunjuk sahaja dan apa yang dia mahu akan berada di hadapanya. Lebih-lebih lagi bila dia merupakan satu-satunya anak perempuan. Memang disayang lah.

"Spoiled brat i see huh?" sejak dari pertemuan pertama mereka lagi Aden boleh nampak perangai sebenar Clara. Dia tahu gadis itu pasti dimanjakan oleh keluarganya.

Clara tersenyum sahaja sebelum memukul bahu kekasihnya itu. "I'm not that spoiled brat as you think," walaupun dia dimanjakan dan diberi apa sahaja oleh keluarganya, Clara merupakan seorang yang independent. Dia tidak suka mengharapkan semuanya dari ibu dah bapanya.

Malah ketika belajar dahulu dia tak minta satu sen pun dari ibu bapanya. Semuanya dia bayar guna duit dia dan dia pula merupakan pelajar pintar memang semuanya ditanggung lah. Dulu ketika belajar dia bekerja di salah satu hotel milik keluarganya. Clara boleh sahaja meminta duit dari ibu bapanya tapi dia memilih untuk bekerja.

"Tahu lah. Sebab kalau spoiled brat mana lah nak ikut balik Perak dulu kan?" Aden ingat lagi ketika dia membawa Clara bertemu dengan keluarganya di Perak Gadis itu langsung tidak kekok untuk bergaul dengan ahli keluarganya walaupun ketika itu mereka berada di kampung. Sempat juga lah Clara menolong memasak ketika itu.

"Oh ya cakap pasal tu. Dorang tahu ke pasal hubungan kita ni?" Clara tidak pernah pula bertanya mengenai hal ini. "Tak. Belum tahu lagi. Cuma mama, abah dengan si Zara tu je yang tahu. Dengan si Zamri. My friend," Aden tidak mahu memberitahu awal-awal. Tunggulah jika dia dan Clara sudah bertunang nanti. Itu pun kalau ada jodoh.

Clara sekadar mengangguk sahaja. Bila sampai di kereta milik gadis itu, lantas dia masuk ke bahagian tempat duduk pemandu. "Since beza tempat driver, let me drive ok," lagipun lesen keretanya ada boleh digunakan di beberapa buah negara sahaja. Di Amerika ini dia tidak boleh guna. Jadi Clara lah memandu.

Serta, Aden tidak tahu jalan di sana. Maklumkan pertama kali datang. Bukannya dia pernah datang Los Angeles sebelum ini. Tidak pernah pun menjejakkan kaki ke Amerika.

"Oh by the way, are you ready to meet my parents today?" Clara bertanya pada Aden. Aden sekadar menjongketkan bahunya sahaja. Dia dah bersedia kah? Mungkin. Tapi ada perasaan takut di dalam hatinya. Takut pula bapa kepada gadis itu tidak mahu menerima dia kerana berbeza agama. First impression itu penting lah dan sebab itu lah dia kena jaga perlakuannya di hadapan James nanti.

"Maybe lah. And nama parents kau apa ya?" dia tidak pernah bertanya mengenai nama kedua ibu bapa Clara. "James dan Christy. They didn't like people that they just meet to call them by their first name. Call them by the last name. Hilton," hampir sahaja dia terlupa.

"So it's gonna be Mr Hilton and Mrs Hilton. Am i right?" Aden bertanya untuk mendapatkan kepastian. Tak kan pula dia nak panggil 'dad' dan 'mom' pada pertemuan pertama pula.

Sedangkan Clara memanggil abah dan mamanya denga gelaran 'pakcik' dan 'makcik'. Tak kan pula dia nak panggil kedua ibu bapa Clara seperti apa yang Clara panggil. Nanti tak pasal-pasal first impression dia dianggap keterlaluan pula.

"Relax ok. Mom and dad tak makan orang. And please be yourself because my dad really hate when people control or hide their true self infront of him," lebih baik jadi diri sendiri daripada menipu kan? Tak perlulah nak terlalu control macho or ayu di hadapan seseorang. Cukuplah ala kadar. Buat apa nak control semua itu. Bukannya orang suka pun.

"By the way we will meet with my bestfriend first before meet my parents. Are you ok with that?" dia bertanya kerana takut pula nanti Aden tidak selesa bertemu dengan Natasha. "Yeah i'm ok with that. Don't worry. She's the muslim friend you told me before right?" Aden tak sangka sebenarnya yang Clara ada kawan yang beragama islam. Sekurang-kurangnya tika majlis perkahwinan abang kepada Clara nanti tidak lah dia susah mahu mencari makanan dan minuman yang halal buatnya.

Dia Lah Suri HatikuWhere stories live. Discover now