BAB 22

66 5 0
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Thank you sudi support and have fun guys Semangat bestie walaupun teda votes



           SUDAH 2 bulan berlalu sejak Clara mencabar lelaki itu. Dan Aden tidak pernah berputus asa. Akhirnya mereka pun bercinta.

"Tengah buat apa tu?" Aden bertanya pada kekasihnya itu. "Nothing. Netflix and chill," balas Clara. Dia bukannya turun kerja. Suka hati dia je nak masuk ke tidak sebab dia pengurus dekat hotel milik keluarganya. Dia memang jarang turun ke hotel lah. Kecuali hujung minggu. Pada hari-hari biasa dia akan berada di rumah membantu abangnya mengurus majlis yang bakal berlansung lagi 2 minggu.

"Anyway, you datang tak nanti Elvis kahwin? Dia suruh tau," Clara bertanya. Elvis mahu sangat berjumpa lagi dengan kekasih pada adiknya itu. "Boleh ke?" Aden bertanya.

"Mestilah boleh Sayang. And don't worry lah nanti i suruh catering tu masak makanan halal untuk you," dia kenal seorang tukang masak beragama islam. Kawannya tika sekolah menengah dahulu.

"Lagipun i ada kawan yang muslim," tambahnya. Jadi memang tiap kali ada parti dia mengajak kawannya itu pasti dia akan mengarah pembantu rumahnya untuk masakkan makanan halal buat kawannya itu. Dia pun faham juga. Tak semua benda yang dia makan, kawannya itu boleh makan.

"Ok then. Nanti aku booked ticket lah," Aden memberitahu. Memang tika dia bervideo call dengan Elvis beberapa hari lalu lelaki itu sudah mengajak dia untuk datang ke majlis perkahwinannya.

"Bagitahu tau flight hari berapa. Nanti boleh i pick you dari airport," Clara sering bercakap dalam bahasa melayu sehinggakan dia semakin lancar dan fasih. Aden tersenyum sahaja memandang Clara. Mereka bervideo call sebenarnya.

"Ok lah nanti aku call balik. Nak solat ni," hampir dia terlupa yang dia belum solat isyak. Clara sekarang menggangguk sahaja. "You tidur lah awal. Esok kan kerja," ujarnya. "Ada kerja lagi ni nak buat," dia kena siapkan dengan kadar segera proposal berkenaan jika tidak pasti dia kena marah.

Elvis yang baru melangkah masuk ke dalam rumah segera menghampiri adiknya itu. "So how was your relationship with Aden? Is he taking a good care of you?" dia bertanya. "Of course brother. Don't worry ok," dia tahu pasti Elvis risau akan dia. Lelaki itu tidak mahu adiknya kecewa lagi dan semestinya dia mahu lelaki yang terbaik buat adiknya.

"So you going to do gender reveal on your wedding day?" Clara bertanya untuk mendapatkan kepastian. "Nope. Not in my wedding day. We going to have bachelor and bachelorette party. That's where we will make the gender reveal," ujar Elvis.

Clara sekarang mengangguk sahaja. "And i want you to prepare all of that. Tomorrow me and Melanie will go to the hospital for her appointment," Elvis memberitahu. "So only me know the genre right?" Clara bertanya.

"Yes. Don't tell anyone else expecially our mom. You know how excited she is right," takut pula dia jika Christy menyebarkan gender anaknya kepada satu bandar. "Count on me brother. And how about Aden? Can i tell him?" Clara bertanya. "Sure. Only him. He can help you with that preparation and buy a lot of wine ok," sebab dia nak buat acah-acah macam orang buka penutup botol wain sampai airnya tersembur keluar itu. (Author lupa lah nama dia)

"You cannot do that. Not infront of my boyfriend," nanti ada juga terminum. "Why not?" Elvis bertanya. "He's muslim brother. You know that he can't drink and eat pork," Clara memberitahu. Dia tahu semua ini dari kawannya.

Elvis terus menepuk dahi sendiri. Macam mana pula dia boleh lupa yang teman lelaki adiknya itu merupakan orang Malaysia yang beragama Islam dan berbangsa melayu.

"Sorry i forgot about that. And don't forget to invite Lim ok," hampir terlupa akan kawannya yang telah menjaga adiknya itu tika di Malaysia dahulu. Lim lah yang sentiasa melaporkan pergerakan Clara pada keluarganya. Mana mungkin dia lupa jasa baik lelaki itu.














    "KAU nak pergi US? Buat apa? Nak masuk meminang ke?" Zamri bertanya. Dia mendapat tahu dari papanya bahawa Aden meminta cuti 1 minggu. "Bukanlah. Abang dia nak kahwin. Dia suruh aku datang. Lepastu nak tolong dia urus majlis gender reveal anak abang dia tu," Zamri sudah tahu akan Aden dan Clara. Memang dia sokong 100% lah.

"Oh. Ingatkan kau nak masuk meminang," ujar Zamri lalu menyuap mi goreng itu ke dalam mulutnya. "Lambat lagi lah aku nak kahwin. Aku nak kumpul duit bagai," ingat kahwin ni senang ke. Banyak benda kena urus. Apatah lagi bila Clara bukan beragama islam dan juga bukan warganegara Malaysia. Memang banyak lah urusan.

"Tapi memang kau kahwin juga kan dengan dia?" Zamri bertanya. "Entahlah. Kalau ada jodoh memang kahwin lah. Tapi bukan sekarang. Mungkin dalam setahun dua macam tu," mereka pun bukannya kenal sangat. Kena lah juga kenal hati budi masing-masingkan.

Aden kemudian termenung. Bila cakap pasal Clara dia teringat akan sesuatu. Gadis itu mempunyai tatu. Bukan 1 malah ada 13 tatu di badannya. Bukan sebab dia nampak semua tapi Clara sendiri yang bagitahu. Tatu paling ketara adalah nama Eric pada pergelangan tangan kananya. Itu sahaja tatu yang dia nampak.

"Dia ada tatu," Aden memberitahu. "Mestilah ada. Kau ni pun dia bukannya islam pun. Suka hati dia lah nak buat ke tak," balas Zamri lalu meneruskan suapannya. Dia lapar sangat ni.

Konon nak diet sekalinya tadi pagi makan nasi lemak 2 bungkus, lepastu tengah hari pula makan mi goreng seafood. Impian je lebih-lebih. Nak bangun berjoging pun malas. But at least dia ada semangat tapi usaha tiada.

"Kalau dia masuk islam nanti... tatu dia? Kena buang juga kan?" Aden bukannya arif sangat dalam ilmu agama ni. Tapi dia cuba mempelajari dan membaiki dirinya.

"Entahlah. Aku ni bukannya arif dalam agama ni. Lebih afdal kau tanya ustaz. Lahhh afdal. Tiba-tiba pula sebut perkataan yang aku tak pernah sebut," lebih baik bertanya terus pada para ulama mahupun orang yang tahu akan agama ini.

Jika ikut apa yang tertera pada google bukannya boleh percaya sangat. Lebih baru terus ke para ulama mahupun ustaz dan ustazah. Lebih afdal.

"Oh ya. Abah kau dah tahu ke pasal kau dengan Clara tu?" Zamri bertanya. "Tahu. Keluarga aku di kampung pun dah tahu. Memang semua excited lah nak jumpa dia lagi," Aden memberitahu. Adiknya itu yang ringan mulut nak bagitahu dekat keluarga mereka di Johor itu.

"Lagi? Kau pernah bawa dia jumpa family kau ke?" Zamri bertanya. "Pernah. Sekali je," balas Aden. "Bagus ya. Tak perlu kau minta restu dari dorang. Aku yakin semua setuju dengan keputusan kau. And kalau kau dengan dia kahwin aku yakin lah 100% memang meriah lah wedding kau," kata Zamri. Tiba-tiba tak sabar pula nak tengok kawannya ini kahwin. Sudahlah dengan orang luar negara. Mesti viral perkahwinan dia nanti.

Aden tersenyum sahaja. "Family dia pula macam mana? Ok je ke?" Zamri bertanya lagi. Dia ni memang jenis banyak tanya sikit. "Tahu. Mula-mula tu bapa dia tak setuju. Tapi entah macam mana si Clara tu pujuk sampai dia setuju. Pernah juga dia video call aku haritu," bukan call ya, terus video call sebab James mahu melihat wajah kekasih anaknya itu.

"Fuhh mesti kau nervous kan. Habislah kau nanti. First time jumpa bakal bapa mentua depan-depan. Tentu menggelabah teruk," sempat lagi dia mengusik Aden sampai tertawa. Aden pun apa lagi, dia ketuk lah kepala si Zamri tu. Kerja asyik menyakat je.

Dia Lah Suri HatikuWhere stories live. Discover now