27

84.7K 791 128
                                    

Sampai sahaja dirumah, dia terus melangkah naik ke bilik. Namun, baru sahaja dia ingin membuka pintu biliknya, tiba-tiba satu suara menyapanya. Terus dia memalingkan wajahnya kearah suara itu.

"Esok jangan lupa, pukul 10 kita bertolak." Pesan Engku Kamal. Saat itu, dia berada di depan biliknya.

"Okay Pa. Ziq masuk dulu." Ujar Haziq sebelum dia membuka pintu dan melangkah masuk kedalam biliknya. Setelah itu pintu ditutup.

Bajunya kerjanya dibuka. Panas. Dari pagi sampai ke malam pakai baju itu. Dia ingin segera mandi. Baru dia hendak membuka tali pinggang seluarnya, tiba-tiba dia teringat kejadian tadi. Kejadian dalam kereta bersama dengan Bella. Dia tersenyum seketika sebelum dia membuka tali pinggang itu. Zip seluar pula ditarik. Lalu seluar itu mula melorot jatuh ke lantai.

Segera dia mengambil tuala yang tersidai di tempat tuala, lalu segera masuk kedalam tandas. Dia ingin cepat-cepat menyegarkan tubuhnya.

Usai mandi, Haziq mengambil dan memakai baju tidurnya. Rambutnya dibiarkan lembab. Malas mahu mengeringkan rambut. Sejujurnya, dia sudah mengantuk. Dia mahu tidur. Pagi esok dia perlu berjalan jauh.

Dia berjalan menuju kearah suis. Suis lampu bilik ditutup. Kemudian, Dia naik keatas katil lalu terus membaringkan dirinya. Lampu tidur yang berada di mejanya dia biarkan terbuka. Sekurang-kurangnya bilik dia ada cahaya walaupun sedikit dan malap.

Baru sahaja dia ingin memejamkan mata, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Terus dia bangun dan mengambil handphonenya yang berada di atas meja berdekatan dengan katilnya.

Jarinya mula menaip di skrin itu.

Haziq
Esok pagi, pukul 9 I datang jemput You.
Sila bangun awal.
Good night.

************************

Seawal jam 7 pagi dia sudah bangun untuk mengemas pakaian untuk dibawa pulang ke kampung. Harini nak gerak, harini juga baru nak terhegeh-hegeh nak kemas.

Ini kalau haziq tahu, tak pasal-pasal dapat bebelan percuma! Sudahlah dekat Krabi hari itu pun Haziq yang kemaskan pakaian-pakaiannya.

Dia berdiri di hadapan wardrobe. Matanya tajam menilik satu persatu pakaian yang ada didalam itu. Pakaiannya banyak yang ketat-ketat dan seksi. Dekat kampung boleh ke pakai seksi-seksi? Buntu dia hendak memilih pakaian yang mana.
Namun, masih terselit beberapa dress yang tidak terlalu menonjol dan seksi.

Lama berfikir dan melihat pakaian-pakaian itu. Dia membuat keputusan untuk menarik keluar dress bawah lutut yang tidak terlalu seksi. Diatas tertutup, dibawah pulak terbuka tetapi hanya sekadar bawah lutut sahaja. Tak seksi sangat dah kan? Dress tadi dilemparkan keatas katil.

Baru dia hendak menutup wardrobenya, tetiba dia terpandang hoodie milik Haziq. Dia menarik keluae kedua-dua Hoodie tersebut sambil terfikir. Beberapa saat kemudian, hoodie itu juga dia lemparkan juga keatas katil. Pintu wardrobenya ditutup.

Kemudian dia menuju pula ke arah pintu wardrobe yang lain. Dia ingin mengambil skinny jeans dan beberapa seluar yang lain. Tak lupa juga seluar track. Baju tidurnya juga diambil. Tetapi bukan gaun tidur, hanya baju tidur biasa saja.

Dia berjalan menuju kearah katil dan mula melipat pakaian-pakaian yang ingin dibawa tadi dan dimasukkan terus kedalam luggage.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Jul 13, 2021 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

HAZIQ MIKHAIL🔞Donde viven las historias. Descúbrelo ahora