15

69.1K 615 26
                                    

Aku melangkah naik ke bilik Haziq. Sebelum masuk aku mengetuk pintu terlebih dahulu namun tiada sahutan.

Aku membuka pintu bilik, menjenguk kedalam dengan separuh tubuh. Kelihatan Haziq baru sahaja keluar dari tandas dengan hanya bertuala separas pinggang.

"Opss.. i salah timing ke?" Soalku yang masih lagi berada ditepi pintu.

"Ha'a."

"I nak masuk boleh?" Soalku. Haziq hanya menggangguk. Dia menghampiri almari dan mengambil short pant berwarna hitam lalu terus memakainya.

Aku masuk lalu menutup pintu. Lalu menuju kearah katil.

"Manalah I tahu u baru lepas mandi." Kataku sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas katil.

"Kenapa datang?" Soalnya sambil berjalan menghampiri katil. Punggungnya dilabuhkan disitu. Berhadapan dengan aku.

"Kan I dah bagitahu yang I nak datang. Saja ja. Nak borak-borak? Tak boleh ke?" Soalku. Aku mula duduk bersila di atas katil sambil memandangnya.

"I tak cakap pun tak boleh." Ujarnya. Kemudian dia memandangku.

"Kenapa U pandang  I?" Soalku.

"Eh. Nak pandang pun tak boleh ke?" Soalnya.

"Hmm papelah."

"Jom pergi bercuti.." ujarnya.

"Mana?" Soalku

"Krabi" jawabnya.

Wah krabi! Menarik.

"Kita berdua?" Aku menyoal lagi sekali.

"Tak. Berlima." Jawabnya. Aku mengerutkan dahi.

"Serius lah?" Soalku lagi.

"Ye serius. Kan I dah bagitahu haritu kita nak pergi Holiday. U lupa eh?" Kata Haziq

"Oh ada ke? I lupa kot. Tapi, I tak payah bayar pape ke?" Kataku.

"Tak perlu. Yang tu I dengan kawan-kawan I yang akan settlekan dari bab penginapan, transport, makan apa semua tu" jelasnya.

"Okay."

Haziq bangun lalu mula menyandarkan tubuhnya di kapala katil. Remote TV ditekan.

"Nak tengok movie apa?" Soalnya.

"Tak kisah. U bukaklah movie apa-apa pun" jawabku.

"Okay."

Dia memilih 1 movie yang ada dalam Netflix tapi aku tak pasti movie apa yang dia pilih. Kemudian, dia mengambil phone yang berada tidak jauh darinya.

"U.. sini kejap." Dia memanggilku. Aku mengundur perlahan ke belakang sehingga di kepala katil lalu menyandarkan tubuhku di situ.

"Ya?" Ujarku.

Aku memandangnya. Phone masih lagi berada di tangannya. Kenudian dia memandangku. Phone dihulurkan kepadaku.

"Apa?" Soalku tanda tidak faham. Yela tetiba bagi phone. Nak apa?

"Username IG please.." ujarnya perlahan.

"Cehh, baru nak mintak!" Aku mencebik. Phonenya aku ambil lalu menaip username ig aku.

"Nah" aku memberikan kembali phone nya. Mata aku kembali fokus pada Tv. Layan movie lagi bagus!

" I dah follow ni, nanti U followback tau." Katanya.

"Hmm. Tengoklah kalau rajin." Jawabku malas.

"Aduh! Apa U ni? Sakitlah!" Tetiba je kena ketuk kepala. Sakit tau tak.

HAZIQ MIKHAIL🔞Where stories live. Discover now