16

77.7K 577 13
                                    

Harini pukul 7:30 pagi dah terpacak dekat KLIA. Flight kitorang pukul 10 pagi. Jarang & malas sebenarnya nak bangun pagi tapi dah flight pukul 10, terpaksalah datang awal. Breakfast siap2 dekat sini. Oh ya, Perjalanan dari KLIA ke Airport Krabi dalam 1 Jam 20 minit je.

Sampai sahaja di Ao Nang Sunset Hotel, kami menuju ke arah bilik yang telah ditempah. Aku sebilik dengan Haziq, manakala yang lain duduk dalam 1 bilik yang lain. Bilik sebelah menyebelah. So kira 2 room la kitorang bayar. Eh kitorang pulak, salah2. Diorang. Aku tak bayar pape, free je. Hehe

"Pukul 7 kita turun eh, cari makan dekat bawah." Pesan Azrel kepada aku & haziq sebaik kami tiba di hadapan bilik masing-masing.

"Okay." Balas Haziq. Sebaik saja pintu bilik dibuka, aku terus menarik luggage aku masuk kedalam. Katil dituju. Penat sangat. Rasa nak tidur je. Ditambah pula perut yang dah kenyang, lagi la rasa mengantuk. Kami dah lunch sebaik sahaja sampai di Airport Krabi tadi.

Baru aku nak pejam mata, tetiba Haziq tanya soalam & turut baring disebelah aku.

"U nak tidur ke?" Soalnya.

Aku hanya menjawab dengan "Hmm" saja😂 Malas weh nak layan. Aku mengantuk sebab harini bangun tersangatlah awal pagi kan...

"Baru pukul 2 petang kot. Awalnya nak tidur."

"I penat + mengantuk lah.." jawabku. Comforter ditarik menutupi tubuhku.

"Okay tidurlah. Nanti I menyusul." Katanya lalu segera menekan butang 'on' pada remote TV.

Aku pula terus memejamkan mata tanpa menghiraukan Haziq lalu mula terlena...

**********

"U.. bangun. Its already 6pm. 7pm kita dah kena turun tau." Ujarnya. Aku mengeliat sambil diperhatikan olehnya. Aku memandangnya yang tengah berdiri di tepi katil.

Aku rasa aku baru je tidur tetiba Haziq kejutkan aku. Rasa macam nak lempang. Aku memang tak boleh kalau ada orang ganggu tidur aku. Selagi aku tak puas tidur, jangan harap aku akan bangun.

"Kenapa pandang I macam tu?" Soalnya pelik.

"U laa, kejutkan I. I tak puas lagi tidur." Kataku lalu mencebik muka.

"Tak puas? U dah tidur banyak jam ok. Lebih dari 2 jam kut." Katanya sambil mengerutkan wajah.

"I tidur petang memang lama." Jawabku.

Haziq masih memandangku namun dia hanya mendiamkan diri.

"Ketepi sikit" kataku sambil terus menolak lembut tubuhnya ketepi. Sebab dia menghalang laluan aku. Bukan saja2 okay.

"Amboi. Macam tu je U tolak I?" Soalnya. Aku berhenti melangkah. Kepala dipalingkan kearahnya.

"Dah tu? Kira okay la tu I tolak U lenbut je. Buatnya I tolak U kasar haa macam mana?" Soalku.

"Macam mana apa? I tolaklah U balik. Baru adil." Katanya lalu mengangkat sebelah keningnya.

"Apa-apa jelah." Kataku. Malas nak layan sebenarnya.

"Hahahahahaha" dia ketawa.

Segera aku masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Kejar masa. Nak mandi lagi, nak makeup lagi. Tapi biasanya satu jam untuk bersiap tu kira okay lah.

****

Sampai sahaja di restoran Halal yang berdekatan dengan Hotel kami, kami memilih tempat duduk di satu sudut yang berdekatan dengan kipas.

HAZIQ MIKHAIL🔞Where stories live. Discover now