21

57.8K 482 11
                                    

Balik dari pantai, aku terus mengambil tuala untuk mandi. Namun belum sempat aku melangkah ke dalam bathroom, Haziq menegurku.

"Sayang, You nak makan ape? I nak call Food Service ni.." soalnya yang sedang berdiri tidak jauh dari ku. Matanya hanya memandang screen handphone miliknya.

"Apa-apa je. Janji bukan Spagetthi Carbonara."

"Okay.." Ujarnya.

Selepas mendengar balasannya, aku terus masuk kedalam bathroom. Nak mandi la apa lagi. Badan aku ni dah melekit-lekit.

Aku ambil masa 15 minit untuk mandi. Siap mandi aku terus keluar. Bila dah mandi baru best tidur sebab badan dah segar kan...

Keluar je dari bathroom, aku tengok Haziq masih lagi mengadap phone nya. Tapi dah bersandar di katil. Entah apa la yang dia tengok,

Aku bergegas ke almari baju dan mengambil satu pyjamas lalu terus memakainya. Kemudian aku terus berlalu ke katil dan ikut bersandar seperti Haziq.

"Tengok ape tu?" soalku.

"Haa em ni haa, I tengah baca thread Twitter satu girl ni. Dulu dia kurus but now dah gemuk sebab dia makan pill gemuk yang dia buat sendiri. Nak baca?" ujarnya.

"Taknaklah! You nak I genuk juga ke?" soalku.

"Em? I tak kisah. Tapi You nak ke gemuk untuk I? Taknak kan?"

"Memang taknak pun. Tahu takpe. Orang lain berlumba-lumba nak kurus, takkanlah I berlunba-lumba nak gemuk!" kataku.

"Hahahaha. Manalah tahu takut you pun nak gemuk juga."

"Hey! Takde mahunya I. Ni you, makanan bila nak sampai? I lapar.. " ujarku.

"Sabarlah! I baru order je kan.." jawabnya.

"Tapi I peliklah. Ada ke ubat untuk gemuk?" Soal Bella.

"Ada lah. Ubat untuk naikkan selera makan." Jawab Haziq.

"U pasti ke perempuan tu Kurus, sekarang ni dah gemuk? Jarang sangat I dengar orang nak gemur. Biasannya berlumba-lumba nak kurus." Ujar Bella kehairanan.

"I tipu jela. Dia dulu gemuk, sekarang dah kurus."

"You ni kan. Patutlah I pelik. Ni You bila nak mandi?" soalku

"Hmm.. Kenapa? I busuk ke?" soalnya.

"Takde lah . I tanya je sebab nampak you tak mandi. Ke you memang taknak mandi?"

"Hahahahaha. I nak mandilah! Tapi kejap lagi. Lepas makan."

"Peliklah you ni. Orang mandi before makan, bukan after makan."

"Eh? Makan before or after pun jadi isu ke sayang? Hahahaha

"You!" marahku sambil memukul perlahan bahunya dengan bantal.

"Hahahaha. Okay sorry-sorry! I pergi mandi sekarang. Nanti you tak puas hati dengan I, I juga yang susah."

Dia letakkan handphone nya di tepi bantal lalu terus bangun mengambil tuala.

Aku mengerling sedikit kearah handphonenya yang berada tidak jauh dariku. Baru sahaja Haziq nak menutup pintu tandas, terus aku menjerit supaya dia tidak jadi untuk menutup pintu.

"You! Kejap! Jangan tutup pintu lagi!" jeritku.

Haziq keluar balik.

"Apa?" soalnya.

"Nak tahu password, boleh?" pintaku sambil menunjukkan lock screen handphonenya.

Haziq memandangku tajam.

HAZIQ MIKHAIL🔞Where stories live. Discover now