Matanya sayu menatap satu gambar di screen telefon pintarnya.
"Maafkan aku.." gumamnya perlahan.
Entah keberapa kali dia mengungkapkan ayat tersebut sejak peristiwa hitam itu.
Terngiang-ngiang suara seseorang yang berteriak ke arahnya sambil kolar bajunya direntap kasar.
Imbas kembali
"Ini semua salah kau! Semua ini takkan terjadi kalau.. kalau.." ayat seterusnya tidak dapat diungkap. Air mata mula turun membasahi pipi.
"Maafkan aku." Dia menekur lantai bumi sambil mengungkapkan ucapan maaf bersama nada suara yang ditekankan. Kedengaran begitu kecewa bercampur sedih.
Kolar baju dilepaskan. Orang itu tidak lagi memandang ke arahnya. Malah orang tersebut jatuh melutut dengan kedua-dua belah tangan memegang kepala. Air mata meluncur laju seakan-akan air sungai yang tidak akan pernah berhenti mengalir.
Telinganya tidak dapat menerima kenyataan yang baru sahaja keluar daripada bibir seorang insan yang sedikit berumur, berjubah putih bersama sebuah peralatan khas yang tersangkut pada lehernya.
Suasana menjadi sepi buat seketika. Insan berjubah putih itu seakan memahami perasaan dua pemuda di hadapannya tika ini. Tidak pula dia ingin bersuara untuk meredakan sedikit pertengkaran yang berlaku tadi, mahupun memberikan kata-kata semangat buat mereka.
Biarlah masa yang meredakan semua itu. Jika keadaan bertambah buruk, barulah dia akan masuk campur.
Melihat keadaan sedikit tenang, dia bersuara, "saya sudah menghubungi ibu bapa arwah. Ada baiknya kalian berdua memaklumkan keberadaan kalian kepada orang tua. Hal selebihnya saya serahkan kepada staff yang bertugas."
Dua pemuda itu tidak memberikan sebarang reaksi. Masing-masing menundukkan wajah.
Insan berjubah putih itu menghela nafas perlahan, "semua yang bernyawa akan merasai mati. Pasti. Cuma waktu bila itu hanya Allah yang tahu. Kita sebagai manusia biasa yang lemah lagi hina ini, perlu sentiasa mempersiapkan diri kita untuk menghadapi perkara tersebut. Adakah mati dalam keadaan Allah reda ke atas kita, ataupun tidak. Wal'iyazubillah."
Dia meminta diri. Menyambung kembali tugasnya yang sepertinya tiada pengakhiran.
Tangannya mengepal penumbuk. Dendamnya terhadap pelaku masih lagi bernyala walaupun pelaku tersebut telahpun menerima hukumannya. Atas kesalahan mengedar dadah dan memukul mangsa sehingga tidak bernyawa.
Mangsa.
Siapakah mangsa tersebut?
Air matanya mula muncul sedikit demi sedikit sebelum akhirnya kolam matanya pecah lalu membasahi pipi.
Seorang insan yang telah mengubah diri kelamnya 360 darjah.
Seorang insan yang membuatkan dirinya merasakan apa itu kasih sayang.
Seorang insan yang membuatkan dirinya percaya bahawa Allah tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya yang ingin bertaubat.
Seorang insan yang mengajarnya bahawa pilihan itu terletak pada diri manusia itu sendiri. Sama ada mahu memilih untuk menjadi baik atau sebaliknya.
Seorang insan yang memulihkan hubungan dirinya dengan ibu bapanya.
Seorang insan yang sentiasa menceriakan hari-hari kosongnya dengan lawak jenaka dan senyuman ceria.
Namun kini..
Insan tersebut telah tiada. Meninggalkan dunia yang penuh dengan fatamorgana yang menipu mata. Penuh dengan ujian dan cabaran yang melanda.
"Ya Allah, sungguh aku merinduinya. Kau ampunilah dia dan rahmatilah dia. Masukkanlah dia dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman."
Perlahan-lahan mulutnya menggumam 'aameen'.
"Aeril.. maafkan aku.."
Rasa bersalahnya terhadap sahabat kepada arwah tersebut begitu kuat.
Setiap kali dia teringat akan hal ini, setiap kali itu juga dia akan meminta maaf dan menangis.
Sehinggalah dia tertidur dan melupainya pada keesokan hari.
Satu penyakit yang jarang dihidapi oleh kebanyakkan manusia. Namun ia wujud.
Dan dialah salah seorang penghidapnya.
*****
Hai assalamualaikum semua..
Saya tahu, lama sangat tak update cerita ni hmm
One of the reasons is.. maklumat yg saya karang bila idea muncul semua dah hilang huhu. Jadi semangat nak sambung dah sirna actually.
Tapi saya rasa ada hikmahnya hilang sebab muncul idea baru yang mana saya rasa lagi better dari sebelumnya.
Waktu ni tiba-tiba muncul idea so here am i
Tapi tak janji bila nak update bab seterusnya sebab sekarang ni tengah final exam..Selamat membaca :)
P/s: kalau anda perasan ada silap/salah dalam bab ni, maklumkan ye sebab author tak cek buat kali kedua sbb author dah mengantuk

YOU ARE READING
Aku, Kau & Dia
Romance[[islamic love story]] - Author cuba utk buat cinta yg berlandaskan syariat. -namun jika terdapat kekurangan dalam menulis, maafkan author ~_~ -cerita santai :) Humaira Nasuha. Seorang gadis remaja berumur 17 tahun. Meminati anime. Bakal menduduki...