Pulang

589 88 41
                                    

Hari ini Humaira pulang lewat. Mama Roha telah memaklumkan kepadanya awal-awal bahawa dia akan menjemputnya sedikit lewat.

"Masya-Allah cantiknya Mai! Bidadari dari kayangan ke ni?" Puji Ain. Berkelip-kelip matanya melihat gambar tersebut.

Ketika ini mereka berdua sahaja yang berada di dalam kelas. Pelajar-pelajar lain semuanya telah turun atau lebih tepat, balik.

Sekeping gambar Humaira yang memakai pakaian pengantin berwarna putih terpapar di atas meja di hadapannya.

Sekeping gambar Humaira yang memakai pakaian pengantin berwarna putih terpapar di atas meja di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

P/s: gambar ni author ambil kat encik Google je ye.. anggap la tu Humaira haha

Humaira membawa gambar tersebut untuk menunjukkannya kepada Ain. Sebagai bukti bahawa kata-katanya sebelum ini adalah benar.

"Over la kau ni." Humaira menghela nafas.

"Aku jujur ni. Warna tema perkahwinan kau, putih?"

Humaira menggeleng. "Biru putih. Gambar ni masa akad nikah. Majlis kenduri pula pakai baju warna biru. Aku suka warna putih, dia pula suka biru. Daripada bergaduh nak warna apa, lebih baik gabungkan je. Senang."

"Aww so sweet!"

Humaira senyap. Entah apa yang sweet nya.

Sesekali terdengar Ain mengeluh halus. "Haih, tak sangka kawan baik aku ni dah jadi isteri orang. Jujur, aku sebenarnya terkilan juga sebab kau tak jemput aku pada hari bahagia kau."

Humaira rasa bersalah. "Maaf Ain. Aku.."

"Tak apa. Aku faham."

Humaira senyap. Maafkan aku, Ain.

"Hei, gambar si suami mana?" Ain mengubah topik. Dia tahu sahabat baiknya itu rasa bersalah.

"Err sengaja aku tak nak tunjuk kat kau. Nanti terpikat pula. Bukan boleh percaya orang yang mudah jatuh hati macam kau ni." Humaira berseloroh. Cuba menceriakan kembali suasana.

Ain mencebik. "Amboi, tak ada punya aku nak terpikat kat suami orang. Aku ni bukan perampas ok?"

Humaira tergelak. "Haha aku guraulah. Sebenarnya aku pun tak tengok lagi album kahwin kitaorang. Aku cuma ambil satu ni je."

"Kenapa pula?"

Humaira tidak terus menjawab. Tangannya bermain-main dengan botol biru jenama Tupperware miliknya.

"Mai? Kau ada cerita kat aku yang hubungan kau dengan Aeril tu pun bukannya baik sangat. Selalu je tak sependapat kan? Aku harap kau okay lah."

Humaira telah menceritakan kepada Ain bagaimana dia dan Aeril disatukan. Walaupun baginya, tidak berapa logik peristiwa hari sukan tempoh hari yang menjadi punca utama yang membawa kepada perkahwinan mereka.

"Entahlah Ain. Mulanya aku tak fikir apa-apa. Tapi sekarang aku rasa takut. Takut nak fikir apa akan jadi lepas ni."

"Hmm? Takut apa?"

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now