▪ 00 ▪

50 6 0
                                    

Ini kisah dua remaja yang merupakan pasangan yang memegang status sebagai tunang. Mereka berdua sama sekali tidak pernah menganggap diri mereka sebagai tunang. Ada sahaja yang tidak puas hati dalam diri mereka.

Masuk sahaja alam sekolah menengah, mereka berdua bukan lagi budak hingusan. Lelaki itu berubah 360 darjah menjadi agak dingin. Perempuan pula berubah menjadi lebih matang dan tahu batasnya dengan lelaki lain tetapi perangai masih seperti budak.

"Xu Minghao!" jeritannya sama sekali tidak didengarkan. Lelaki itu duduk belajar sambil mendengar lagu dengan menggunakan earphone.

Si perempuan itu pula tidak suka dipalau. Dia berjalan ke arah Xu Minghao yang sedang belajar. Earphone di telinganya ditarik kasar.

"Nak apa?"

Xi Nana mengetap bibir bawahnya. Itu sahaja ke yang ais batu ni boleh cakap? Rimas betul kalau ada classmates yang dingin. Pembetulan, tunang.

Dia duduk di kerusi kosong yang berada di sebelah Minghao. Dia engeluarkan sebuah kotak hadiah yang dibalut rapi lalu diletak di atas meja.

"Peminat awak yang bagi. Bukalah." Nana menyuruh sambil tersenyum. Ingin tahu apa isi hadiah itu.

Tapi tidak dihiraukan sama sekali. Hadiah itu ditinggalkan di atas meja manakala dia keluar dari kelas. Nana protes, dia menghasilkan duit dengan membantu peminat Minghao yang tak dapat nak bagi hadiah secara langsung.

Lelaki itu telah menyusahkan dirinya. Mahunya diserang oleh peminat Minghao apabila dia didapati gagal.

Untuk kali kedua, dia membantu seorang pelajar perempuan kelas sebelah dengan memberikan surat cinta tersebut kepada Minghao.

Peluang itu terbuka luas, Nana berjalan masuk ke dalam kelasnya dan melihat ke arah Minghao yang sedang tidur berbantalkan lengannya.

"Pelajar pandai macam dia pun boleh tidur. Hish...hish...hish..."

Setelah itu, Nana duduk di tempatnya iaitu di sebelah Minghao. Itu juga salah satu sebab mengapa dia sering menjadi orang tengah. Pelajar yang meminta bantuan Nana pula memerhati dari luar kelas.

"Awak buat apa?" Nana terkejut apabila suara itu menyapa gegendang telinganya sebelum dia sempat menyelitkan surat cinta itu di dalam buku Minghao.

"Mana ada buat apa." Surat cinta itu terlepas dari tangan Nana, dia semakin gelisah.

Minghao terus membuka matanya dan memandang ke arah Nana sebelum dia mengubah dirinya kepada kedudukan asal.

"Kalau awak suka kan saya, tak payah guna surat...beritahu saya kan boleh." Surat cinta itu diambil dan dibuka.

"Sa...saya...suka awak? Memang taklah..." jawab Nana tidak puas hati. "Dekat dalam tu ada tulis nama peminat awak, baik awak baca daripada tuduh saya." Nana menjeling tajam ke arah Ming Hao.

Tetapi dia masih curi-curi tengok isi kertas itu. Lagi sekali dia dituduh kerana tidak menulis nama. Dia dituduh menggunakan pelajar lain untuk menulis supaya Minghao tidak tahu tulisannya. Dia dituduh kerana curi-curi melihat wajahnya. Dan semua itu adalah TIPU.

Sejak hari itu, khabar angin yang tersebar mengenai hubungan mereka membuatkan peminat Minghao sakit hati. Mereka mengatakan bahawa Nana hanya menipu mereka.

"Tu lah pelajar yang suka Minghao, pura-pura nak tolong tapi sebenarnya untuk kebaikan dia je."

"Apa hubungan dia dengan Minghao?"

"Minghao tak akan pilih dialah. Minghao kan si peti ais yang menyerupai manusia."

Dimana pun dia berada, dia hanya mendengar perkara negatif tentang dirinya. Dan ini semua salah Minghao yang menuduhnya bukan-bukan. Sekarang dia ialah pelajar perempuan yang menyukai Minghao secara diam-diam tetapi tidak dibalas oleh Minghao. Sungguh sakit!

"Xi Nana!" Nana semakin melajukan langkahnya. Dia semakin sakit hati apabila berjumpa dengan Minghao.

"Tengoklah tu, Minghao dengan Nana."

Nana terdengar apa yang dikatakan oleh pelajar di belakangnya. Dia digosip lagi sekali.

"Nak balik ke?" Tiada sahutan dari Nana. Dia hanya menahan diri daripada memarahi Minghao.

"Saya tahu awak suka saya. Tapi saya tak boleh nak terima awak sebab awak bukan perempuan yang saya suka. Harap awak faham." Minghao memperkemaskan gaya rambutnya seolah dia seorang lelaki tampan.

Nana tersenyum secara terpaksa lalu dia melangkah pergi. Kata-kata itu berbau sindiran dan juga dia berasa meluat mendengarnya. Mulai hari seterusnya tiada lagi gosip mengenai Nana dan Minghao. Semuanya sudah tamat!

need next part?

❙❘❙❙❘❙❚❙❘❙❙❚❙❘❙❘❙❚❙❘❙❙❚❙❘❙❙❘❙❚❙❘ ♡゙ > need 8 votes

Beautiful Destiny // XU MINGHAOWhere stories live. Discover now