▪ 01 ▪

40 5 0
                                    

Keluarga Xu Minghao dan keluarga Xi Nana bertemu untuk membahas soal hubungan pertunangan anak mereka.

Nana dan Minghao saling berpandangan dan berharap pertunangan mereka berdua dibatalkan. Dan mereka berdua tidak berjaya, pertunangan mereka masih perlu difikirkan.

"Makcik...pakcik...saya rasa Minghao ada calon yang sesuai daripada saya. Kami berdua tidak sesuai sebab kami berdua bukannya saling jatuh cinta."

"Tak betul, kamu dengan Minghao saling berjanji ketika kamu berdua masih kecil. Kenapa jadi macam ni?" Ibu Minghao masih berharap pada hubungan anak mereka.

Nana dan Minghao terasa canggung apabila Puan Xu mengungkit kembali masa kecil mereka berdua. Sejujurnya, waktu kecil mereka belum matang jadi mereka berjanji dengan perkara yang tidak masuk akal.

"Macam mana, kalau kita beri mereka masa lagi?" Puan Xi pula berkata.

Nana dan Minghao serentak berkata, "Tak!"

Keluarga mereka berdua masing-masing memandang ke arah mereka.

"Nana... Minghao, apa kata kamu berdua tinggalkan kami berempat. Papa nak bincang soal hubungan kamu berdua." Kini Tuan Xu pula berkata.

Nana dan Minghao akur, mereka berdua meninggalkan ruang tamu dan menuju ke balkoni. Mereka berdua duduk di balkoni tetapi fikiran mereka tidak lari daripada masalah pertunangan tersebut.

Nana ingin mengurangkan suasana janggal antara mereka.

"Cantikkan bintang malam ni."

Minghao mendiamkan diri dan memandang ke arah langit gelap yang dihiasi cahaya bintang.

"Kenapa awak tak beritahu je yang awak suka kan orang lain? Menyusahkan." Nana pergi dari situ kerana sakit hati dengan Minghao yang asyik diam.

Minghao ketawa kecil. Sebenarnya Xi Nana nampak comel ketika marah. Tapi dia tidak tahu tentang perasaannya.

.....

Apabila perbincangan keluarga mereka telah tamat dan sudah membuat keputusan, Nana dan Minghao bersama-sama dengan keluarga mereka semula.

"Kami semua dah fikir, kami nak kamu kekalkan status tunang ni sampai kamu berdua dah fikir masak-masak. Jadi tak kisah berapa tahun pun kamu nak kekalkan." Ayah Nana berkata dengan jelas. Yang lain tersenyum manis ke arah anak mereka yang berada di depan mata.

"Ayah..." Nana menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus. "Nana setuju dengan cara tu." Nana sudah tiada pilihan walaupun sudah berkali-kali dia cuba membantah.

"Minghao pun setuju. Tapi kalau 10 000 tahun ke depan kitaorang masih macam ni? Kitaorang masih lagi tunang?" Keempat-empat orang tua mengangguk.

Ini jelas tidak masuk akal. Sampai bila mereka berdua harus mengekalkan gelaran tunang?

.....

Apabila mereka berdua terserempak di kawasan sekolah, mereka berdua cuba untuk merahsiakan status mereka daripada diketahui oleh pelajar lain. Mencuba untuk menjauh antara satu sama lain.

Khabar angin mengenai mereka berdua tidak ada lagi selepas Minghao memberi penjelasan bahawa dia tidak menyukai Nana. Peminat Minghao lega mendengarnya.

Xu Minghao akhirnya akur dengan keluarganya tetapi tidak dengan Xi Nana. Gadis itu merupakan halangannya ketika dia berdepan dengan seseorang yang dia suka.

"Minghao..."

Dengan suara lembut itu mampu membuatkan Minghao tersenyum apatah lagi bila gadis itu tersenyum.

Beautiful Destiny // XU MINGHAOWhere stories live. Discover now