▪ 02 ▪

31 4 0
                                    


8 tahun telah berlalu, Nana melupakan kisah lama dan membuka buku baru. Namun pertunangan dia dengan Minghao masih kekal. Sekarang Nana bekerja menjadi seorang wartawan syarikat hiburan kerana dia amat minat dalam bidang tersebut.

JS WONDER.

Di dalam bilik mesyuarat terdapat 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. Masing-masing menunggu Puan Xiang yang merupakan bos mereka.

Apabila sahaja Puan Xiang sudah berada di ruangan tersebut, mereka memulakan topik mereka.

"Kamu dah buat temu janji dengan Xu Minghao?" Puan Xiang bertanya kepada keempat-empat kumpulan itu.

"Xu Minghao tolak interview kami. Jadi kami tidak dapat..." Xinyi yang mewakili kumpulan A memberitahu hal sebenar.

"Xi Nana." Nana yang termenung tersedar dari lamunan. "Kamu ada cara untuk bekerjasama dengan Xu Minghao?" Nana tersenyum polos.

"Ada. Puan Xiang jangan risau sebab saya tak akan berputus asa untuk pujuk bintang terkenal Xu."

"Bagus. Saya suka semangat kamu Nana."

Semua kumpulan menepuk tangan kerana semangat Xi Nana yang begitu besar kecuali kumpulan A. Kumpulan A tidak pernah suka dengan kumpulan B kerana kumpulan B mendapat layanan yang berbeza daripada Puan Xiang.

"Nana...apa idea kau?" Chu Chu ingin mengetahui langkah yang diambil oleh Nana. Bagaimana Nana berusaha untuk bekerjasama dengan Xu Minghao sedangkan dia dah tolak kerjasama dengan JS WONDER.

"Adalah...nanti kau tengok je."

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu oleh Xi Nana telah tiba. Pada hari itu juga merupakan hari jadi dia dan juga Xu Minghao. Jadi dia perlu berjaya sebagai hadiah di hari ulang tahunnya.

"Selamat datang ke Xu Minghao Birthday!" Pengacara Shu berucap di atas pentas yang kecil.

Semua peminat Xu Minghao menjerit sekuat hati memanggil nama Minghao. Artis solo itu telah menambat hati para gadis di luar sana.

Xi Nana juga menjerit kerana dia memang mahu menjerit. Baginya, dia terlalu stres dengan kerja, dan ini peluang untuk menjerit sekuat hati walaupun bukan dengan memanggil nama Xu Minghao.

"Baik, mari kita mempersilakan bintang terkenal iaitu Xu Ming Hao!"

Minghao keluar dari belakang pentas dengan iringan muziknya. Dia tersenyum lebar apabila berada di sisi seseorang yang dia suka. Apabila dia memandang ke arah peminat, senyumannya mula pudar dan menjadi senyuman terpaksa.

"Fake." Nana berkata santai dan didengari oleh seorang peminat yang berada di sebelahnya. Nana mengerdipkan matanya, peminat Xu Minghao agak mengerikan seperti Minghao.

Dalam acara itu juga ada dijalankan aktiviti, antaranya Xu Minghao akan melakukan tatapan mata dengan seorang peminat yang bertuah. Tetapi tatapan mata Minghao seolah ingin makan seseorang, peminat pula hanya tersenyum menatap mata Minghao. Maklumlah peminat...

Bagi Nana, itu semua hanyalah sesuatu yang menakutkan apabila menatap mata Xu Minghao. Sekarang mereka beralih ke acara seterusnya iaitu menjemput seorang peminat yang amat bertuah kerana mempunyai hari jadi yang sama dengan Minghao.

Dan inilah masa untuk Nana beraksi. Apabila cahaya putih dituju ke arahnya, dia tersenyum lebar di sebalik topeng muka dan naik ke pentas.

"Saya Cik Rubah...nama sebenar adalah rahsia," ucap Xi Nana. Dia memegang tangan Minghao seolah dia menjadi peminatnya.

Sebagai hadiah, Xi Nana perlu membuat hajat yang akan ditunaikan oleh Xu Minghao.

"Xu Minghao, kahwin dengan saya!"

"Jangan!" Peminat Xu Minghao membantah.

Ada yang sudah hampir menjadi singa kerana mereka tidak bertuah seperti Nana. Nana bersorak dalam hati kerana dia akan berjaya dengan caranya sendiri.

"Saya gurau je, apa kata kalau saya ajak awak makan malam."

"Tak." jawab Minghao dengan dingin. Tangan yang dipegang oleh Nana dileraikan begitu sahaja.

Manager Wei menggeleng kepala apabila Minghao tidak memberikan kerjasama dalam acaranya sendiri.

"Semestinya Xu Minghao akan terima. Silakan Cik Rubah kembali." Shi Yi membantu Minghao menjawab supaya Minghao tidak merosakkan suasana acara tersebut.

Minghao terdiam lalu dia memandang ke arah Shu Shi Yi.

.....

Selepas sahaja parti itu tamat, Nana menuju ke rumahnya untuk menyambut hari jadi yang ke-25. Tibanya di rumah, Chu Chu sudah pun berada di situ lebih awal berbanding dirinya.

"Macam mana dengan majlis tu?" Seorang lelaki sedang membawa minuman, mengejutkan Nana.

"Xuan?" Nana segera melepaskan kasutnya dan duduk di sebelah Xuan.

Dia kenal Xuan sama seperti dia kenal Chu Chu. Ada juga kisah yang terlalu kelakar untuk dikenang semula, Xuan ialah lelaki yang dia suka masa belajar dulu tetapi Nana sudah melupakan perasannya.

"Nana...tolong ibu kejap." Nana mengangguk dan menolong ibunya mengangkat dulang.

Mereka berlima akhirnya duduk bersama. Ibu dan ayah Nana memandang Nana dan Xuan yang duduk bersebelahan. Ayah Nana menyuruh Xuan bertukar tempat duduk dengan Chu Chu supaya tiada salah faham antara mereka berdua. Jadi Chu Chu akan menjadi orang tengah.

Mereka berempat menyanyikan lagu selamat hari untuk Nana. Nana pula menyanyikan lagu itu di dalam hatinya untuk Minghao. Walaupun tadi di majlis itu, dia boleh je mengatakannya tetapi dia terlupa.

.....

Nana masuk ke dalam bilik untuk merehatkan diri selepas pulang dari rumah orang tuanya. Sebenarnya dia masih terfikir kenapa Minghao mudah jatuh cinta? Masa zaman sekolah menengah, dia dengan Sheng Xin. Sekarang dia ada perasaan dekat Shi Yi.

"Minghao memang suka orang yang ada nama huruf S ke?" Nana duduk di meja belajarnya lalu menaip sesuatu.

"Dah 8 tahun berlalu dan dia masih sama," ujarnya datar.

"Apa yang masih sama?" Pintu bilik milik Nana dibuka tanpa izin.

Chu Chu terus menuju ke arah Nana, Nana pula agak terkejut dengan kehadiran Chu Chu dan takut jika dia terdengar nama Minghao tadi.

"Dia kawan lama." Chu Chu membuat mulut bentuk O.

"Jadi macam mana kau boleh dapat idea tu? Kau dengan Xu Minghao ada hubungan apa?"

"Terfikir je, dan Minghao tak ada hubungannya dengan aku. Aku nak tidur, mengantuk." Nana menutup laptopnya dan berjalan ke arah katil.

Selimut ditarik menyelubungi badannya. Chu Chu masih di situ memerhatikan Nana. Kemudian dia keluar dari bilik Nana selepas dia matikan lampu bilik tersebut.

Nana terus menurunkan selimutnya paras pinggang yang tadinya ditarik hingga ke kepala. Kemudian Nana melelapkan matanya perlahan-lahan.

Beautiful Destiny // XU MINGHAOWhere stories live. Discover now