▪ 03 ▪

30 4 0
                                    


Xi Nana mengenakan pakaian yang dihadiahkan oleh Chu Chu sebagai hadiah ulang tahunnya. Malam ni juga dia akan bertemu dengan Xu Minghao. Walaupun berdebar untuk bertemu dengan Minghao tetapi dia harus menyelesaikan tugasnya.

"Dah cantik dah tu." Chu Chu bersandar di pintu bilik.

Nana tersenyum lalu dia berjalan ke arah Chu Chu. Dia melakukan ini semua untuk kerjayanya, kalau ikutkan hati dia tidak mahu lagi ada kaitan dengan Minghao selepas 8 tahun ini.

"Ni naik kereta ke, aku boleh pinjamkan?" tanya Chu Chu. Nana menggeleng.

"Naik teksi je. Malas nak bawa kereta." Chu Chu mengangguk faham.

Tanpa membuang masa, Nana pergi meninggalkan rumah. Dia tidak mahu terlambat kerana dia sendiri yang membuat temujanji. Tempat yang dia tempah adalah di sebuah hotel 5 bintang.

Dia menunggu lelaki yang sudah 8 tahun tidak bertemu dan juga masih memegang status sebagai tunang. Lama-lama dia tidak tahan menunggu, dia mengeluarkan telefon dari beg tangannya lalu didail nombor manager Wei.

"Boleh saya tahu, Xu Minghao masih dalam perjalanan ke?" Nana mengawal suaranya dengan lembut.

"Xu Minghao? Belum lagi, nanti saya beritahu dia." Manager Wei membalas sambil dia mengatur langkahnya ke arah bilik Minghao.

"Tolong beritahu Minghao supaya cepat sikit. Saya tak ada masa nak tunggu dia."

Tut...Tut...Tut...

"Baik." Belum sempat dia menjawab, telefon sudah dimatikan.

Manager Wei membuka pintu bilik Minghao dan melihatnya duduk santai di atas katil sambil mendengar lagu. Ini antara sikap Minghao yang buat dia mengeluh sepanjang masa.

"Cik Xu ada call tadi, bila nak jumpa dia?"

"Kau tahu tak kalau dia seorang reporter?"

Manager Wei berkerut dahi. "Reporter? Mana kau tahu?"

"Aku dengar perbualan dia dekat tangga masa parti hari jadi."

Nana membuka pintu laluan tangga sebelum dia menyambung panggilan ke Chu Chu.

"Chu Chu, aku berjaya!" Nana melompat kegembiraan. Akhirnya dia berjaya menipu Minghao.

"Betul ke? Bila kau nak interview dia?" Chu Chu menjawab di hujung panggilan.

"Jangan risau, aku dah atur makan malam dekat hotel 5 bintang. Kejap..."

Nana berhenti bercakap dengan Chu Chu dan memeriksa telefon apabila dia menerima panggilan lain.

"Chu Chu, aku tamatkan panggilan sebab keluarga aku buat panggilan video. Nanti aku beritahu."

Panggilan dimatikan dan dia menyambung panggilan ke keluarganya pula. Panggilan video yang diterimanya membuatkan dia mencari lokasi yang sesuai supaya dia tidak kantoi. Dia bersandar ke dinding sebelum menekan bottom accept.

"Xi Nana, selamat ulang tahun!"

Nana membuka topeng mukanya. "Terima kasih ibu...ayah..."

"Nana, baliklah cepat. Ibu dengan ayah ada kejutan untuk kamu, nanti kamu jemput Chu Chu sekali." ujar Puan Xi di telefon.

"Jangan risau, nanti Nana pergi dengan Chu Chu."

"Okay sayang, kami tunggu."

Tut...Tut...Tut...

Selepas sahaja panggilan video dimatikan, Nana keluar dari situ. Tanpa dia sedar, seseorang berada di tingkat bawah sama seperti dirinya.

Xu Minghao yang baru sahaja selesai berbual dengan keluarga mendengar dengan jelas perbualan Nana. Selepas sahaja topeng muka ditanggalkan, dia berasa sakit hati kerana ditipu oleh perempuan tu.

"Xi Nana, kenapa kau muncul dengan cara ni?" Minghao agak terkilan.

Manager Wei agak mengerti mengapa Minghao berperilakuan sebegitu."Kalau macam tu, aku batalkan..." Manager Wei menaip sesuatu di telefonnya.

"Tak perlu, aku memang nak jumpa dia untuk selesaikan masalah ni."

Xu Minghao keluar dari miliknya dan dia mengambil kunci kereta. Walaupun janggal, dia perlu berjumpa dengan perempuan tu supaya mereka tidak perlu berhubung lagi.

Minghao terus ke tingkat atas di mana Nana telah menempah ruangan khas setelah tiba. Sejurus melihat wajah Nana, dia terkenang memori lama. Kemudian dia menepuk tangannya dengan kuat. Seperti memberikan tepukan gemuruh atas kejayaan Nana yang menggunakan taktik kotor.

Nana yang tidak sedar agak terkejut apabila Minghao muncul dengan menepuk tangan. Nana sudah mengeluh dalam diam, Minghao seperti sudah tahu tentang kebohongannya di parti hari jadi.

"Bagus, seorang reporter menyamar jadi fans untuk bekerjasama. Helah yang cukup licik untuk orang macam awak, Xi Nana." 

Nana mengeluh lagi, tekaannya memang benar. Nampaknya dia akan terus dibenci. Ayatnya berbaur seperti menyindir tetapi Nana memang tidak nafikan apabila Minghao berkata seperti begitu.

"Lupakan semua ni, kita berdua tak ada kaitan pun lepas ni."

 Minghao ingin beredar meninggalkan tempat itu tetapi tangannya pantas diraih oleh Nana. Nana mempamerkan wajah yang begitu kasihan. Minghao pula terkaku seketika, mungkin terkejut dengan tindakan Nana.

"Minghao...apa kata kita duduk dulu? Saya ada alasan buat macam ni..."

Minghao memberikan pandangan tidak berperasaan tepat ke arah anak mata Nana. Bolehkah Nana memujuk Minghao atau mengeruhkan keadaan lagi? Minghao tekad, dia terus menarik kasar tangannya malah membuatkan tangan Nana terhempas kuat.

Beautiful Destiny // XU MINGHAOWhere stories live. Discover now