▪ 04 ▪

23 4 0
                                    

Minghao mendengar alasan Nana. Dia duduk di kerusi dan memasang wajah agak marah. Nana pula kelihatan gelisah untuk memberitahu tujuan sebenar.

"Minghao...saya minta maaf sebab tipu awak tapi saya buat semua ni bukan untuk saya. Saya cuma nak tolong awak je..."

"Tolong? Dengan menipu ke?" Nana menggeleng pantas.

"JS WONDER syarikat yang boleh dipercayai...saya nak elakkan reporter lain tulis gosip pasal awak. Sebab tu saya terpaksa guna cara ni untuk bekerjasama dengan awak selepas awak tolak kerjasama kumpulan A." terang Nana supaya lelaki itu tidak salah anggap.

"Kumpulan A...maksud awak Cik Lee?"

"Ya, dia Lee Xinyi. Apa kata kita makan dulu sebab saya dah lapar." Nana terus memasukkan daging masam manis ke dalam mulutnya sebelum hidangan itu menjadi dingin.

"Sejak bila masalah selesai? Masalah ni belum lagi sele..."

Nana menyumbat daging masam manis ke dalam mulut Minghao daripada dia terus membebel. Hilang mood nanti. Akhirnya Minghao akur dan menikmati hidang itu, sekurang-kurangnya dapat meredakan kemarahannya.

Selepas sahaja mereka berdua selesai makan, Nana mengeluarkan alat perakam suara.

"Tugas awak senang, awak cuma jawab 5 soalan saya je," terang Nana.

"Saya tak nak." Minghao mengangkat tangan paras dada.

"Saya rasa awak dengan Shi Yi ada sesuatu."

"Tak. Saya dengan dia cuma kawan je. Jangan memandai-mandai." Minghao cuba untuk bersikap serius. Dari wajah dah tahu dia sedang cemas.

"Saya rasa hubungan awak dengan Shi Yi bukan biasa-biasa, kenapa awak..."

"Okay, saya jawab soalan awak." Nana tersenyum tipis, Minghao akhirnya mengalah.

Nana menekan butang on pada alat perakam suara.

"Apa makanan kegemaran Encik Xu?"

"Tak ada."

Nana memandang ke arah Xu Minghao, dia yakin lelaki itu suka kan makanan cina daripada makanan barat. Nana memulakan soalan kedua. "Apa hubungan Encik Xu dengan Shi Yi?"

"Erhm." Minghao berdehem.

"Sorry. Dari mana Encik Xu dapat inspirasi untuk menulis lagu together?"

"Daripada otak saya."

Nana mengguling bebola matanya kerana stres dengan jawapan Minghao. Dia meneruskan 3 soalan yang masih tersisa. Kemudian Nana mematikan butang perakam suara dan mengeluh. Dia menunduk kepala semasa ingin memasukkan perakam suara di dalam beg tangannya.

"Minghao, awak memang..." Dia mendongak, Minghao menghilang dari pandangannya.

Di luar pula sedang hujan, dia tiada pengangkutan untuk pulang. Jadi Nana membuat keputusan untuk mengejar Minghao dari belakang.

"Minghao!" jerit Nana semasa dia melihat Minghao berada di dalam lif.

Tapi malang, pintu lif tertutup sebelum dia masuk.

"Tak guna Minghao, dah nampak tapi tak tunggu. Dasar peti ais takde perasaan." Nana membebel.

Ting.

Nana membulat mata apabila pintu lif tersebut terbuka semula dan Minghao masih berada di dalam lif yang sama. Minghao pula memandangnya dengan pandangan dingin. "Saya tarik balik kata-kata tadi." Nana masuk ke dalam lif.

Di dalam lif menjadi hening, mereka tiada topik untuk dibualkan. Nana berasa suhu di dalam lif semakin dingin dengan adanya peti ais yang menyerupai manusia di sebelahnya.

"Maaf pasal soalan yang tak patut tadi," ujar Nana. Minghao hanya membalas "hmm."

Tiba-tiba lampu lif terpadam dan hilang keseimbangan. Minghao menekan butang kecemasan untuk membuat laporan tentang kerosakan lif.

"Minghao, kita selamat ke?" Nana bertanya dengan kedua-dua belah matanya tertutup. Dia memang trauma dengan lif.

Minghao masih diam dan memerhati ke arah Nana. "Bukalah mata, kita masih selamat." Nana mendengarkan Minghao dan membuka matanya.

Secara serentak, lif bergocang dengan kuat dan membuatkan Nana memeluk tubuh Minghao dengan kuat tanpa dia sedar. Sedar tak sedar dia merasakan suhu badan seseorang.

"Dah boleh lepas?" Nana mendongak ke atas lalu melihat ke muka Minghao. Dia segera melepaskan pelukannya tadi. Nana membetulkan rambutnya yang sedikit serabai, "Maaf." Minghao mendengar apa yang dikatakan oleh Nana walaupun gadis itu berkata dengan perlahan.

"Dengar cakap saya, awak sandarkan badan awak ke belakang macam yang saya buat." Nana meniru gaya Minghao yang menyandarkan tubuhnya ke belakang lif dan menurunkan lutut sedikit.

"Lepas tu tarik nafas dan hembus, awak kena tenang dan tak boleh panik."

Nana melakukan seperti yang diajar oleh Minghao. Dia mula trauma dengan lif sejak 5 tahun yang lalu di mana kawannya cedera parah kerana ingin melindunginya. Nana takut jika kejadian tersebut berulang pada tahun ini.

Keadaan mula terkawal tetapi mereka dikejutkan lagi sekali. Lampu lif terus terpadam dan mereka terjatuh di dalam kegelapan. Mereka menjerit sekuat hati.

Kemudian lampu lif terbuka, Nana menyedari bahawa dia terbaring di atas badan Minghao, tangannya dan tangan Minghao saling bertaut. Minghao kelihatan sudah pengsan kerana matanya sudah tertutup rapat.

"Minghao..." Nana memanggil dengan sayu sebelum dia memejamkan matanya dan tidak sedar selepas itu.





Beautiful Destiny // XU MINGHAOWhere stories live. Discover now