▪ 05 ▪

19 4 0
                                    

"Minghao!" Nana menjerit memanggil nama Minghao lalu dia terbangun dari mimpi ngerinya.

Sedar-sedar, dia berada di tempat lain dan tempat itu ialah hospital. Di sebelah kanannya juga ditemani oleh kedua orang tuanya.

"Nana...kamu dah sedar?" Ibu Nana memerhati keadaan Nana jika gadis itu berasa sakit atau tidak.

"Mana Minghao?" Kedua orang tuanya saling berpandangan.

"Minghao ada di wad VVIP. Kamu rehatkan diri dulu, okay?" Tuan Xi menjawab soalan Nana.

Nana akur dan berbaring semula. Dia mimpi buruk soal Minghao, berharap Minghao tidaklah cedera parah seperti di dalam mimpinya.

"Nana!" Pintu wad yang menempatkan Nana terkuak dari luar.

Keluarga Nana terkejut apabila melihat sepasang suami isteri yang merupakan kawan mereka.

"Nana...kamu okay? Makcik dengar kamu dengan Minghao terlibat dalam kemalangan lif."

"Nana okay je, terima kasih sebab makcik dengan pakcik jenguk Nana." Nana berkata dengan agak janggal.

Keluarga dia dan keluarga Minghao dah terputus kontak sejak 8 tahun lalu. Tiba-tiba bersua muka, mereka saling segan antara satu sama lain.

"Xi Guang...Lee Mei yin... Boleh kita bercakap sebentar?" Tuan Xu yang merupakan bapa Minghao berkata kepada orang tua Nana.

Ibu Nana memandang ke arah Nana jika Nana tidak keberatan untuk meninggalkannya seketika, dan Nana tersenyum bermaksud dia tidak kisah.

Keempat-empat mereka keluar dari wad Nana dan tinggallah Nana keseorangan. Dia berasa bosan dan mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Minghao secara diam-diam.

Dia menuju ke kaunter pertanyaan untuk bertanya nombor wad Minghao, sejurus sahaja dia mendapatkan jawapan dia terus pergi ke wad Minghao.

Pintu dikuak dan memperlihatkan Minghao yang sedang duduk di atas katil sambil bersandar. Memandang Minghao keseorangan dan tidak ditemani Manger Wei, dia mengatur langkah masuk ke dalam wad.

Minghao memandang sekilas lalu dia menukar posisi kepada baring. Dia berpura-pura pejam mata dan tidak menghiraukan kehadiran Nana di situ.

Nana masuk dan duduk kerusi yang ada di sisi Minghao. Dia memandang tanpa berkelip mata ke arah Minghao yang berpura-pura tidur.

Minghao tidak tahan lagi, dia bangun dari pura-pura tidurnya. "Apa awak nak?"

"Saja je, awak tak cedera parah kan?" tanya Nana, Minghao menggeleng kepala.

Selang beberapa detik, mereka diganggu dengan bunyi ketukan.

"Encik Xu...boleh saya masuk?" Seseorang yang berada di belakang pintu meminta kebenaran.

Nana cemas mencari tempat persembunyian, takut mereka berdua. Minghao menyuruh Nana untuk bersembunyi di dalam tandas.

"Masuk..."

"Ni makanan untuk Encik Xu seperti mana yang diminta oleh manager Wei," ujar wanita yang menghantar makanan. Minghao mengangguk dan menyuruh wanita itu meletakkan dulang makanan di atas meja.

Sejurus sahaja wanita itu keluar dari wad, Nana pula keluar dari tandas. Dia memandang ke arah Minghao dan dulang yang ada di atas meja bersilih ganti.

Sebenarnya dia hairan kenapa makanannya tidak sedap sedangkan Minghao punya seperti makanan di hotel 5 bintang.

"Kenapa?" Nana memandang Minghao seperti inginkan sesuatu. "Miang ke?"

Nana ketawa terpaksa, memang taklah dia miang. Dia cuma mahukan hidangan yang ada di atas meja tu je.

"Makanlah..." Minghao mengambil dulang tersebut lalu dihulurkan kepada Nana.

Nana menerima dan mula untuk mengecapi makanan tersebut. Kalau jadi pesakit VVIP amatlah bertuah kerana wadnya serupa berada di bilik hotel 5 bintang.

"Terima kasih..." Nana mengucapkan terima kasih apabila makanan yang ada di dalam dulang itu telah dia habiskan.

Minghao tidak membalas, dia mencapai telefon yang tidak jauh darinya.

"Minghao, kamu..."

Manager Wei terkedu apabila menerjah masuk wad Minghao dan melihat seorang gadis duduk tidak jauh dari Minghao yang ada di atas katil.

Nana turut terkejut dan bangun dari tempatnya. Dia memandang Minghao dan manager Wei bersilih-ganti.

"Siapa perempuan ni?" Manager Wei bertanya untuk kepastian dan mengelak daripada menjadi bahan gosip.

Nana tersenyum lalu menghulurkan tangannya, "Saya Xi Nana, wartawan dan saya juga yang hubungi Manager Wei pada malam itu."

Manager Wei menyambut huluran Nana dan turut memperkenalkan dirinya, jadi inilah wartawan yang telah menipu mereka. Kemudian Nana meminta izin untuk pergi dari situ supaya orang tuanya tidak mencari di merata tempat.

Manager Wei memandang sosok Nana yang meninggalkan wad itu, kemudian dia beralih ke arah Minghao.

"Macam mana korang berdua kenal?"

"Lapar...tolong pesan lagi satu hidangan." Minghao menukar topik.

"Tadi bukan ke dah hantar?"

"Perempuan tu yang makan, jadi aku nak yang aku punya. Boleh kan?"

Manager Wei menggeleng kepala dan meninggalkan wad itu untuk memesan makanan. Minghao seperti sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Bagaimana seorang penyanyi popular berkawan dengan seorang wartawan?

...

"Kamu pergi mana tadi?" Nana terkejut apabila dia membuka pintu wadnya, ditanya oleh ibunya.

Malah keluarga Minghao masih berada di situ. Berbual seperti tiada apa yang berlaku sedangkan anak ada dekat wad VVIP. Lagi best dari wadnya yang biasa ni.

"Nana pergi tandas tadi..." Tipunya.

"Baguslah kalau Nana dan kembali, saya dengan isteri saya nak jenguk anak kami pula dekat wad VVIP. Kami pergi dulu."

Mereka berdua akhirnya meninggalkan ruangan itu, jadi Nana tidak perlu berasa janggal. Nana berjalan ke katilnya dan duduk.

"Ibu dah tanya doktor, kamu boleh balik esok." Nana mengangguk faham.

"Ibu, doktor cakap apa pasal Nana? Nana ada cedera teruk ke?" tanya Nana.

"Kamu cuma mengalami sedikit trauma, lain kali kalau kamu takut naik lif. Tak perlu naik, sebab ibu tak nak kejadian tu berulang lagi."

"Nana faham..."

"Ibu kena balik sebab rumah tak ada orang, ayah kamu dah masuk kerja. Jadi kamu tak kisah kan kalau ibu tinggalkan kamu sendirian?"

"Tak pun, ibu hati-hati."

Puan Xi tersenyum lalu dia mengucup dahi anak gadisnya. Selama ini Nana tidak pernah melawan cakapnya termasuklah menerima pertunangan yang langsung tiada cinta antara mereka.

"Nana, nanti Xuan jaga kamu. Ibu pergi dulu." Puan Xi mengatur langkahnya.

"Ibu, Xuan doktor Nana?" soal Nana sebelum ibunya pergi dari situ.

Puan Xi berhenti dan berpaling ke arah Nana yang duduk di atas katil lalu dia mengangguk. Kemudian dia keluar dari wad Nana.

Nana terkejut sedikit apabila Xuan menjadi doktornya. Dia, Xuan dan Chu Chu merupakan kawan dari zaman universiti lagi, dan mereka masih berhubung. Sejujurnya dia pernah meluahkan perasaannya pada Xuan, namun Xuan hanya ingin fokus pada kerjayanya.

Tapi akhir-akhir ini, Xuan kelihatan perhatian terhadap dirinya. Tapi sayang, Nana dah tak suka dekat Xuan dan memikirkan kerjayanya sebagai wartawan.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Dec 27, 2022 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Beautiful Destiny // XU MINGHAODonde viven las historias. Descúbrelo ahora