PART 21

186 5 0
                                    

"Kau nak bawak aku pergi mana?"

"Ala ada lah. Kau tunggu je." jawab Laila yang sedang fokus memandu di sebelah.

Lepas beberapa minit, kereta diparkir di hadapan sebuah warung.

"Tadaa! Kau mesti rindu nak makan ais kepal Pak Maun kan. Jum aku belanja." teruja Laila sambil tarik tangan aku masuk warung tersebut.

"Pak Maun order!" kemudian seorang lelaki tua datang.

"Eh Afya! Hang dah balik. Lama hang belajaq jauh² naa." ujarnya. Aku senyum jelah.

"Afya order lah kau nak ais kepal apa?"

"Kat sini ada perisa apa?"tanya aku sambil tersenyum.

Kemudian Pak Maun dan Laila pandang aku dengan wajah yang pelik. Dalam kepala aku 'kenapa? salah ke saya cakap?'

"Hahahhaha dia lupa tu Pak Maun. 3 tahun belajar luar. Nak 2 ais kepal milo yaa." lepas Laila ambilkan order terus PakMaun blah.

"Wey!" Laila pukul tangan aku.

"Kau kenapa? Takkan kau dah lupa pasal ais kepal?"

"Apa? Aku mana tau apa²."

"Takkan kau tak ingat warung ni?"

Aku geleng perlahan.

"Macam mana kau boleh lupa tempat favourite dating kau?"

"Dating?"

"Yelah. Dengan Dr Akhtar."

"Siapa pulok tu?"

Ternganga Laila pandang aku.

"Afya Aileen!" suara Laila naik satu oktaf.

"Kau tak kenal siapa Dr Akhtar?"

"Siapa?"

"Akid! AkidAkhtar? Kau tak kenal?"

"Ouh Akid dengan Dr Akhtar tu orang yang sama ke?"

"Yes! Wey kau bukannya ke luar negara 30 tahun. 3 tahu je. Itu pun boleh lupa."

"Aku tak lupa cuma.."

"Dia bekas tunang kau Afya!"

Ting!!

Ouh ini lah jawapannya? Aku terdiam seketika. Patut lah diorang asyik cakap sayang sayang.

Tiba tiba sakit kepala datang menyerang. Kali ni sakit yang tak boleh diungkapkan.

"Eh kau kenapa ni?"tanya Laila yang melihat aku duk ketuk ketuk kepala. Kali memang aku tak boleh sirok lah sakit dia.

"Lai-laila aku sakit kepala." suara aku tersekat sekat.

"Jum jum kita pergi klinik." Laila papah aku masuk ke dalam kereta.

"Laila, drive pergi hospital swasta."

"Jauh sangat tu. Kita pergi klinik biasa je lah."

"Jangan. Pergi hospital swasta please Laila." rayu aku dalam keadaan yang lemah.

Laila pun akur dan terus memeberi signal masuk jalan hospital swasta.

*****

"Terima kasih doktor." ucap laila sebelum Doktor Khairiah meninggal wad.

Laila duduk di kerusi sambil mengeluh panjang. Dia pandang wajah aku dengan penuh kerisauan.

Aku dengan muka pucatnya hanya tersenyum. Aku mencapai tanganya.

"Aku okey je lah. Jangan risau."

"Macam mana aku tak risau. Kenapa kau tak pernah bagitahu aku?" suara Laila menahan sebak.

"Aku tak nak susahkan siapa siapa. Lagipun aku baru tahu pasal ni." suara aku sedikit perlahan.

"Kau tahu kan aku benci kau simpan rahsia. Lagi lagi benda macam ni. Kalau aku tak ajak kau makan ais kepal, sampai kiamat lah aku tak tahu."

"Mana lah aku tahu kau nak bawak aku tempat tu. Bukannya special sangat pun."

Berkerut dahi Laila pandang aku. Dia seperti dapat tangkap sesuatu.

"Kau tak main main kan pasal Akid?"

Aku mengeluh berat sebelum memperbetulkan duduk.

"Laila, aku tak pasti samada Akid tu betul betul pernah wujud dalam hidup aku ataupun tak. Tapi semua orang sekeliling aku cakap pasal dia. Aku curious Laila. Dia tu siapa bagi aku?"

Laila terdiam sekejap. Mungkin dia percaya yang aku tak main main pasal Akid. Kemudian dia mengeluh berat.

"Akid. Dia lah orang yang bawak kau balik. Dari kau tak kenal Tuhan, jadi lebih dekat dengan-Nya. Dari kau songsang terus kau jadi normal semula. Kau terus sembuh dari penyakit lama kau."

"Kau tak ingat semua tu?" sambungnya lagi.

Aku cuba putar balik memori yang ada dalam kepala otak aku ni.

"Dia tolong aku?"otak masih samar samar dengan sorang lelaki yang selalu ada dengan aku. Dia ke?

"Afya, dia sanggup terima baik buruk kau. Kau lesbian, dia terima kau. Kau anak derhaka dia terima kau. Kau tak kenal Tuhan dia terima kau. Dia terima kau sebab dia nak ubah orang yang dia sayang. Orang yang dia cinta. Kau ingat?"

Tiba tiba air mata aku mengalir. Kenapa ni? Aku tak rasa sedih pun. Gembira pun tak. Kepala ni asyik berdenyut je dari tadi.

"Aku harap kau boleh ingat siapa Akid dalam hidup kau. Sekurang- kurangnya sikit."

*****

"Doktor! Doktor!" jerit Maklong di koridor hospital ada bunyi pelik keluar dari monitor nadi Akid.

Beberapa doktor dan jururawat datang dengan segera.

Degupan jantung Akid semakin lemah. Lemah daripada biasa. Dia seperti nyawa nyawa ikan dah.

Tiiiitttttt.....nadi Akid hilang.

Terus doktor mencapai efibrilator dan tekap pada dada Akid.

"Go!"

Tiada perubahan.

"Semula."

"Go!"

Sementara itu, Maklong berada di luar wad bersama Paklong sambil melihat anak bongsu mereka bertarung nyawa.

*****

"Pesakit sudah kembali kepada stabil. Tapi kita kena cepatkan proses pembedahan pindahan organ."

"Doktor dah jumpa penderma?"tanya Paklong.

"Setakat ni kami masih mencuba. Sedikit susah untuk mencari penderma organ jantung dalam masa terdekat."

Aku yang duduk atas wheelchair dari jauh melihat wajah Maklong dan Paklong yang muram setelah mendengar berita itu.

****

AFYA AILEEN (completed)Where stories live. Discover now