PART 9

137 7 0
                                    

Setahun lalu...

"Amboi, happy nya dia." sapa Abang Aiman dari arah pintu dapur.

Aku yang tersedar kehadirannya hanya tersengih.

"Afya masak apa?"

"Masak kek batik~. Favourite Dzul." jawabku meleret.

"Ni nak bawak pergi jumpa dia lah?"

"Iyer lah. Tadi Afya call dia, dia tengah kerja. Tapi abang jangan bagitau dia. Afya nak buat surprise. Tau?"

"Haa yelah. Sweet couple lah katakan."

"Of course. Afya lama tak dating dengan dia. Rindu!" ujarku teruja lalu berlari anak keluar dapur sambil membawa tupperware berisi potongan kek batik.

Abang Aiman hanya membuat muka menyampah. Tak suka lah tu aku bercinta dengan best friend dia sendiri.

Aku bergegas keluar rumah dan memandu kereta menuju ke tempat kerja Dzul. Satarey's Weddding Photographers kat area Ampang. Ni first time dow datang tempat kerja dia.

"Hye. Saya nak jumpa Muhammad Dzul Amin. Dia graphic designer sini kan?" tanya aku pada adik atau akak kaunter tu. Aku pun tk dapat agak umur dia sebab baju syeksyi meksyi. Sakit pulak mata aku.

"Ouh Encik Dzul tak masuk kerja lah hari ni. Dia MC." balasnya sopan.

"MC?"

"Ha ah. Sejak dua hari lepas. Esok dia masuk kerja balik."

Aku yang sedang pegang tupperware, terpinga pinga. MC? Baru tadi aku call dia. Dia cakap dia buzy tengah kerja.

"Err...cik?" dia menghentikan lamunanku. Aku memandangnya.

"Awak takde alamat dia?" tanya aku. Ok readers semua jangan kecam aku sebab tak tau rumah boyfriend sendiri.

"Minta maaf cik. Saya ada alamat Encik Dzul yang lama je."

"Alamat yang lama?" aduhh...tolong lah. Aku dh macam orang bodoh je ni. Tak tau pape. Apa jadi ni?

"Ha ah. Encik Dzul baru saja pindah rumah 3minggu lepas."

"3 minggu lepas?!" suara aku tertengking dia. Jelaslah dia terkejut.

Selepas aku sedar perbuatanku, aku meminta maaf dan berlalu pergi. Fikiranku bercelaru. Apo bondo Dzul ni tak bagitau aku pape. Jari aku laju menaip nombor Dzul.

Trutt..trutt..nombor yang anda dail...

"Ishh tak angkat pulak!!" marah aku. Satu cara je yang aku boleh guna untuk cari dia.

"Abang dah cakap abang tak tahu!" nafi Abang Aiman. Ooo nak sorok lagi?

Tapp!! aku menepuk meja. Mataku renung tajam ke dalam matanya.

"Abang kan kawan baik sehati sejiwa dia. Takkan sikit pon abang tahu?"

"Tak tahu. Rumah lama dia abang tau lah."

Aku menjelingnya sebelum telefon dikeluarkan.

"Agaknya apa Kak Hawa yang kat Thailand tu cakap kalau Afya bagitau yang abang buli adiknya sendiri?" ugut aku. Aku tau abang aku sorang ni TAKUT BINI.

"Hmmp." Abang Aiman hanya menahan tawa.

"Afya nak buat apa? Call dia? Eh... silakan. Dia baru je beli SIM baru semalam."

"Ouh yea?" Aku mula menaip.

"66."ujarku sambil menaip.

"8."

AFYA AILEEN (completed)Where stories live. Discover now