bab 8

3K 97 0
                                    

ANAK mata Joel dari tadi tidak lepas memandang Melissa yang keresahan, pelanggan yang datang ke kafe pun dilayan acuh tak acuh saja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ANAK mata Joel dari tadi tidak lepas memandang Melissa yang keresahan, pelanggan yang datang ke kafe pun dilayan acuh tak acuh saja.

Bagi Melissa pula, dia risau dengan wang simpanannya yang semakin berkurang dalam akaun bank, baru baru ini saja dia terpaksa berhabis hampir lima ribu untuk ubat ubatan dan rawatan susulan buat adiknya. Kalau macam ni sampai bila duit itu mahu bertambah? Dan sampai bila Pula Maden kena terpaksa bergantung dengan ubat?

Melissa menyental sisa tumpahan kopi di atas meja, fikirannya jauh melayang mengingatkan Maden. Adiknya itu adalah satu satunya waris yang dia ada, bersusah payah dia membesarkan Maden sejak ibu bapanya meninggal pada usia Melissa yang baru mencecah 15 tahun.

Tugasannya sebagai guru di Moorland pula bertambah dengan jadual kelas yang semakin padat jadi dia langsung tiada masa mengajar Enrique di hujung minggu, apatah lagi berehat.

Melissa menyeka manik manik peluh yang mula terbit dari pelipisnya, seluruh tangan mula terasa sengal sengal, kelopak matanya terasa berat, semalam dia hanya dapat tidur beberapa jam saja kerana Maden tidak dapat tidur lena.

Dia mengambil masa untuk bernafas sebentar di bilik stor, rongga pernafasannya mencari udara untuk diisi sebelum dihembuskan perlahan ke  udara.

Tiba-tiba pintu dikuak oleh Joel yang beriak risau. "Kau okay?" Dia seolah tahu yang Melissa kelihatan kurang sihat.

"Tak okey..." kata Melissa jujur.

"Jom, kita pergi klinik. Hari ni aku suruh boss bagi kau half day."

Akhirnya Melissa mengalah, lepas saja Joel menghantarnya ke klinik, dia terus pulang ke rumah. Melissa menghempaskan badannya ke atas sofa, kemudian cuba untuk menutup matanya sebentar untuk tidur sementara Maden tiada di rumah.

Bunyi ketukan di pintu bertalu-talu membuatkan Melissa terjaga, dia membuka kedua kelopak mata yang terasa berat. Dah pukul 6 petang rupanya, mesti Kak K risau kenapa Melissa tak ambil Maden di tadika tadi.

"Mel okey ke? Akak dengar Joel kata Mel tak sihat?" tanya Kayla gelabah pada Melissa yang masih lagi berpakaian uniform kerja.

Melissa tersenyum kelat. "Tulah kak. Tiba-tiba satu badan Mel sakit sangat, kata doktor Mel kurang rehat dan kurang tidur."

Kayla mencekak pinggang, dia ikutkan saja langkah Melissa yang berjalan ke ruang tamu. "Maden ada kat rumah akak, tengah makan spaghetti dengan Isaac. Tak apa, akak faham kalau Mel tak terpacak kat depan pagar tadika tu mesti Mel ada hal lain, nasib baik lepas ambik Isaac kat sekolah tadi firasat akak kata Maden tak ada siapa yang ambik." Bebel Kayla yang mula melabuhkan punggungnya di sebelah Melissa.

"Mel sampai rumah tengahari tadi, Joel yang hantarkan." Balas Melissa senada.

"Mel kawin sajalah dengan Joel tu, senang sikit hati akak tahu ada orang jaga Mel dan Maden," Kayla menepuk sikit belakang badan Melissa, geram dengan sikap keras kepala adiknya ni.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now