bab 36

2.2K 78 7
                                    

ANAK mata Joel tertancap pada Melissa yang sedang menuangkan segelas air kordial buatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ANAK mata Joel tertancap pada Melissa yang sedang menuangkan segelas air kordial buatnya. Hampir sebulan dia tak menatap wajah Melissa, tipulah kalau dia kata dia tak rindu.

"Kau marah aku kan?"

Melissa hanya membisu, pisau kek diangkat sebelum dipotong pula Japanese cheese cake untuk dihidangkan pada Joel. "'Mana ada saya marah." Balasnya senada.

"Kau happy tak?"

"Saya okey je, awak happy?" Melissa pula menerjah Joel dengan soalan cepumasnya.

"Happy jugaklah, aku dapat kumpul duit untuk beli apartment aku sendiri, mungkin lepas ni kau dan Maden boleh ikut aku, kan?" selamba saja Joel bertanya, seolah Melissa masih lagi belum berpunya.

"Maden masih belum kena operate lagi, saya tak berani nak bawa dia pindah-" Melissa melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan Joel.

Joel kini kelihatan lebih kemas dan bergaya, Joel yang Melissa kenal bukanlah seorang lelaki berambut panjang dan tak mementingkan penampilan seperti dulu. Tapi bukan itu yang Melissa kisahkan.

"Kita boleh cari hospital berbaik kat bandar Cedara. Aku boleh tolong kau, Mel." Joel menyisip air oren ke mulut.

"Joel, saya dah kahwinlah." Kata Melissa lembut, langsung tiada nada keras dalam suaranya.

"Okey kau dah kahwin, so? Bukannya aku ajak kau sorang je ikut aku, si kecik tu pun akan ikut kan?"

Melissa menepuk dahi. "Joel, saya masih tak boleh ikut orang sesuka hati walaupun awak kawan baik saya sendiri, lagipun kalau dia tak izinkan saya pergi, takkan saya nak berdegil, derhakalah saya macam tu."

"Mengarutlah, Kak K kata hampir sebulan kau tak tinggal sebumbung dengan dia." Joel tersenyum sungging, panas pula hati bila mengenangkan wajah keparat lelaki bernama Enrique Arison yang berjaya membuatkan hidup rakan baiknya tunggang langgang.

Melihat Melissa yang hanya berdiam diri, Joel kecuakan. "Sorry, aku bukannya nak menyibuk hal kau."

"Tak apa." Kata Melissa pula, riak wajahnya tertukar terus.

"Hurm... jadi apa plan kau seterusnya? Maden bila nak kena operate?" pantas Joel menukar topik.

"Doktor kata seeloknya bulan depan. Tapi duit simpanan saya tak cukup lagi," Balas Melissa seraya menyingkap helaian rambut ke belakang telinga.

"Berapa ribu lagi?"

Melissa terdiam sejenak, jumlah yang perlu dikumpul itu mungkin akan membuatkan Joel membatalkan saja niatnya untuk menolong Melissa.

"Banyak juga."

"Okey, kau boleh guna duit aku dulu, ada masa nanti kau bayarlah." Joel pula yang bersuara, nekad betul dia mahu membantu Melissa biarpun hampir berpuluh kali wanita ini menghalang.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now