bab 9

2.9K 97 1
                                    

ANNALISE memandang Enrique dengan perasaan tidak puas hati, mana tidaknya tiba-tiba saja Enrique mahu cari gaduh masa tengah makan tengahari depan ayah dan bondanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ANNALISE memandang Enrique dengan perasaan tidak puas hati, mana tidaknya tiba-tiba saja Enrique mahu cari gaduh masa tengah makan tengahari depan ayah dan bondanya.

"You nak bawak perempuan masuk banglo tu kan? Baik you jujur." Ugut Annalise dengan garfu, seolah itu ada senjatanya untuk menyerang Enrique.

Villa Casadea adalah villa lama peninggalan datuk dan nenek mereka, walaupun tiada hitam putih yang mengatakan bahawa banglo itu adalah kepunyaan Annalise atau adiknya, tapi Annalise berusaha sendiri untuk renovate banglo itu demi masa depannya, rancangan Annalise adalah untuk menetap di situ selepas dia berkahwin kelak. Banglo itu umpama rumah bersinggahan keluarga mereka kerana ianya terletak di pinggiran bandar yang jauh dari hiruk pikuk kota Guilzano yang padat.

"Ayah dan bonda tak kisah I nak buat apa, yang you kecoh sangat ni kenapa?"

"Mestilah I kecoh, banglo tu I jaga elok! Tapi bila sampai kat you, hancur!" Bentak Annalise.

Gema nada suara Annalise yang agak tinggi di ruang makan kediaman Arison membuatkan Tuan Fatir dan isterinya memandang tepat ke arah anak sulung mereka.

"Elise, he's your brother, beralahlah sikit, dia nak tinggal sana untuk satu malam saja." kata Tuan Fatir dengan tenang. "Ayah dan bonda lunch, kamu berdua seronok betul bertekak ya? Mana adab kamu, Annalise Arison?"

"But dad, he screwed up that house last time! Habis selerak!" Masih teringat di ingatan Annalise tentang kejadian beberapa bulan lepas di villa, kononnya celebrate birthday party, tapi umpama kapal kapak karam banglo itu dikerjakan Enrique dan teman-temannya.

"Kalau kamu taknak berselerak kamu duduk dekat gua. Senang. Biasalah tu lambat laun bila kamu duduk situ dengan Adam pun akan berselerak juga, sayang." Puan Sri Marla menyampuk, dia cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan kedua anaknya, tiada tekanan atau tegasan seperti nada suara sang suami.

Enrique cuba menahan ketawa, lucu pula dengar ayar bonda, duduk dekat gua? Sesuailah untuk orang anti-social seperti Annalise. Pelik macam mana Adam boleh terpikat.

"Dah dah, ayah tak mahu dengar sikit bantahan pun keluar dari mulut, Elise, adik kamu nak pinjam banglo tu sekejap saja." Bidas Tuan Fatir.

Ada sebabnya kenapa Tuan Fatir dan isterinya selalu menangkan Enrique, bukannya mereka sayangkan dia lebih, tapi mereka ada sebab yang tersendiri. Kasih sayang yang mereka curahkan pada Enrique dan Annalise sama rata saja.

Usai makan tengah hari, Enrique lepas gian merokok di pondok gazebo yang terletak di halaman taman rumah agam Arison, tenang melayan perasaan sambil teringatkan wajah yang semakin hari membuatkan Enrique semakin geram, dia pelik kenapa dia terlalu berusaha untuk memikat Melissa Madari sedangkan petik jarinya saja pasti bersusun perempuan akan datang padanya.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now