34

326 20 2
                                    

╭─━━━━━━━━━━━━─╮

Life was stringing me along
Then you came and you cut me loose
Was solo singing on my own
Now I can't find the key without you

And now your song is on repeat
And I'm dancin' on to your heartbeat
And when you're gone, I feel incomplete
So if you want the truth

I just wanna be part of your symphony
Will you hold me tight and not let go?

Clean Bandit - Symphony

╰─━━━━━━━━━━━━─╯

♕ ARZALNA NUHA ♕

Aku perasan mata Adri beberapa kali pandang aku. Sengaja aku buat tak nampak dan teruskan fokus buat kerja.

Anehnya aku tak rasa takut pun. Mungkin sebab aku percayakan dia. Lagipun dia orang baik. Takkanlah dia nak apa apakan aku. Berani nak bermain dengan Razman?

Berani, cubalah. Kena kejar satu Perancis baru tahu.

"Kau memang macam ni ke?"

Bingo! Aku dah agak dah Adri akan tanya. Aku tunggu aje dia buka mulut.

Aku dah kata dah nak faham Adri ni senang. Mudah sangat nak teka. Bila waktu dia tengah curious. Bila waktu dia happy. Bila waktu dia marah. Walaupun muka dia sepesen tapi behaviour dia lain.

"Macam mana?" aku buat buat tak faham.

Naikkan pandangan dari buku dan pandang dia. Alahai dia ni dah berkerut dahi pandang aku.

"Aku tak judge kau tapi baju kau... I think it's too revealling. Kau kena ingat yang aku ni lelaki. Aku boleh buat apa apa aje pada kau. Despite the unexpected of your mind"

Bila dia cakap macam tu, aku tunduk juga pandang diri sendiri. Aku pakai t-shirt berwarna baby pink. Cuma material baju ni agak nipis sikit. Setakat aku pakai seorang dekat rumah memang aku tak kisah pun. Tak ada siapa yang nak tengok. Aku pakai depan Razman pun dia tak pernah peduli.

Dan aku berseluar longgar atas lutut. Senang cerita hujung seluar aku mencecah separuh peha. Aku selesa macam ni. Nak buat macam mana? Lagipun tadi aku kelam kabut.

Kenapalah Adri ni nak tegur itu dan ini. Ada aje yang tak kena di matanya. Dia lupa ke?

"Tak ada makna dah semua ni untuk aku. Aku dah rosak"

Adri mengeluh berat.

"Kenapa kau cakap macam tu? Kau tahukan harga perempuan ni tinggi. Sangat sangat tinggi. Aku tak suka dengar kau merendahkan diri sendiri macam tu" kata Adri. Lembut.

"Benda betul. Dah tak ada apa. Tak ada sesiapa yang nak pun dekat aku. Siapa yang nak bekas orang?"

"Nak aku ulang ayat aku ke?"

Aku diam. Lupa yang Adri sukakan aku. Pastilah dia nakkan aku walau apa pun yang dah berlaku dekat aku.

"Aku nak cakap ni, kau dengar. Bagi aku, kalau aku dah suka sesiapa. Mana mana perempuan pun, aku tak peduli apa yang dah jadi di masa silam. Salah dia atau salah orang lain. Is she is a virgin or not. Anak dara ke, janda ke. Aku tak pernah peduli. We talk about heart. Hati dah suka. So that's it. Lagipun aku nak kau bukan sebab nafsu. Aku suka kau maknanya aku suka semua tentang kau. Simple"

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now