58

343 18 1
                                    

♕ ARZALNA NUHA ♕

Seronok habiskan bila dapat habiskan masa bersama. Berkumpul satu keluarga. Tanpa gangguan gadget. Tiada apa apa gangguan lain.

Aku pandang Adri yang duduk di sebelahku. Dari tadi suami aku cuma diam. Adalah sekali dua bibirnya terjongket apabila ada bahan lawak yang kami bualkan. Selain dari itu, dia cuma senyap. Tayang muka kurang senangnya.

Walaupun begitu aku rasa itu sudah cukup. Asalkan Adri ada usaha mahu rapatkan semula hubungan kekeluargaan yang telah retak sebelum ini. Dah beberapa lama aku di sini, aku dah nampak Adri dah mula elok dengan Hashim.

Dah tak lari lari lagi kalau bercakap. Dah boleh bual walaupun kedua duanya masih kekok.

Seperti yang aku perhatikan selama di sini, aku nampak Mariana bukanlah teruk sangat. Mariana sangat mesra. Jelas ada aura keibuannya. Tak pilih kasih. Wanita itu layan aku sama macam dia layan Ardell. Begitu juga cara dia menegur Adri.

Dah boleh nampak Adri mula balas bualan Mariana sedikit. Perubahan yang baik. Yang tak berapa baik adalah Adri dan Ardell. Tak bertegur langsung.

Kalau Ardell tu lalu sebelah pun Adri buat tak reti. Seolah olah Ardell tak wujud. Halimunan.

Tak tahu apa yang dia benci sangat pada Ardell tu. Aku tengok dia baik aje. Bagaimana peribadi Mariana, begitulah Ardell.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan?

Aku okay aje dengan Ardell. Tapi Adri yang selalu halang aku rapat dengan Ardell. Tak faham aku. Bila aku tanya, dia tak jawab. Macam mana aku nak faham?

Waktu Adri tiada, aku curi curi berbual dengan Ardell. Itu aje kawan satu kepala yang boleh diajak berbual.

Gadis itu nampak pendiam tapi sekali dah buka mulut. Sama naik dengan Yana. Kiranya bolehlah jadi bestfriend baru.

Aku dapat tahu ayah Ardell merupakan orang German. Memeluk Islam sebelum menikah dan disahkan murtad ketika Ardell masih di sekolah rendah.

Tak mahu campur urusan keluarganya. Aku tak tanya lebih. Hanya angguk. Namun aku ada tanya di mana keberadaan ayahnya. Jawapan Ardell.... Tak tahu.

Lelaki yang sudah bergelar ayah hilang dan melepaskan tanggungjawabnya. Pasti Ardell merasakan kehilangan.

Aku dah hilang mama dan abi. Aku faham.

Tapi gadis itu kuat. Mariana juga kuat. Bersungguh sungguh membesarkan anak seorang diri. Dalam masa yang sama menguruskan The Marry House hingga kini dikenali di pelusuk dunia.

Wanita yang hebat. Sangat hebat.

"Seronok mummy bila kita berkumpul macam ni. Rasa kita rapat sangat. Mummy seronok sangat. Tengok ada anak anak mummy. Ada menantu kesayangan mummy"

Belum belum dah jadi menantu kesayangan. Tengoklah dia punya bersih hatinya macam mana. Kasih sayangnya tak berbelah bahagi. Tak peduli Adri bukan darah dagingnya dan aku menantu yang dia tak pernah kenal selama ini.

"Adri okay? You too quiet" Mariana bertanya Adri.

Aku turut pandang Adri.

Faham sangat yang Adri tak suka semua ini. Kalau bukan aku yang paksa, tak adanya dia nak turut serta di sini. Pasti dia lebihkan game dia di atas.

Aku tahu Adri nak cepat cepat lari. Dia tak mahu berlama lama. Tangannya tak lepas genggam tangan aku dan diletakkan di ribanya. Aku hanya biarkan.

Adri angguk sekali. Mulutnya masih tertutup rapat. Tak bersuara sedari tadi.

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now