3 ¦ Ramen

193 42 2
                                    

Bekas kaca itu ditutup dan dibuka, merenung kertas yang berlipat bersama ayat yang merepek bertulis di atasnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bekas kaca itu ditutup dan dibuka, merenung kertas yang berlipat bersama ayat yang merepek bertulis di atasnya. Merepek tapi Taery percaya.

“Aku memang bodoh pergi percaya benda macam ni, sikit pun Sunghoon tak pandang aku tadi!” Taery meroyan sendiri merenung telefon kacanya.

Namun, screen telefonnya langsung tidak disentuh. Otaknya masih percayakan bekas kaca tersebut.

Ahh Taery, kau dah gila ni.

Sekali lagi bekas itu dipegang, dibuka dengan harapan, permintaan yang dia minta dia akan dapat.

“Aku harap esok semua belanja aku makanan,” dia berdecit. Bukan dia nak pun makanan, cuma dia tahu benda tu tak mungkin jadi.

“Lahai kesian aku ni makin lama makin bodoh,” katanya mengusap kepalanya sendiri menggunakan tangan kirinya manakala tangannya aktif berusaha menyimpan kertas itu kembali ke dalam bekas kaca.

Kertas tersebut seakan disentuh oleh seseorang, tadi digulung kini terbuka luas buatkan Taery mengeluh. Buat penat sajalah.

“3 wish to go... 1 going to happen soon ?” Taery berkerut. Tangannya menggeletar. Semalam, dia baca. Hanya lima.

Nak ikutkan, harapan pertamanya tak jadi pun jadi kenapa kertas tersebut bertukar. Uhh tulisan pada kertas tersebut print ya, bukan tulis tangan.

“Alah, ni maybe Taehyun kot main-main masa dia balik weekend lepastu suruh mak ayah tukar masa aku balik sekolah,” Bebel dirinya menutup bekas tersebut.

Bukannya dia tahu apa aku wish.

Keluh Taery seorang diri. Masih sedang cuba membuang segala fikiran negatif tentang kertas dan bekas kaca tersebut.

“Ahhh.. pergi mampuslah!”  Taery bangun dari katilnya, bergerak ingin keluar dari bilik menjenguk ayah dan ibunya yang sedang menonton television bersama.

Alolo sweet betul, kau ada? Tak adalah tu, single hm.

“Appa, eomma. Taery lapar,” manja suara Taery sambil mengosok perutnya menuju ke sofa.

Sedikit pun ayah dan ibunya tidak menoleh, hanya sepatah respon “makan,” dari ibunya sahaja buatkan dia mengeluh. Biasalah remaja sekarang, mak dah masak dia nak makan ramen.

“Makan apa?” soal Taery acah tak tahu yang ibunya telah masak nasi goreng kimchi. Mengada mahu makan benda yang lebih sedap.

“Dekat luar ada batu dengan kayu, kau kutiplah satu-satu lepas tu makan,” jawab ayahnya buatkan dia memukul manja membuatkan satu keluarga itu tergelak.

Ting! Tong!

Loceng rumah mengambil perhatian mereka bertiga, terus senyap semua. Taery berdiri, mewakili untuk membuka dan menjenguk siapa yang sibuk bunyikan loceng ni.

“Ramen lima kotak, angkat-angkat masuk !” arah pada pintu itu buatkan Taery cepat menghalang.

“Eh saya rasa awak salah orang ni,” tegur Taery buatkan orang tersebut berkerut lalu kertas pada tangannya dibaca sekali lagi.

“Kang Taery kamukan ?” soal lelaki itu buatkan dia terkejut.

Dia mengangguk buatkan lelaki tadi menepuk kepalanya, “jadi ini barang kamulah! Ayuh amik saja jangan buang masa,” kata lelaki itu meletakkan lima kotak ramen di depan pintu dan meninggalkannya begitu saja buatkan Taery ternganga.

Ini ke makanan yang orang belanja aku?

Kotak itu dibuka satu-satu, semua penuh dengan hampir 50 lebih ramen. Boleh mati kalau hari-hari Taery makan makanan tidak berkhasiat ni.

“Maa ! Eomma ada order ramen ke ?” Jerit Taery dari pintu. Kelam kabut ibunya datang berkerut, pantang sekali perempuan itu mendengar perkataan makanan tidak berkhasiat itu.

Bukan kerana dia suka, tapi dia seperti anti-ramen. Taery dan Taehyun mahu makan pun dua bulan sekali, ahh tapi kebiasaannya mereka curi-curi makan. Lagilah masing-masing sudah besar dan pandai ke kedai sendiri.

Kertas pada kotak itu dibaca. Kerutan pada wajah perempuan berusia 30-an itu berkerut memandang Taery dengan tajam. “Kang Taery... kamu yang orderkan ?” soal ibunya.

“Ma, seumur hidup Taery. Nak makan ramen mesti tanya eomma kan ? Kalau Taery beli pun, takkanlah sampai lima kotak ni!” Taery mempertahankan dirinya.

“Tinggalkan satu kotak je, yang lain eomma tak nak tengok dalam rumah ni,” malas ibunya mahu fikir dan layan karenah anaknya. Ikut logik juga, takkanlah Taery mahu makan ramen sebanyak ni. Dia sendiri tahu ibunya akan marah.

Ah fck, bukan ni maksud aku orang belanja aku makanan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Switch Wish - Lee HeeseungWhere stories live. Discover now