4 ¦ Foods

163 35 8
                                    

“Hee, kau nak tak ni aku ada terbeli sosej lebih ?” soal Jake memberinya sebatang sosej segera

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Hee, kau nak tak ni aku ada terbeli sosej lebih ?” soal Jake memberinya sebatang sosej segera. Dengan senyuman dan hati yang tenang, Heeseung mengambil makanan tersebut.

Entah apa nasib dia hari ini, asyik dapat makanan saja dari orang lain. Memang tidak akan complainlah si Heeseung tu, malah makin suka.

“Thank you dude,”

“Hee, nah mak aku tiba-tiba baik nak bagi kau makanan. Tak tahulah kebetulan ke apa masak lebih. Aku bagi jela kau,” pelawa Sunghoon tiba-tiba membawa bekalan makanan buatkan wajah Heeseung semakin ceria.

Jake pula terkaku, kewujudannya seperti tiada disitu. “aku.. ?”  soal Jake menunjukkan dirinya buatkan Sunghoon tersengih bersalah menggaru leher.

“Sebelum ni kan aku dah bagi kau, takpelah hari ni bagi Heeseung,” Jake mencebik gurau mendengar kata Sunghoon itu.

“Okaylah geng. Aku pergi practice lu,” ujar Heeseung berjalan meninggalkan Jake dan Sunghoon bersama sosej dan bekalan makanan yang tadi diberi oleh mereka.

Tersengih Heeseung memegang makanan itu berjalan ke loker lelaki bola jaring, begnya diambil dan kemudian dia masukkan semua makanannya ke dalam beg.

Shh... begnya memang sudah penuh dengan makanan. Makanan ringan, lauk-pauk, makanan segera dan air semua ada. Cukuplah bekalan untuk seminggu.

“Awal Hee, practice !” tegur membernya buat dia segera berdiri, sempat zipkan begnya dengan rapi tidak mahu makanannya dicuri.

“Awal Hee, practice !” tegur membernya buat dia segera berdiri, sempat zipkan begnya dengan rapi tidak mahu makanannya dicuri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah practice, mereka satu kumpulan tersadai di tengah padang. Tercungap-cungap mengambil nafas secukupnya.

“Hyung, nak air ?” pelawa Sunoo. Terus lelaki itu mengambil air mineral sejuk itu dan meneguknya diperhatikan permain lain.

“Woi, leader kau ni tak nak bagi?” tanya Jake buatkan Sunoo menggeleng jujur dengan senyuman lebar.

“Yall! Siapa nak ramen ?!” suara gadis merdu itu buatkan semua lelaki tersebut mengalihkan pandangannya, terus bersiap sedia mendengar perkataan ramen.

Jake memegang bahu Heeseung buatkan lelaki itu keliru, “kali ini biar aku dapat pulak eh.” Senyum Jake berdiri menuju ke arah Hyumin yang memegang beberapa paket ramen bersama Taery yang sedang memegang kotak berisi ramen.

“Hyumin, uih banyaknya ramen. Dah kenapa ni? Nak ambil hati ke santau?” tanya Jake. Permain lain juga turut mendekati, terkejut melihat beberapa buah kotak dipenuhi ramen.

“Ish, ambil jelah,” Terus dengan itu, ramen diletak terus pada tangan Jake dan permain yang lain. Manakala Heeseung hanya memandang mereka dari jauh, sudah banyak makanan dia terima hari ini. Walaupun ramen itu kegemaran dia, tapi dia dah cukup bersyukur dengan apa dia dapat hari ni.

Hyumin melihat Heeseung dari jauh, memandang Jake ingin menanyakan soalan. “Heeseung tak nak ke ?” tanya dia kepada Jake buatkan Jake terus berkerut.

“Tak tahulah dia. Apatah nasib dia hari ini bukan setakat aku belanja dia tapi member dia, secret admirer dia, coach, even guard pun bagi dia makanan,” bebel Jake buatkan Hyumin hanya tergelak.

“Kalau macam tu, Hyumin nak bagi dia jugalah. Taery, Hyumin bagi dia dua paket tau!” kata Hyumin terus mengambil dua paket ramen dalam kotak yang Taery pegang dan berlari anak ke Heeseung.

Tanpa apa-apa perkataan, kedua-dua ramen itu diberi oleh Hyumin dihadapan Heeseung dengan senyuman yang begitu manis.

“Apa ni ?” tanya Heeseung pura-pura terkejut. Dia sudah tahu yang Hyumin datang ke arahnya tadi tapi sengaja dia buat tak tahu.

“Ramen, jangan risau. Free je!” bagitahu Hyumin meletakkan ramen pada kedua-dua belah tangan Heeseung.

Demi menghilangkan rasa awkward, Heeseung hanya mengucapkan terima kasih lalu bangun menuju ke tempat dia mana asalnya Hyumin mengagihkan ramen-ramen tadi.

“Heeseung, sini rupanya kamu. Taery? Ha bagus dua-dua ada dekat sini,”  Kata coach setelah Heeseung sampai buatkan dia berkerut.

“Kenapa ni coach ?”

“Saya nak minta tolong kamu susunkan bola dan pastikan gelanggang dalam keadaan yang baik untuk pertandingan Junior esok,” Ujarnya. Heeseung memandang Jake, selalunya leader saja yang buat hal-hal seperti ini walaupun tidak mengkibatkan senior.

“Semua leader team ada meeting sekejap lagi, sorry bro,” Jake sekali lagi menepuk-nepuk bahu Heeseung dan bergerak mengikut jejak langkah coach buatkan Heeseung dan Taery memandang satu sama lain, mengeluh.

“Semua leader team ada meeting sekejap lagi, sorry bro,” Jake sekali lagi menepuk-nepuk bahu Heeseung dan bergerak mengikut jejak langkah coach buatkan Heeseung dan Taery memandang satu sama lain, mengeluh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Switch Wish - Lee HeeseungWhere stories live. Discover now