17 ¦ Hospital date

127 27 7
                                    

"Kau betul-betul marah aku ke do?" Tanya Taery pada Heeseung yang datang tanpa bersuara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau betul-betul marah aku ke do?" Tanya Taery pada Heeseung yang datang tanpa bersuara. Setakat datang hanya untuk scroll telefonnya, baik tak payah datang!

Keluhan panjang dikeluarkan oleh gadis itu. Penat melayan karenah Heeseung yang masih tidak respon pertanyaan dia dari datang lagi.

"Baliklah Hee, menyemak je," kata Taery sudah pasrah. Lantaklah setakat kata member dia lagi handsome pun mahu merajuk seperti Taery ni teman wanita dia.

Heeseung akhirnya menekan butang pada tepi telefonnya, mematikan skrin telefon. Dia memandang Taery dengan senyuman, asudah tadi tak nak layan. Sekarang tersenyum macam orang gila.

"Kalau aku bawak Sunghoon dia dikira menyemak tak?" Taery menahan rasa geram dengan persoalan Heeseung.

"Tak,"

"Okay then. Bye!" Heeseung berdiri. Sudah bergerak ke menuju ke pintu bersedia meninggalkan Taery. Pantas Taery memegang tangan lelaki itu, lalu tersenyum manis.

"Aku tak suka Sunghoon," katanya berterus terang buatkan Heeseung mengangkat keningnya.

Heeseung yang tadi mahu keluar kembali ke sebelah Taery, duduk di atas kerusi yang disediakan. "Lepastu?" tanya Heeseung mengeluarkan tawa dari mulut Taery.

"Bukan aku tak tahu kau jealous. Jangan risaulah aku tak suka dia dah," kata Taery menepuk-nepuk bahu dengan senyuman pada wajahnya.

Heeseung berdecit, "Aku tak tahu pun kau suka Sunghoon, lagipun asal nak jealous," Heeseung cuba menafikan namun masih hanya dibalas dengan gelak tawa Taery yang terhibur melihat reaksi cemas Heeseung.

"Suka hatilah, sayang. Tiba-tiba act tak tahu hm penat," kata Taery masih terhibur. Tambah lagi apabila perkataan sayang itu keluar dari mulutnya sehingga mampu membuatkan Heeseung itu semerah-merah tomato.

"Ah by the way, Hee. Jom jalan-jalan," Ajak Taery menerima jelingan dari Heeseung. Kakinya yang dibalut rapi itu ditenung. Sudah lebam separuh kaki, dibalut tebal dan tiada kekuatan untuk berjalan masih mahu berjalan?

"Kau bodo ke?" Tanya Heeseung berkerut.

Taery tersengih, "UNO card reverse," katanya sambil jari terlunjuknya menunjukkan kerusi roda di sebelah pintu tandas dalam wad tersebut.

Tanpa diarah, Heeseung terus mengambil kerusi roda itu dan membuka kerusi roda itu dari lipatan. Taery tersenyum melihat Heeseung yang sedang cover malunya, tidak aktif bercakap pula dia hari ni. Jealous betul dengan Sunghoon, ex crush Taery.

Dia menyorong disebelah katil Taery kemudian bergerak sebelah perempuan itu untuk menolong dia duduk atas kerusi roda tersebut tanpa rasa sakit yang lebih. "Eh, dengar sini. Kalau Taehyun ke mak kau marah aku. Aku cakap kau yang mengada nak tau!" Taery mengangguk tersenyum akur dengan pernyataan Heeseung.

"Haih, Heeseung. Cubalah happy, aku dah usaha dah nak date dengan kau," kata Taery selamba ketika Heeseung menyorong dia ke aras bawah dimana adanya taman bunga disebelah taman permainan kanak-kanak.

"Tak nak date dalam hospital," Taery mendongakkan kepalanya melihat Heeseung yang mencebik sambil menyorongnya fokus pada jalan. Melihat riak wajah muka yang cool tanpa senyuman itu.

Taery membetulkan posisinya di atas kerusi yang bergerak itu. Rasa serba-salah sudah memakan dirinya.

Apabila sampai, mereka berdua hanya berdiam diri. Hanya angin sepoi-sepoi membuatkan rambut Taery yang tak terikat itu berterbangan. Lantas Heeseung disebelahnya itu bangun dan mengumpulkan rambut gadis itu kemudian diikat dengan rapi tanpa disuruh.

Taery sudah merah padam, mahu tersenyum tapi mahu nampak cool sebab Heeseung pun tidak menunjukkan perasaannya ketika ikat. Well, mana dia dapat getah ikat rambut tu ?!

"Tae..." Panggil lelaki itu buatkan Taery yang sedang menyorok tidak mahu menunjuk muka merahnya itu memandang apabila saja dipanggil.

"Bila kau dah sihat, jom pergi dekat tempat bangunan roboh masa kita jumpa haritu?" Ajak Heeseung dengan lembutnya namun Taery hanya berdiam diri bersama perasaannya yang bercampur.

Happy? Sedih? Takut?

"Jom," katanya sepatah tidak langsung melihat lelaki itu.

Heeseung memusingkan kerusi roda perempuan itu menghadap dia tersenyum, "Aku harap kau suka aku, tapi aku yang suka kau sekarang ni. Bodokan aku percaya binatang tu?" katanya tergelak.

Gadis itu membuntangkan matanya, tidak percaya dengan katanya. Heeseung menggunakan wish untuk Taery, tapi dirinya yang jadi. Samalah apa yang akan terjadi apabila dia wish untuk Taery sihat.

"Tapi akukan bodo en hm kau pun tahu. So, aku buat lagi wish untuk kau cepat sihat! Nanti aku boleh confess dekat kambing aku ni betul-betul. Tak adanya confess dekat tempat bau darah bagai," kata Heeseung masih merenung wajah gadis itu yang sedaya upaya tidak mahu bertemu anak mata Heeseung.

"Dahlah, tak perlu berharaplah dekat wish bekas kaca bodo tu. Yang penting kau dalam keadaan sihatkan?" soal Heeseung tersenyum.

"Sihat apanya nak jejak lantai pun tak boleh," kata Taery mencebik.

"Adu, kau ni. Bukan tak boleh sembuh langsung,"

Kalau aku kata tak... ?

 ?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Switch Wish - Lee HeeseungWhere stories live. Discover now