18 ¦ Emotional night

134 27 1
                                    

“Taery-yah, aku bawak favourite pie kau!—” jerit Taehyun membuka pintu namun tercegat apabila melihat adiknya yang tersenyum sambil matanya mengeluarkan air tanpa henti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Taery-yah, aku bawak favourite pie kau!—” jerit Taehyun membuka pintu namun tercegat apabila melihat adiknya yang tersenyum sambil matanya mengeluarkan air tanpa henti

“Kau kenapa?!”  tanya Taehyun melari anak sempat meletakkan pie blueberry kegemaran Taery di atas meja lalu memeluk Taery yang masih menangis.

Taehyun memeluk erat adiknya itu sambil berusaha menenangkan dia dengan menggosok belakangnya perlahan.

Selepas lima minit berlalu, barulah Taery rengangkan pelukan itu. Perlahan-lahan dia membetulkan kedudukannya. Air matanya dilap supaya tidak terlihat lagi. Cuma dia lupa yang matanya penuh dengan kesedihan dan cerita.

“Kau kenapa sia? Tak pernah-pernah nangis. Sebelum ni elok je,” tanya Taehyun pelik melihat adiknya yang jarang menangis itu, menangis.

Taery menelan airnya, memejamkan matanya mengambil sedikit masa untuk ceritakan semua pada abangnya. “Macam mana...”

“Mana mana kalau surgery aku tak berjalan dengan lancar. Ada 40% je untuk aku terus hidup, kalau hidup pun aku... aku tak boleh hidup macam biasa. Haha hidup tanpa sebelah kaki,” luahnya merenung cadar katil cuba mengelak diri daripada menangis.

Taehyun menggelengkan kepalanya, “Kau kuat do, dari sebelum kau pindah sekolah sukan aku tahu kau kuat. Aku tahu kau boleh hidup sempurna, doktor kata ada perluangkan?”

Senyuman terukir ada senyuman Taery, tergelak sayu. “Dengan lima peratus perluang tu...  kau rasa aku lucky sangat ke? Kau rasa aku layak ke dapat perluang lima peratus untuk hidup sempurna tu? Baik sangat ke aku sampai Tuhan nak bagi perluang tu?” Tanya Taery sambil air matanya tidak dapat ditahan lagi. Sudah main kerja Tuhan bagai.

“Apa sebab kaki kau jadi macam tu? Jatuh basikal, I don't think so,” Tanya Taehyun mengubah topik buatkan gadis itu tergumam.

Bukan sekali Taehyun tanya persoalan itu tapi sudah berbilang kali tapi masih dijawab dengan jawapan yang sama. Jatuh basikal. Lah, takkan jatuh basikal sampai otot dan salur darah kakinya berbelit.

Ya, berbelit. Sebab itulah dia terpaksa menjalani surgery tersebut. Jika salur darah tersebut putus, it's the end for Taery.

“Kalau aku bagitahu kau, kau kata aku gila, Taehyun. Lebih ba—”

“So betullah sebelum ni bukan sebab basikalkan?” Tegas Taehyun tanya buatkan adik perempuannya itu tergumam sekali lagi.

Taehyun mengeluh, “apanya sampai aku tak percaya tu?” tanya Taehyun.

Taery mengambil nafas dalam lalu menceritakan segala tentang pertemuan dia, Heeseung dan bekas kaca itu.

“Dah tu kau percaya wish tu? Apa kaitan dengan kaki kau? Kau wish kaki kau lebam?” Tanya Taehyun tidak percaya seperti yang Taery kata tadi.

“Apa yang aku wish semua jadi dekat Heeseung dan wish yang dia bagitahu aku... jadi dekat aku. Macam ramen dekat rumah tu, wish dia tapi aku yang dapat,” Besar mata Taehyun mendengar ayat adiknya itu.

Tidak percaya yang wish itu betul-betul jadi. Dia juga pelik kelmarin, kenapa adiknya beli ramen banyak-banyak sedangkan maknya tak suka mereka kalau makan ramen.

“Eh, dahtu kenapa kau tak suruh dia wish ‘aku harap Taery sembuh,’?” Tanya Taehyun berkerut.

“Dia ada wish untuk aku suka dia, end up dia suka aku. Dia wish untuk aku sembuh tapi seems like dia yang akan sembuh even luka sikit je,” kata Taery jujur pasrah kalau abangnya itu mengejek dia.

“Apa kata tukar je bekas kaca tu?” Suggest Taehyun lagi tapi kali ini pantas perempuan itu menggeleng sambil matanya membuntang rasa takut.

Kerutan terukir pada kening Taehyun, benda simple je kot takkan tak boleh nak buat ye dok?

Taery mengambil nafas dalam sekali lagi. Kali ini dia berusaha untuk bercerita. “Aku ada minta dekat Heeseung bekas kaca tu tapi dia kata mak dia buang. Itu tak penting, aku tahu dia simpan lagi kalau tak kenapa dia kata dia masih wishkan? Cuma nak minta tukar, kena ada alasan kukuh Taehyun. Aku tak boleh bagitahu dia yang wish aku tertukar,”

“Lebam ni sebab aku pergi tempat delivery yang kitaorang jumpa each other tu. Aku tak puas hati crush Heeseung sukakan dia tapi crush aku tak. Percaya tak kalau aku cakap, bangunan tu tak runtuh? Lawa lagi bangunan dekat situ. Siap tanya orang sekeliling betul ke tak ada bangunan runtuh berdekatan tempat tu. Sumpah diaorang kata tak ada sampai seorang perempuan ni suruh pergi kedai. Kedai tu dua tingkat, besar gitu. And owner dia macam nenek 70-an.”

“Baru masuk, dia dah cakap pasal wish tu. Dia kata... Heeseung dan aku ni macam ada masalah sampai wish kitaorang tertukar, masing-masing keras kepala. Nenek tu kata takdir untuk bersama tu iya tapi salah masa,”

“Bodonya aku tak puas hati, aku merontak sebab aku betul-betul nak tuntut wish aku. Aku tak nak Heeseung sebab aku rasa Hyunmin deserved better. Dia paksa aku cakap dengan Heeseung pasal pertukaran wish ni tapi kalau aku bagitahu...”

Taery tersenyum melihat Taehyun yang kelihatan kabur akibat air mata yang bertakung sebelum sambung. “Aku dan Heeseung akan lupa semua memory dari first day kitaorang jumpa,”

“Kau mesti rasa lawak sebab lepas tu aku marah nenek tu. Aku degil cakap bagi je satu wish dekat aku dan cakap switch wish ni benda bodoh. Selepas je aku marah dia, gegaran terasa. Kedai nenek tu runtuh, dinding tingkat dua tu jatuh tepat atas kaki aku...” kata Taery akhirnya menghabiskan cerita.

Taehyun ternganga masih memproseskan cerita adiknya yang terbukti seperti dogeng.

“Ketepikan wish tu. Kau tak nak bagitahu Heeseung sebab kau sayang diakan? Kau suka dia sebab tu kau sanggup hidup cacat or maybe mati?” soal Taehyun dengan agak kasar.

Perempuan itu mengenggan cadar dengan kuat, menahan air matanya yang sudah banyak keluar hari ni.

Tak tahu.

Tak tahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Switch Wish - Lee HeeseungWhere stories live. Discover now