9 ¦ She's here

137 22 1
                                    

Serious wajah Heeseung, Taery perhatikan dari jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Serious wajah Heeseung, Taery perhatikan dari jauh. Bukan apa, kalau main-main nanti kalah Heeseung dalam permainan video itu.

Hatinya agak terguris. Biasalah, tengok kawan baiknya, Hyumin ada kawan lain manakala dia jarang sekali berbual dan membuka perluang kepada orang lain. Apatah cari kawan lain.

“AH! Heeseung hyung main tipu do! Diakan dekat belakang Ni-ki lepas tu dia langgar memang kalahlah!” Marah Ni-ki menegakkan keadilan masih diperhatikan Taery yang tidak memberanikan diri untuk bersuara.

Oh, Ni-ki itu junior di kelab abang Taery, meninju.

“Well... That's how kita main right? Ingat senang nak bagi menang macam tu je ?” kata Heeseung dengan muka acah sambil berdecit.

Taery turut tergelak, nampaknya mereka masih tidak menyedari kehadiran dia. Sunghoon pula hanya berdiam, ingin beritahu mereka ketika keadaan kembali reda.

“Hee! Nah, ni untuk awak sebab menang!” satu suara dari arah dapur menarik perhatian Taery, dia meneguk air liurnya melihat senyuman pada wajah Hyumin dan Heeseung.

Biskut dalam dulang itu diberi kepada Heeseung. Jarang sekalilah mamat itu menolak makanan.

“Um.. sedap-sedap,” kata Heeseung tidak lagi memandang wajah Hyumin dan menyambung permainan videonya bersama Ni-ki untuk round ke dua.

“Kesian Hyumin, ada rumor kata Heeseung suka dia. Memang betul Hee suka tapi setakat suka cara dia main bukan perasaan dia...” sayu Sunghoon bersuara buatkan Taery tergelak kecil tapi tidak didengari oleh lelaki itu.

Tidak tahulah kenapa dia tergelak. Mungkin sebabkan wishnya itu sahaja Hyumin suka pada Heeseung? Iyalah, Taery itu kawan baik Hyumin, dia tahu Heeseung bukan lelaki yang dia suka sebelum ini.

“Eh, Taery!” tegur Jake akhirnya sedar kehadiran Taery buatkan Heeseung yang sedang fokus main itu mengalihkan pandangannya segera.

“Kau buat apa dekat sini ?!” tanya Heeseung dengan kerutan, matanya sekejap pada Taery, sekejap kembali pada permainan video pada television itu balik.

“Dia yang hantar susu tu tadi so alang-alang aku ajaklah dia. Kan ada Hyumin lagipun,” beritahu Sunghoon hanya dibalas oleh Jungwon dan Jake kerana Heeseung kembali memberi perhatiannya pada game.

Hyumin pula kembali ke dapur, dia masih tidak tahu kehadiran Taery.

“YEAY! HEESEUNG HYUNG KALAH! WELK WELK! Dah cakap tau jangan riak! Kan dan kena,” Ni-ki berteriak apabila kereta dalam mainan videonya sampai ke penamat awal 0.3 saat sebelum Heeseung.

Heeseung mengeluh, hanya tersenyum pasrah. “Saja je bagi chance alamak jangan bangga sangat,” Heeseung kemudian berdiri bergerak sebelah Taery yang masih tercangak di sisi Sunghoon.

Tangan gadis itu ditarik ke tempatnya tadi dan di tolak supaya gadis itu duduk bersebelahannya.

“Kau dah habis delivery ke?” soal Heeseung mengambil segelas berisi air untuk diberikan pada Taery.

Tanpa memikir panjang, gadis itu terus mencapai gelas itu namun mengangguk tanda membalas persoalan Heeseung.

“Ni-ki chill lah!” arah Jake yang masih berkerut melihat kelakuan Ni-ki seperti beruk, menari kegembiraan. Nasib sahaja tidak menangis terharu.

Ni-ki tergelak, “chill? Hyung... bukan senang nak bagi Heeseung hyung kalah! LOSER! LOSER!” ejekan dari Ni-ki buatkan Heeseung mengacah ingin membaling controller kepadanya.

Bunyi larian kedengaran dari dapur, tercungap-cungap Hyumin datang. “Siapa kalah... ?” tanyanya dengan nada perlahan apabila nampak Taery bersebelahan Heeseung.

“Hai Hyumin!” lambai Taery, segera gadis yang baru saja lari itu tersenyum dan membalas lambaian.

“Heeseung hyung kalah. Ni-ki rasa sebab Taery noona datang,” kata Ni-ki buatkan Taery membuntangkan matanya.

“Lah aku pulak kena. Sunghoon yang ajak masuklah!” nafi Taery manakala Heeseung hanya tergelak melihat mereka berteriak satu sama lain.

“Lek Ni-ki. Sengaja bagi kau menang hm kesian. Ah by the way Hyumin.. biskut tadi dah habis ke?” tanya Heeseung menyedari ada orang memandangnya dari tepi.

“Ah, ada ada! Sedap ke? Nak lagi...? boleh bawak balik!” kata Hyumin dengan ceria buatkan Heeseung menggeleng dengan sopan.

“Bagilah Tae rasa,” arahnya mencapai controller untuk round ketiga.

Taery mendekatkan badannya pada Heesueng. Eh, jangan fikir lain. Dia hanya mahu berbisik. “Bukan ke biskut dia... tak se..”

“Shh.. kau makan je la,” Taery tersengih mengambil biskut yang tak terlalu enak.

“Backup masakan crush.. I see...” perli Taery. Heeseung menjeling Taery buatkan dia terdiam seribu kata. Ish, tajam betul jelingan dia sehingga Taery kembali ke kedudukan asalnya.

 Ish, tajam betul jelingan dia sehingga Taery kembali ke kedudukan asalnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Switch Wish - Lee HeeseungWhere stories live. Discover now