10 ¦ Movie

126 25 6
                                    

Jam 10 dan mereka masih menjerit-jert menonton filem horror-comedy bersama namun rasa awkward dan serba salah wujud pada diri Taery

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Jam 10 dan mereka masih menjerit-jert menonton filem horror-comedy bersama namun rasa awkward dan serba salah wujud pada diri Taery.

Bukan sebab dia lambat balik rumah tapi sebaliknya sebab Hyumin yang asyik-asyik menjelingnya. Setiap kali scene jumpscare atau mengejutkan, Heeseung akan memeluk tubuh Taery yang kecil itu.

Setiap kali itu jugalah Hyumin menjeling manakala yang lain hanya pura-pura buta dan fokus pada filem tersebut.

“Weh Hee... kalau takut sangat tak payah tengok,” bisik Taery tidak mahu Heeseung tahu tentang Hyumin yang terlihat cemburunya.

Heeseung menggeleng, tangan dia bersama tangan Taery yang digenggam itu menghalang matanya dari melihat scene yang agak menyeramkan.

Filem ini dah tak macam comedy langsung, dari tadi hanya jeritan jantan sahaja yang kedengaran.

Taery mengeluh, cuba menarik tangannya namun gagal apabila jelmaan hantu pada scene itu sudah keluar buatkan Heeseung menarik lengannya untuk dipeluk dan menyembunyikan wajahnya.

“Uhh, Heeseung!” rengek Taery menolak kepala Heeseung jauh-jauh. Dia rimas, rimas dengan Heeseung dan jelingan kawannya yang duduk bersama Sunghoon itu.

Tangan Heeseung masih menggengam erat tangan Taery, malas perempuan itu mahu layan. Tangan kiri Taery pula sebuk mencapai telefonnya yang sedari tadi berbunyi.

Taehyun Anak Kutip:
9 missed call

Taehyun Anak Kutip:
Baliklah bodo, eomma marah

Wajah Taery berubah risau. Jujurlah, dia tak pernah keluar sehingga lewat malam sebegini. Almaklumlah, tiada kawan rapat untuk tengok movie bersama. Kawan baiknya, Hyumin ada kawan baiknya sendiri. Faham tak?

Tangannya ditarik buatkan Heeseung berkerut, marah tanpa sebab. Walhal scene itu bukannya seram malah lawak.

“Hee, aku nak baliklah. Taehyun kata mak aku dah marah,” bisiknya tidak mahu menganggu membernya yang lain sedang syok melayan movie.

Heeseung menyelak lengan bajunya, melihat jam pada pergelangan tangan dengan riak wajah terkejut.

Ah, shit!

“Yall, sambunglah. Aku dengan Taery kena balik. Mampus nanti aku kena marah mama aku uhh...” kata Heeseung secara tiba-tiba berdiri diikuti Taery.

“Lah, Taery pun anak mak ke? Eloklah boyfriend girlfriend dua-dua anak mak,” ejek Sunghoon buat semua turut bergelak kecuali Hyumin dan Taery.

Heeseung tergelak kecil, tersengih memandang wajah Taery yang tidak percaya kata-kata Sunghoon tadi. Menunggu Heeseung menafikan apa yang dikatakan tadi.

Mungkin tidak. Biar dia saja yang beritahu hal sebenar. “Bila masa kitaorang couple sia, jijik je!” Marah Taery menyatakan hal yang benar.

“Peluk-peluk, pegang-pegang tangan. Bisik sana sini. Bukan couple?” soal Ni-ki sambil keningnya diangkat memerli mereka dua yang tersipu malu ditengah ruang tamu itu.

Heeseung berdehem, makin lama dia berada dirumah ini makin banyaklah mereka perli. “Dahlah, aku gerak dulu,” kata Heeseung mula bergerak mengendahkan gelak tawa kawannya yang lain bersama Taery di belakangnya.

Sampai diluar rumah, Heeseung dan Taery merenung satu sama lain. Bukan apa, Taery datang naik basikal. Heeseung tadi naik kereta ayah Sunghoon, jadi terpaksalah dia jalan kaki.

“Kau nak aku teman ke ?” soal Heeseung melihat Taery yang sedang ragu-ragu ingin menaiki basikalnya.

Jujur Taery takut hendak pulang ke rumah pada waktu ini seorang diri. Kebiasaanya, ada Taehyun jalan bersama dia.

“Mhmm, tak apalah. Nanti mama kau pun jadi singa,” katanya menolak perlawaan Heeseung dan Heeseung hanya tergelak berjalan menuju ke basikal Taery.

Dia menunggangnya di kerusi memandu basikal itu, memberi arahan untuk Taery duduk di belakang dimana ada bekas susu yang sudah kosong. Taery menelan air liurnya, tidak percaya yang Heeseung akan lakukan semua ini.

“Naiklah cepat kalau tak nak menyusahkan aku,” pantas Taery menaiki tempat duduk dibelakang Heeseung, bekas susu itu tidak terlalu besar jadi muatlah dia letak atas ribanya.

Tangan Taery yang memegang bekas itu dicapai oleh Heeseung, malah dia menyuruh perempuan itu memegang bajunya. “Pegang elok-elok. Aku tak nak kau jadi nangka busuk,” kata Heeseung.

“Aku tak suka nangka, hm panggil cempedak busuk boleh tak ?” beritahu Taery buatkan Heeseung terbahak.

Dia mula mengeluh manakala Taery memegang ketat baju lelaki itu seperti yang diarahkan.

“Apa beza cempedak dengan nangka do?” Tanya Heeseung mendiamkan Taery dibelakangnya. Haha perempuan itu pun tak tahu, dua-dua makanan yang dia makan sebenarnya.

Perempuan itu tergelak kecil lalu berbisik, “ejaan,”.

Perempuan itu tergelak kecil lalu berbisik, “ejaan,”

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
Switch Wish - Lee HeeseungDove le storie prendono vita. Scoprilo ora