Chapter 110: Rahsia Pedih

3.6K 56 5
                                    

Pagi itu Kayla terjaga dari tidurnya, dia melihat Danny sedang tertidur disebelahnya. Kayla tidak sedar bila masa dia tertidur dan bila waktunya Danny datang dan tidur disebelahnya. Apabila melihat Danny yang tertidur dengan nyenyak, ada rasa marah pada suaminya itu. Kayla terus bangun dan membersihkan badannya dan bersedia untuk mengerjakan solat subuh. Ini kali pertama sejak mereka berdua berkahwin, Kayla mengerjakan solat subuh secara bersendirian tanpa menunggu suaminya. Setelah selesai solat subuh, Kayla melihat yang Danny baru keluar dari bilik air.

"Kenapa tak kejut Abang?" tanya Danny. Tiada jawapan dari Kayla dia terus bangun dan melipat sejadah dan telekungnya dan terus keluar dari bilik dan terus turun menuju ke dapur untuk membantu Mak Senah orang gaji keluarga Tan Sri menyediakan sarapan pagi. Danny terpingga – pinga melihat Kayla berperangai sebegitu.

Pagi itu semasa bersarapan, Kayla banyak mendiamkan diri. Gelak tawa perbualan keluarga Tan Sri Kayla hanya akan sambut dengan senyuman. Kayla juga tidak melayan Danny seperti biasa, sebagai seorang wanita Ma Katrina dapat merasakan sesuatu yang berlaku pada Kayla dengan Danny. Danny juga perasan perubahan yang ditunjukkan oleh isterinya. Setelah semua saudara Danny meninggalkan perkarangan rumah. Kayla terus mengambil kunci keretanya dan ingin meningalkan rumah Tan Sri.

"Sayang... Sayang nak pergi mana?" tanya Danny pada Kayla.

"Kayla nak balik" pendek jawapan Kayla pada Danny. Ma Katrina melihat Kayla.

"Kayla... balik esok ye... Lama kita tak berbual Kayla..." pujuk Ma Katrina. Itulah kelemahan Kayla yang terbesar. Kasih sayang Ma Katrina padanya membuatkan dia sentiasa berlembut dan mengikut dengan permintaan Ma Katrina. Kayla mengangguk perlahan dengan kehendak Ma Katrina. Ma Katrina cuba menceriakan Kayla sepanjang hari itu. Tapi balasan Kayla tidak seperti selalu apabila bersama dengan Ma Katrina.

Petang itu Kayla termenung sendirian di gazebo di laman rumah Tan Sri. Danny hanya melihat Kayla, dia dapat merasakan kali ini rajuk Kayla bukan rajuk yang biasa. Tan Sri juga dapat merasakan sesuatu.

"Danny... Pa rasa Kayla mungkin dah tahu" kata Tan Sri Bakhtiar pada Danny. Ma Katrina mengangguk tanda bersetuju.

"Biar Ma cakap dengan Kayla... Inshaallah Ma akan cuba pujuk Kayla" kata Ma Katrina. Ma Katrina bergerak menuju kearah Kayla yang duduk bersendirian.

"Kayla... Boleh Ma duduk" tanya Ma Katrina pada Kayla. Kayla tersenyum dan mengangguk. Jelas diwajah Kayla yang dia bersedih. Ma Katrina menarik nafas yang panjang sebelum memulakan perbualannya.

"Kayla... kenapa Kayla murung sejak dari pagi tadi lagi... Tak pernah Kayla macam ni..." tanya Ma Katrina.

"Ma... jujur dengan Kayla... jangan berselindung dengan Kayla" pinta Kayla pada Ma Katrina. Ma Katrina hanya mengangguk dengan perlahan.

"Apa yang Ma, Pa dengan Danny rahsiakan pada Kayla" tanya Kayla.

"Ma, Pa dengan Danny memang tak ada niat nak rahsiakan pada Kayla. 4 tahun lepas, selepas Kayla lari balik ke Penang. Doktor yang merawat Kayla semasa Kayla dihospital dulu telefon Pa. Doktor tu cakap yang peluang untuk Kayla mengandung rendah. Kalau Kayla dapat mengandung sekali pun kesihatan Kayla atau anak itu akan terjejas" cerita Ma Katrina pada Kayla.

"Macam mana Doktor tu pasti yang Kayla tak boleh mengandung Ma?" tanya Kayla lagi. Kayla mula menitiskan air matanya.

"Sampel yang diambil Doktor tu dianalasis memang bahan kimia tu sampai hingga ke rahim Kayla" kata Ma Katrina.

"Ma tak nak Kayla ingat kes Kayla dirogol dulu. Tapi untuk pengetahuan Kayla, Haider dia gunakan Clorox untuk menghilangkan bukti DNAnya luar dan dalam. Bahan chemical yang ada dalam Clorox tu yang buatkan Kayla tak boleh mengandung. Rahim Kayla ada kerosakan yang serious" cerita Ma Katrina. Kayla tidak mampu berkata apa – apa, dia hanya mampu menangis.

"Ma... Kayla tak sempurna untuk Danny... Tak boleh bagi cucu pada Pa dengan Ma" sendu Kayla

"Tapi Kayla juga kena tahu... Danny tahu pasal perkara ni. Dia tetap dengan pendirian dia nak berkahwin dengan Kayla sekirannya dia jumpa Kayla balik. Ma dengan Pa gembira dengan keputusan Danny. Sesungguhnya Pa, Ma dengan Danny tak kisah pun sekiranya Kayla tak dapat berikan cucu pada kami. Kami semua sayangkan Kayla macam anak sendiri" tambah Ma Katrina dengan panjang lebar. Ma Katrina memanggil Danny.

"Sayang..." panggil Danny dengan lembut. Kayla memerhatikan suaminya dan terus mengambil tangan suaminya dan mencium tangan suaminya.

"Abang... Kayla minta maaf sebab bermasam muka dengan Abang... Tak kejutkan Abang Subuh tadi... Kayla minta maaf sebab tak dapat memberikan zuriat pada Abang... Maaf Abang sebab Kayla tak sempurna" Kayla menangis tersedu memohon kemaafan kepada suaminya.

"Sayang... Jangan cakap macam tu... Sayang tetap sempurna di mata Abang. Abang sayangkan Sayang" kata Danny sambil melihat tepat kewajah Kayla. Danny menyapu air mata Kayla dari terus jatuh. Danny terus memeluk Kayla dan cuba menenangkan isterinya yang kesedihan.  

KaylaWhere stories live. Discover now