Chapter 20: Surat

5.2K 46 3
                                    

Sejak Kayla tinggal bersama Amelia, kehidupan Amelia lebih tenang. Kayla kini bekerja bersama Amelia sebagai pekerja sambilan di sebuah restoran makanan ringan di Nibong Tebal. Kayla cuba melakukan persedian sekiranya dia akan ditawarkan ke pusat pengajian tinggi suatu hari kelak. Dengan bantuan keluarga Amelia dia dapat menyesuaikan dirinya di kampung Amelia. Keluarga Amelia sedikit sebanyak mengetahui tentang masalah Kayla. Mereka menerima Kayla bagai anak sendiri. Ibu Kayla sekali sekala bergurau dengan Kayla yang dia nak Kayla jadi menantunya. Sifat Kayla yang rajin menolong dan seorang yang pengemas membuatkan Amelia sedikit tercabar kerana dia selalu diperli ibunya.

Sehingga lah suatu hari Kayla mengemas beg yang dibawanya. Tanpa Kayla sedari, di dalam bag Kayla terdapat sehelai sampul surat yang menjadi hadiah terakhir Cikgu Sham kepada Kayla. Di dalam sampul itu terdapat wang tunai sebanyak RM5000 dan sepucuk surat untuk Kayla.

Kayla,

Maaf hanya untuk kali biar Cikgu bahasakan diri sebagai Abang...

Abang ingin memohon maaf pada Kayla sekiranya dalam tempoh dua minggu kita menjadi suami isteri membuatkan Kayla tidak gembira. Sejujurnya, abang sangat keliru dengan perkahwinan kita. Abang ingin memohon maaf pada Kayla kerana tidak dapat berterus terang kepada Kayla sebelum ini. Sekiranya Kayla sudi untuk menjadi isteri abang selamanya. Abang sanggup untuk menjaga Kayla. Abang tidak akan menghalang cita – cita Kayla sekiranya Kayla ingin memajukan diri Kayla.

Jujur abang katakana yang abang berasa sedikit terluka apabila Kayla mengatakan yang Kayla langsung tidak cintakan Abang. Abang sedar yang Kayla begitu mencintai Edry. Mungkin faktor umur kita yang jauh beza membuatkan Kayla rasa kita di dua dunia yang berbeza. Abang sebenarnya bersedia memutuskan tali pertunangan sekiranya Kayla sanggup menerima abang sebagai suami Kayla.

Tetapi apabila abang melihat Kayla begitu tekad ingin pergi abang tahu yang Kayla bukan burung yang boleh dikurung. Kayla perlu meneroka dunia. Sebagai suami buat kali terakhir duit itu anggaplah sebagai hadiah untuk Kayla meneruskan kehidupan Kayla.

Sekiranya kita ada jodoh kita akan berjumpa lagi.

Salam Sayang Buat Isteri Dua Minggu ku

Ikhlas

Mohd Shamil Bin Mohd Idris

Kayla sedikit terusik hatinya bila membaca surat itu, tidak dia sangka Cikgu Sham ada menyimpan hati pada dirinya tetapi hormat Kayla pada Cikgu Sham yang amat tinggi membuatkan dia membuang perasaannya jauh -jauh. Amelia yang baru masuk kebilik melihat Kayla tengah mengenangkan sesuatu.

"Kau fikir apa Kayla? Kalau kau ada masalah kau bagitahu la aku?" tanya Amelia. Kayla memberikan surat itu kepada Amelia. Dia membaca dan ingin mengatakan sesuatu kepada Kayla tetapi seperti tersekat untuk diluahkan.

"Kenapa Amelia?" tanya Kayla.. Amelia rasa serba salah untuk memberitahu sesuatu pada Kayla.

"Takdak apa lah Kayla" Amelia cuba berselindung.

" Baik kau bagitahu aku... Aku kenal kau Amelia... Ada benda kau cover ni.. Bagitahu la aku?" Tanya Kayla bertubi – tubi pada Amelia. Amelia menarik nafas yang panjang.

"Kayla... aku rasa elok kau cuba terima Cikgu Sham sebagai suami kau..." jelas Amelia.

"Kenapa kau cakap macam tu? Kau tak suka aku duduk sini lama – lama ke?" Kayla cuba senyum.

"Kayla kalau kau nak jadi kakak ipar aku pun... aku sanggup tau..." tawa Amelia.

"Kenapa sebenarnya?" tanya Kayla... Amelia kembali menarik nafasnya.

"Edry... dia betul – betul bencikan kau... Kayla" jawab Amelia perlahan...

" Edry percaya dengan semua fitnah yang Rose buat tu?" suara Kayla meninggi. Dalam hati Kayla berkata Edry patut lebih mengenali dirinya. Bukan dengan fitnah.

"Edry pada mulanya dia memang tak percaya... Semua gambar bogel kau, gambar kau tengah having seks, semua dia tak percaya... Dia memang ada call aku tanya pasal kau Kayla... sebab tiba – tiba kami tak dapat menghubungi kau" jelas Amelia.

" Kejap – kejap... gambar bogel aku? Gambar aku having seks? Gambar apa ni?" Kayla bertambah hairan...

" Kau tak tahu ke?" Amelia begitu terkejut...

" Lepas kita habis SPM ada beberapa gambar kau tersebar di kalangan kawan kelas kita. Gambar bogel dan gambar kau tengah berproject... Aku kenal kau Kayla kau takkan khianati Edry... Tapi bila Edry dapat video majlis pernikahan kau... Hari tu dia mengamuk Kayla... Aku pun dia marah... Dia langsung taknak dengar penjelasan aku... Tapi video pernikahan kau membuatkan aku takdak jawapan untuk yakinkan dia" jelas Amelia dengan panjang.

" Biar aku call dia..." pinta Kayla... Kayla mengambil telefon Amelia dan mendail nombor Edry....

Selepas beberapa ketika...

"The number you are trying currently unavailable.Please leave a message after the tone"

KaylaWhere stories live. Discover now