Chapter 29: Langkah Baru

5.8K 50 0
                                    

"Kayla... Pakcik dengan makcik harap Kayla sekali sekala balik la rumah kami. Kami semua sayang Kayla" pinta ibu Kayla yang cuba mengubah pendirian Kayla. Amelia yang berdiri disebelah ibunya itu mula menangis.

"Makcik... Pakcik... Kayla perlu masa... Bila sampai masa Kayla akan balik... Terima kasih jaga Kayla untuk beberapa bulan ni. Kayla takkan lupakan makcik dengan pakcik" kata Kayla sambil memeluk ibu Amelia. Kayla menghadap ke arah Amelia yang menangis.

"Hei... patut aku yang nangis. Kau nak pergi lagi jauh daripada aku, Amelia. Buruk la kau menanggis macam ni... Hadi tengok confirm cari lain" usik Kayla apabila melihat Amelia menangis. Dia memeluk Amelia

"Aku tak tahu kenapa aku menangis, tapi aku sayang kau Kayla" sendu Amelia, mendengar kata – kata Amelia. Kayla mula menitikkan air matanya. Kayla tahu yang dia akan kehilangan sahabat baiknya untuk satu tempoh. Sahabat baiknya yang sentiasa ada dengan dia walaupun dia menyakitkan hati Amelia.

"Aku sayang kau juga Amelia. Kau kawan aku hidup dan mati" sambil mengelap air matanya.

Selepas Kayla mengambil barangnya keluar dari kereta ayah Amelia. Kayla memeluk semua buat kali terakhir dan Kayla perhatikan kereta yang dipandu bergerak pergi. Amelia melambaikan tangan kepada Kayla buat kali terakhir.

****************

Kayla tiba dibilik yang akan didiaminya selama setahun di Dengkil sebelum meneruskan pengajian di peringkat ijazah. Sedang dia mengemas semua barangnya. Tiba – tiba ada sebuah keluarga masuk kebiliknya itu.

"Get in" kata seorang perempuan yang cukup bergaya kepada seorang perempuan yang agak berusia membawa beg yang agak besar. Kayla membantu perempuan itu.

"Terima kasih dik.." kata perempuan itu. Kayla tersenyum

"Sama – sama makcik" bisik Kayla

"You don't need to help her. Let her do her work" suara dibelakang Kayla. Kayla memusingkan badannya dan melihat orang yang bersuara itu. Kayla pasti yang perempuan yang membawa beg itu adalah orang gaji mereka. Pasangan suami, isteri dalam lingkungan umur 50an dan anak perempuanya. Kayla bersalam dengan mereka. Mata anak perempuannya memandang Kayla seperti tidak berpuas hati.

"How come they allowed you to colour your hair?" tanya gadis itu pada Kayla

"Memang rambut saya warna ni... natural colour" jawab Kayla. Terkejut keluarga itu apabila Kayla fasih berbahasa melayu.

"Seriously that's your hair colour, Awak melayu ke? But you don't look like one..." tanya gadis tersebut terkejut apabila melihat warna rambut Kayla yang bewarna coklat lembut (setengah orang panggil brunette).

"Of course, she is malay dear" jawab ibunya sambil memerhati keluar seperti mencari -cari.

"Where are your parents, dear?" tanya ayah gadis itu.

"They left already sir. They need to take a long drive." tipu Kayla. Biarlah sejarah hidupnya tidak diketahui oleh orang disini. Itu harapnya. Ibu gadis itu melihat Kayla tanpa berkelip matanya.

"You are such a good-looking girl. I'm just curious do you have a mix parentage?" tanya ibu gadis itu.

"Yes madam... My father is malay and my mother, she is Swedish..." jawab Kayla

"Ahhh no wonder... sorry for our lack of courtesy. Nama Aunty Datin Sri Syakilla, suami aunty tu Dato Sri Badrul. Ni anak perempuan aunty ni nama Ariana Qistina panggil dia Qistina, Qis pun boleh. Nama awak apa?" sessi perkenalan bermula.

"Nama saya Kayla Adena Raisya. Boleh panggil saya Kayla" jawab Kayla.

"Awak course apa ye?" tanya Qistina

"Saya TESL" balas Kayla

"Sama lah kita"jawab Qistina. Setelah selesai mengemas barang Qistina, Datin Syakilla dan Dato Badrul mahu bergerak pulang. Qistina seperti mahu menanggis apabila dia melihat ibu bapanya mahu pulang.

"You don't need to cry baby... You boleh balik tiap - tiap minggu. Rumah kita bukan jauh pun dari sini" kata Datin Syakilla. Kayla hanya memerhatikan keluarga itu. Qistina mengikut ibu bapanya kekereta. Kayla terus tinggal dibilik.

***********

Sepanjang Kayla belajar di pusat asasi itu, sedaya upaya dia cuba tidak menarik perhatian orang ramai. Disebabkan dia seorang sahaja anak minah salleh campur disitu ia menjadi satu masalah besar kerana dia tetap menjadi perhatian. Dari pensyarah hingga ke Polis Bantuan (PB). Setahun, dia disitu Kayla ditahan oleh Polis Bantuan (PB) kerana rambutnya sahaja. Dikalangan pensyarah, dia menjadi perhatian kerana sekiranya dia tidak hadir pasti pensyarah akan mula bertanya. Qistina tidak menjadi rakan baiknya di pusat asasi tersebut kerana Qistina memilih berkawan dengan orang yang sedarjat dengannya. Kayla lebih suka menyendiri kerana buat masa sekarang dia lebih suka begitu.

Memang ada pelajar lelaki yang cuba mendekati Kayla, tapi bagi Kayla cukuplah, untuk dia bercinta sekarang mungkin tidak. Sekiranya ada assignment berkumpulan Kayla sentiasa menjadi rebutan golongan pelajar lelaki, untuk menjadi sebahagian dari kumpulan mereka. Kecantikan Kayla memang menjadi factor utama kenapa Kayla diminta menjadi ahli kumpulan mereka. Tetapi sepanjang tempoh program asasi, Kayla adalah antara pelajar yang cemerlang. Kayla menjadi kesayangan seorang pensyarah yang juga merupakan akademik advisor Kayla. Pada suatu hari dia dipanngil oleh pensyarahnya itu.

"Madam Billie nak jumpa saya" Kayla menghulurkan kepalanya dipintu pejabat pensyarahnya itu.

"Kayla... Please do come in" arah Mdm Berlian. Kemesraanya dengan Kayla, sehingga dia mengizinkan Kayla memanggilnya dengan nama timangganya itu.

"Have you applied for your degree yet?" tanya Mdm Billie.

"Yes mdm... " balas Kayla

"Kenapa kamu taknak continue dengan TESL... Apply for business, right? You do have a potential in teaching Kayla" tanya Mdm Billie.

"Sorry Mdm... saya tahu Mdm nasihat saya ke teaching tapi saya lagi berminat untuk involve dalam marketing" jawab Kayla.

"Im okay with your decision Kayla. Dekan yang hairan dia suruh saya tanya kenapa tak nak sambung dengan TESL because you do have talent..." Mdm Billie hanya tersenyum. Lega hati Kayla apabila mendengar kata pensyarahnya itu.

"So, awak terima Haider?" tanya Mdm Billie. Haider adalah salah seorang classmate yang meminati Kayla. Haider juga menjadi rebutan ramai rakan - rakan Kayla kerana Haider mempunyai wajah baby face. Kayla hanya menggeleng.

"What? Really? Haider comel apa? Awak Kayla, gorgeous and sexy you know... ada lecturer bujang pun minat dengan awak okey" Dia saja mengusik Kayla, dia sebenarnya tahu jawapan Kayla.

"Saya taknak terlibat dengan cinta lagi" itu jawapan Kayla sepanjang dia belajar disitu dan mungkin untuk sepanjang tempoh pengajiannya dia akan cuba mengelak untuk mencintai sesiapa.

Setelah tamat pengajian di peringkat asasi kini Kayla menyambung pengajian di sebuah university awam di Puncak Alam di dalam bidang yang diingininya. Minggu Orientasi telah bermula. Semua pelajar baharu diarahkan mengikuti program tersebut.

*********

Authors Note: Author consider chapter ini lebih kepada time skip... this part of Kayla's life memang tak banyak yang berlaku. Watak baru ni akan ada kepentingan di masa depan.

Dekat mana Kayla belajar tak perlu bagi specific... just a hint rasanya boleh tangkap

KaylaWhere stories live. Discover now