Bab 17

56 2 0
                                    

Sarah mengetuk pintu Rumah lalu memeluk tubuh suaminya dengan erat . Dia mengalirkan air mata .

" Sayang kenapa ni , siapa sakiti sayang ?" Amer mengelap air mata Sarah .

"Sayang maafkan Sarah sebab selama ni Sarah dah salah faham dengan abang . Sarah pergi tanpa izin abang , Sarah terlalu ikutkan emosi . Sarah melutut lalu mencium kaki Suaminya .

" Sayang tak salah , abang yang salah sebab tak jujur dengan diri abang . Sayang tahu tak kesilapan terbesar abang bila abang abaikan tanggungjawab abang nak jaga keluarga kita . Dari mula lagi abang patut tak setuju berkahwin dengan Nurul sebab abang tahu abang tak mampu nak berpoligami , abang tak fikir perasaan Sayang . Dah jangan bersedih Sekarang ni abang ada Sayang. 

" Semua orang buat salah , siapalah kita ni abang , hanya manusia biasa yang tak tak terlepas dari berbuat silap , anggap aje lah kesalahan  yang kita buat itu boleh ajarkan kita untuk jadi yang lebih baik . Sarah maafkan abang seikhlas hati . Sarah kini menerima kenyataan atas keruntuhan rumah tangganya yang lepas .

" Sayang banyak ubah hidup abang , abang sangat berterima kasih dan abang bersyukur mempunyai bidadari syurga yang sanggup turunkan ego dia walaupun dia tahu bukan salah dia . Abang sangat beruntung memilikimu wahai isteriku yang ku sayang ".

" Mama jom kita jalan-jalan Aliya nak tengok ikan duyung ." Jawab Aliya .

" patutlah anak ibu pakai lawa-lawa ini , rupanya papa dia dah janji nak ajak gi tengok Akuarium kan ."

" Jom lah mama , dari tadi Aliya tunggu mama sampai .Mama pergi mana ? Sampai hati tak ajak Aliya .

" Alololo sian dia rupanya dia merajuk sebab Mama tak ajak dia keluar , nak mintak Papa pujuk lah tu . Okay Sayang mama mintak maaf tak ajak Aliya nanti kita tengok ikan duyung ya ."

Tiba di Akuarium . Mereka masuk melalui terowong itu lalu melihat ikan ikan yang hidup di dalam akuarium . Aliya tertumpu pada ikan duyung dan seorang penyelam lelaki sedang berenang -renang  . Rupanya mereka pasangan pengantin . ramai pengunjung tertarik dengan kemesraan mereka . 

" Sayang tengok mereka , sweet kan kenapa lah kita tak terfikir nak buat macam ni masa hari nikah . Jawab Amer .

" Tapi tak seindah cinta kita , saya masih ingat cara awak melamar saya awak bagi saya sekuntum bunga mawar . Tapi saya terfikir kenapa Bunga .

" Bagi saya Bunga itu ibarat awak yang cantik dipandang , saya tak akan biar iya dipetik oleh kumbang yang lain kerana bagi saya iya perlu dijaga dan tak akan biar ia layu . Dan kalau betul awak ikhlas cintakan Saya tolong jaga biar iya tak layu . Dan awak membuktikan bahawa kuatnya cinta awak pada saya . Setiap pagi awak menyiramnya di bawah matahari supaya tidak layu .

" Sebab itu awak memilih bunga . Saya janji Amer saya tak akan biar iya layu saya akan pastikan bunga yang awak beri pada Saya sentiasa segar sehingga iya menumbuhkan akar itu bermakna besarnya cinta saya pada awak Amer . "

" Sarah !!! Dia menghentikan langkah lalu memusingkan mukanya ke belakang sebaik namanya dipanggil . Anak matanya tertumpu pada sepasang kekasih yang dia sangat kenali iaitu Nurul dan Eric . Dia terdiam seribu bahasa .

" Untuk apa kau ke sini , kau ikut kami lagi , siapa dia , kekasih baru kau ?

" Dia suami saya Sarah , kami dah nikah , dan bayi yang saya kandung ini anak dia .

" Kalau begitu , baguslah kau dah sedar , kau dah jumpa jodoh kau tapi jangan ingat aku senang nak melupakan apa kau dah buat , kau tuduh suami aku kandungkan anak kau . Aku tak akan maafkan kau Nurul sampai bila-bila . Ya memang aku nampak jahat tapi kau kena ingat rasa ihsan aku dekat kau dah lama mati ."
Sarah meninggalkan mereka berdua lalu menuju ke Amer lalu memangku anaknya yang ketiduran kerana letih .

" Sayang jom kita pergi tempat lain , Saya tak suka tempat ini , ada yang buat hati saya panas kalau lama-lama di sini . Amer faham apa yang dimaksudkan Sarah .

" Betul ke apa yang dia cakap Sayang , awak cuba nak rosakkan rumah tangga orang ! Awak tahu tak apa yang awak buat ni buat orang makin benci adalah . Amarah Eric dia amat kecewa .

" Oh Sekarang ni awak pun dah bencikan Sayalah , kenapa awak nak bela perempuan tu ! Saya isteri awak tapi awak lebih bela perempuan lain dari isteri awak ini ."

" Saya tak bela dia , saya cuma nak awak sedar yang apa awak buat tu salah ."

" Salah ke saya dahagakan kasih dari orang , saya sanggup buat apa sahaja demi cinta ."

" Ya Salah, awak ingat rampas suami orang itu dapat bahagiakan awak ke Nurul ?"

" Memang Saya Bahagia , Saya suka lihat dia menderita lagi dia menderita lagi buat saya puas ."

" Puas kau cakap , cuba tanya pada Saya dalam hati awak , adakah awak bahagia atau awak rasa tercabar ."

" Tercabar , hei dengan siapa saya nak rasa tercabar ? Dengan dia . Dia tu perampas , Saya cintakan Amer tapi kenapa dia harus datang menghancurkan segalanya ."

" Memang kau tercabar Nurul , kasih sayang Sarah pada Amer begitu tulus bukan seperti hatimu , kau hanya cintakan dia kerana Nafsu tapi Sarah mencintai Amer kerana Allah sebab tu kekuatan cinta mereka begitu kekal walau ada yang cuba datang masuk di dalam pintu Amer sekali pun tapi dia sudah kunci dan gari tidak bagi orang lain masuk ke dalam pintunya .

" Tapi ingat Nurul awak akan menyesal kalau satu hari awak betul-betul akan hilang saya . Saya bukanlah lelaki yang awak cinta tapi ingat Nurul cinta saya pada awak akan kekal sampailah saya hembus nafas terakhir ."

" Kalau awak betul cintakan Saya buktikan pada Saya , awak ikut sahaja kehendak Saya . Saya nak awak lepaskan Saya lepas anak ini lahir . Awak kena yakinkan pada Sarah yang Saya benar-benar dah berubah . " Busuk sekali hati Nurul sanggup mengambil kesempatannya demi kepentibgan diri sendiri .

I Lost My Memories Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ