Bab 20

83 1 0
                                    

" Suami puan kehilangan banyak darah , dia memerlukan penderma darah yang sesuai , harap puan bersabar ya .

Amer masih lagi di dalam bilik icu . Sarah hanya mampu berdoa agar dia dapat menemui penderma yang sesuai untuk Amer .

" Siapa kau , mengapa kau di sini . Amer masih mencari pintu untuk keluar . Dia berada dalam kegelapan . "Siapa aku kau tak perlu tahu . Yang pasti aku ke mari ingin menolong mu . Jawab lelaki yang tidak dikenali itu .
" kenapa semua gelap , aku tak nampak pintu keluar .
" Kau mahu tahu di mana Sarah  ?
" Huh , Kau siapa ? Tunjukkan di mana Sarah ?" Lelaki itu mengajak Amir terjun ke dalam lautan . Amir menemui tengkorak di dalam sebuah kapal karam yang sudah berkarat .

" Tak mungkin !!! Amer menangis lalu memeluk tengkorak itu .
" Isteri kau dah lama mati Amer , selama ini yang ada dalam badan isteri kau adalah seekor duyung . Nama dia Amelda Anatashia . Dia sudah dilaknat menjadi manusia jadi bila dia di darat dia akan lupa ingatan . "

Amer membawa jasad Sarah ke daratan dan tangisinya mengalir ke atas tengkorak itu . Ketulusan cintanya pada Sarah telah mengubahkan tengkorak itu kepada seekor duyung .Amer merelakan diri untuk melepaskan Sarah.

" lelaki yang tidak kenali itu hadir di belakang Amer . " Kau cintakan dia , tapi kau tak boleh bersamanya kerana dia seekor duyung sampai mati pun dia tak boleh bersama kau ."

" Tapi aku memilih untuk bersamanya . Kau masuk saja dalam badan aku agar aku bisa menjadi seekor duyung . Masa aku dah tiba , tuhan sudah memanggil aku . Aku pernah berjanji padanya akan sehidup semati dengannya . "

" Baik aku akan memasuki tubuhmu dan kau akan bahagia bersama isterimu selamanya dan tak akan kembali ke daratan . "

Amer menghembus nafas yang terakhir . Lelaki itu masuk ke dalam jasad Amer dan dia akhirnya sedar dari koma .

" Doktor saya nak berjumpa dengan Sarah . Jawab Amer sebaik sedar dari koma .

" Saya nak berjumpa dengan Sarah . "

" Saya doktor . "

" Suami puan sudah menyedarkan diri , dia ingin berjumpa dengan puan . Sarah melangkah masuk ke dalam . Amer menggenggam tangan isterinya .

" Sayang jangan pergi mana-mana . Duduk sini teman abang . Jawab Amer .

" Aku dah berjanji pada diri untuk balas dendam . Aku dah berjanji pada tuan badan untuk hancurkan perbuatan terkutuk si perogol itu terhadap isteri dia . Bisik hati kecil lelaki itu .

" Sarah saya ada satu permintaan , kau gugur kandungan ini . Dia tak layak lahir di dunia ini . Sarah tidak menyangka bahawa suaminya mudah sekali berubah .

" Saya akan melahirkan anak ini , bukankah abang sendiri yang cakap abang terima dan redha atas apa dah jadi . "

" Memang tapi itu dulu , tapi ada sebab mengapa saya  menyuruhmu untuk gugurkan kandungan ni . anak ini akan membawa malapetaka kepada keluarga kita .

" Saya tak akan gugur kandungan ini , dia anak saya jugak . "

" Ikut saje mahuku , kalau awak tak mahu dibuang oleh keluarga saya  kerana anak ini ."

" Maksud abang ?

" Anak kita separuh manusia dan separuh duyung Sayang . Kalau dia lahir di muka bumi ni bermakna saya akan hilang Sayang . "

Sarah seakan tidak percaya , mungkin ini balasan dari Allah kerana perbuatan terkutuknya . Sarah menangis lalu mengusap lembut kandungannya yang baru dua bulan itu .

" Awak menangis sebab tak boleh terima kenyataan kan , awak hamilkan anak perogol tu , sampai mati saya tak akan maafkan apa perogol tu dah buat ." Nurul mengetuk wad pesakit . Tanpa ada rasa segan silu dia memberi buah tangan kepada Amer .

" Berani kau jejakkan muka kau di sini , pergi kau dari sini . Kau ingat ya Nurul kalau kau datang sini semata-mata nak minta simpati baik kau pergi je . Sarah tolong bawa dia keluar abang tak nak tengok muka dia dekat sini ."

" Tak perlu Sarah , biar saya keluar sendiri . Nurul melangkah keluar . Senyuman sinis diberi kepada Sarah


I Lost My Memories Where stories live. Discover now