Bab 22

43 2 0
                                    

Puan lia membawa Sarah dan Amer ke madrasahnya . Dia telah kehilangan suami . Sarah satu-satunya puteri sulungnya yang dia ada . Sejak kehilangan Suami hidup dia sebatang kara . Wanita lingkungan usia 50an itu terpaksa menjalani hidup sendiri kerana bukan sahaja hilang suami dia juga kehilangan anak-anak akibat kebakaran . Untuk hilang rasa sepi dia membuka madrasah anak yatim .

" Nak sejak kamu pergi di sinilah ibu jalan hidup ibu nak , ayah dan juga adik-adik kamu dah pergi tinggalkan kita . Masa hari kebakaran itu , Puan lia menahan sebak namun dia teruskan ayat . Depan mata ibu mereka meraung kesakitan dijilat api . Untuk hilang rasa sepi ibu pun buka madrasah ni . Dari sinilah Ibu banyak belajar  dan ibu redha akan takdir Allah . Allah hadirkan seseorang untuk ingatkan kita bahawa suatu nanti dia akan kembali pada pencinta . Dari situ ibu belajar erti melepaskan orang yang kita pergi . "

" Bonda dah nak masuk magrib ini jom kita solat berjemaah . Aiden mengajak Amer untuk mengimamkan solat .           " Uncle  jadi imam ya . Amer tidak mahu menolak permintaan Aiden walaupun kini dia duduk di kerusi roda tiada halangan untuk dirinya untuk meninggalkan Solat fardu . Muhammad membaca ikamat . Ahli jemaah yang lain merapatkan saf untuk menunaikan perintah Allah . Seusai solat jemaah mereka mendengar sedikit tazkirah . Ceramah jemputan pada hari ini ialah ustaz don danial . Tazkirah ringkas itu menyadarkan Amer bahawa harta yang paling berharga ialah menjaga kebajikan anak-anak yatim dengan penuh amanah .

" Anak-anak andai kata mak ayah kamu masih hidup , apa yang korang buat untuk balas jasa diorang . " Soal Amer kepada anak-anak syurga itu . Masing-masing tak mampu terungkap kata-kata . Mereka dibesarkan tanpa kasih sayang seorang Ayah mampu pun seorang ibu . " Kalau diberi peluang kami untuk berjumpa dengan mereka , kami teringin sekali mendapat layanan manja macam kanak-kanak lain . Walaupun kami tak ada mak dan kami tak ada ayah kami teringin sekali tatap wajah mereka buat kali terakhir , kafankan jenazah mereka dan solatkan jenazah mereka . Kami mintak maaf kerana hanya menumpang kasih sayang orang lain . Abang kalau Abang sudi bolehkah kami memanggil Abang Abah .  Kata-kata salah seorang anak syurga itu membuatkan Amer merasa sebak dia memeluk anak-anak itu seerat mungkin . " Selagi nafas Abah masih hidup kamu semua boleh memanggilku Abah .

Di malam yang sunyi Sarah meminta ozin Amer untuk tinggal di sini bersama ibu kandungnya . Dia sangat merindui ibunya .

" Abang esok lepas Subuh sahaja kita pulang rumah , saya nak teman mak . Kalau boleh saya nak lepaskan rindu saya pada Mak . "

" Tentu sahaja boleh Sayang , jika doberi peluang untuk jumpa hargailah dia , dia ibu kandung kamu . Dialah yang bertarung nyawa melahirkan kamu . Mak cik terima kasih kerana sudah melahirkan seorang puteri yang tinggi martabatnya dan terima kasih kerana membesarkannya dengan menjadi wanita solehah . Saya bersyukur dikurniakan isteri yang taat akan suaminya . " Amer menunduk hormat lalu mencium tapak telangan mak mertuanya .







I Lost My Memories Where stories live. Discover now