DEBARAN

8 0 0
                                    

Ku ambil sedikit ruang di hujung bilikku, berteleku di atas sejadah. Semalam di dalam group whatsappbsudah riuh bahawa hari ini akan keluar natijah ( keputusan ) peperiksaan fasa 2 untuk tahun ketiga.

Menunggu sejak 31 Julai sehingga ke hari ini, menanti penuh debaran. Tidur di malam hari, kadang lena, kadang tidak. Memikirkan apa keputusan yang bakal keluar.

Tatkala sedang membuat panggilan video, kedua orang tua ku, selalu meyakinkan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Mereka banyak menenangkan.

Kata abah, "Kalau dah usaha, tidak perlu takut."

Ya, yakin dan sangka baik dengan Tuhan kerna syaitan itu selalu mencari peluang untuk meragukan.

Alhamdulillah, atas berkat doa teman seperjuangan dan orang sekeliling serta orang tersayang, dikurniakan untuk naik tahun bersama-sama mereka.

Harapanku telah tercapai. Melihat kesemua enam belas orang temanku berjaya. Itu kebahagiaan sebenar buatku.

Benarlah, definisi kebahagiaan bagi setiap insan itu berbeza-beza. Tiada objektif malah jawapannya subjektif. Jadi, carilah kebahagiaan kamu sendiri kerana cara setiap insan itu berbahagia juga berbeza.

See ya 4th year of degree !

New hope, new mission and new strategies with them. Can't wait !

𝙴𝙺𝚂𝙿𝚁𝙴𝚂𝙸 𝙹𝙸𝚆𝙰Where stories live. Discover now