3:PELIK

2.7K 128 1
                                    

Minggu peperiksaan SPM telah pun berlangsung. selama minggu itu Inara tidak menerima langsung pesanan daripada Haidar. aneh juga dia dengan sikap Haidar. kelibat pun tak terlihat. memandangkan hari ini adalah hari terakhir mereka ujian selepas ini mereka sudah tidak perlu ke sekolah lagi bermakna kesempatan dia untuk bertemu dengan Haidar sangat tipis. teringatkan hal itu dia mengeluh

"Mana dia pergi ek..."tanya Inara kepada dirinya sendiri. Aqeela dan Raisha yang mendengarnya langsung bertanya. "Siapa? Haidar?". Inara mengangguk

"Aku pun tak nampak dia masa dalam dewan tadi, pelik jugak takkan dia ambil ujian dari rumah? dia bukannya sakit..."kata Raisha

"Dah tak payah risaulah, kita fokus kepada last paper kita ni dulu lepas tu kau nak cari dia kau cari lah..."

"Ye lah..."

Beberapa jam kemudian, akhirnya ujian mereka pun selesai. Aqeela dan Raisha melompat kegirangan sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan

"Alhamdulillah akhirnya!!"kata Aqeela. Inara tersenyum melihat gelagat dua temannya itu. "Alhamdullillah selesai jugak..."Inara mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga. "Nara..kita balik sekali nak?"tanya Raisha. "Boleh.."

Dalam kereta Inara banyak mendiamkan diri. Mereka pula tidak mahu menganggu Inara. biarlah dia menenangkan dirinya sendiri

Ting..
ting..
ting..

Lima pesanan masuk ke telefon bimbit Inara. dia langsung mengeluarkan telefon bimbit dari tasnya. 3 pesanan daripada Haidar, automatik Inara tersengih

Haidar
Esok jumpa aku dekat funfare

10.00 am

jangan lambat takut tak sempat

"Dari Haidarlah tu..."teka Raisha

"Assalamualaikum adik dah balik.."Inara memberi salam sebaik sahaja kakinya dilangkah masuk kedalam rumahnya

Dari kejauhan terdengar suara abang sulung bersama isterinya sedang bergelak ketawa. Terlihat Daniel dan isterinya sedang makan di meja sambil bersuap-suapan. langsung tidak perasan dengan kehadirannya. Inara menggulingkan matanya. tidak sadarkah dia yang sedang berdiri di sini?

Dia malas mahu menegur langsung menghayunkan kakinya menaiki tangga namun dia terserempak dengan abang Gibran

"Dik..dah balik dah..aku tak dengar pun suara kau.."pertanyaan Gibran mengundang keluhan Inara. "Adik dah bagi salam, dah abang ralit sangat main game, yang sorang lagi tu pulak sibuk dengan bini dia..."kata Inara dengan keras

"Dik..."Gibran memberi amaran namun Inara tidak peduli

Amelia terdiam mendengar kata-kata adik iparnya

"Adik bad mood hari ni tu.."kata Gibran

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Inara bernyanyi-nyanyi sambil menuruni tangga. sling bag yang berada tangannya disauk ke leher. matanya dikerling ke kanan dan ke kiri
Line clear!

Baru sahaja dia melangkah
"Dik..kau nak pergi mana ha?"teguran Gibran memberhentikan langkahnya. "Erm, nak keluar kejap..jumpa kawan.."jawab Inara. "Ada minta izin abang tak?"

PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Where stories live. Discover now