9:FORGET

2.4K 101 0
                                    

"Lepas ni kau tak payah dah kut nak peduli pasal aku lagi"setelah beberapa minit Haidar berdiam diri, dia bersuara

Sedikit sebanyak hati Inara terasa dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu namun dia hanya berdiam diri

"Aku tak nak nanti kehadiran kau buatkan hubungan aku dengan Rina musnah"selama Inara menjaga dirinya selama 3 hari pun Rina sudah melenting. susah dia mahu memujuk

Inara mengambil nafas dalam

"Lagipun aku dah bercadang nak bawa Rina jumpa mama sabtu ni untuk perkahwinan kami"

Wait! what?

"Apa?"hampir kejung dia. "Awak nak kahwin dengan Rina?"tanyannya

Haidar tersenyum senget."Kenapa?"

"Marah?"

"Tak"."Saya cuma nak nasihatkan awak satu benda je..."dia memandang mata Haidar."Dia bukan apa yang awak fikirkan"

"Aku percayakan dia"

"Kalau awak sakit sebab dia lepas ni jangan nak tanya kenapa kalau punca tu daripada diri awak sendiri"dia mulai emosi. mata Inara berbara menyimpan seribu rasa. "Jangan jadi bodoh Haidar"

Haidar mengetap bibirnya. dia menumbuk seat yang diduduki Inara. "Kau! Rina bukan macam tu! and one more thing...berhenti menyibuk pasal hidup aku"mata Haidar menikam tajam mata milik Inara. Inara terketar-ketar bibirnya. dia tidak sangka perubahan yang berlaku kepada Haidar sangat besar. sungguh jauh berbeza dia yang dulu

"Mulai hari ini kau jangan lagi datang rumah aku!aku tak kenal pun kau siapa..berhenti berhubung dengan mummy aku..faham?"

"Kalau itu yang awak nak"perkataan Inara tidak diendah oleh Haidar namun di sudut hatinya dia luluh melihat Inara mengalirkan air mata

Dia tidak sanggup berlama-lama di situ, akhirnya Haidar keluar dari kereta tersebut lalu masuk kedalam rumah tanpa berpaling sedikit pun

Inara mengetap bibirnya dengan kuat. tidak mahu dia mengalirkan air mata. tanpa dia sendiri sadar air matanya sudah pun mengalir sedari tadi. bibirnya berdarah akibat gigitan tersebu

Kereta Inara meluncur pergi dari kediaman banglo mewah itu

🔥🔥🔥🔥

"Haidar? Inara mana? kamu tak jemput dia masuk dulu ke?"tanya Datin Zelea

"Mummy! dah-dah lah Inara!". "Dia tu orang luar mummy..macam mana mummy boleh percayakan dia datang ambil Haidar dekat hospital?! I don't know her..."

"Dia tiada niat buruk pun Haidar..dia yang tolong mummy masa mummy kena serangan jantung haritu! Kenapa kamu jadi macam ni? sebab Rina ha? kamu ingat mummy akan terima dia ke?! kamu tahu tak perangai Rina tu macam mana?!"

"Mummy dah termakan hasutan perempuan tu ke?!". "Dia tolong mummy..ikhlas ke?"

"Haidar Hayyan! watch your mouth! she has a name". "Mummy tetap tak akan terima Rina! Faham!?"

"I love Rina mummy!"

Datin Zelea mendengus. "Rina tu curang dengan kamu lah Haidar..kamu tak nampak ke?". Haidar menggeleng. "No! selama Haidar dengan US dia yang jaga Haidar mummy.."

"Mummy dah tak tahu nak jelaskan macam mana, lagipun kamu bukan percaya.."kalau kejahatan pasti akan terbongkar juga bila tiba saatnya nanti

❤️❤️❤️❤️❤️❤️

"Nara..kau nak order apa?"

Pertanyaan Raisha dibiar sepi. dia hanya termenung memandang ke arah luar menembus dinding kaca

"Nara!"
"Ha? em.."dia terpinga-pinga memandang wajah Raisha dan pelayan kafe tersebut silih berganti. "Kau nak order apa?". "Sama lah..macam kau"jawab Inara. "Kalau macam tu fish and chip 2 green tea 2.."
Pelayan tersebut tersenyum."Okay, 10 minit lagi ye.."lalu beredar

Dahi Raisha berkerut melihat wajah Inara yang sedikit sembab. matanya beralih kepada bibir Inara. terdapat kesan seperti luka. "Kau...menangis ke semalam?"tanyanya. Inara menggeleng. "Habistu bibir kau tu kenapa?bukan sebab kau menangis?"."Entah lah aku tak tahu.."

"Kau ada masalah dengan Haidar?"

Pertanyaan dari Raisha mengundang senyum sinis dari Inara."Masalah aku dengan Haidar memang dah ada dari awal lagi..". "Aku je yang berdegil nakkan Haidar, last-last aku juga yang sakit"

Raisha memandang Inara dengan rasa simpati. sahabatnya ini terlibat dengan kisah cinta yang tergantung. sudah lah ditinggal Haidar dengan tanda tanya. sekarang ini Haidar pula tidak mengingati dirinya

"Beb...".Belum sempat, Inara memotong

"Aku akan lupakan dia"

❤️❤️❤️❤️

"Geramnya! baru je aku sebut tadi nak lupakan Haidar, sekarang ni handphone kerja aku pulak tertinggal dekat rumah dia.."

"Ni mesti masa Haidar sakit haritu"

"Stressnya!!"jeritnya seorang diri di dalam kamar."Sekarang dah pukul 8, tak elok pula pergi rumah orang malam-malam macam ni"."Pergi esok je lah.."okay! ni last aku pergi rumah dia

'Dah lama dah tak turun bawah malam-malam, apa yang diorang buat eh? tengok tv ke?"akhirnya dia melangkahkan kakinya menuruni tangga menuju ke ruang tamu . "Abang? Along? kenapa ni?"tanya Inara sebaik sahaja dia melihat mereka berdua seperti sedang bertegang urat. Melihat Inara yang baru turun,Gibran berpura-pura memeluk bahu Daniel seperti tiada apa-apa yang berlaku."Dik? kau lapar ke? tu kak Ame dah masak.."kata Gibran. Daniel pula hanya menunduk

Jelas-jelas tadi mereka sedang ada masalah. "Lapar la jugak"balas Inara. "Tak apa lah adik ke dapur dulu"pamitnya. dia hanya mengikut rentak sahaja

Bau yang wangi menusuk ke dalam hidung Inara yang sedang lapar. "Akak..masak apa.."dia mengambil tempat lalu mencedok nasi

"Masak lemak cili api and..your favourite ikan keli berlada"
Bersinar-sinar mata Inara melihat ikan keli yang terhidang di depan matanya. "Wahh..ni confirm sedap"dia mengambil secubit lalu rasa. Langsung ibu jarinya diangkat tanda sedap

"Suka sangat makan pedas adik ni". "Pedas boleh hilangkan stress...". Amelia tersenyum melihat gelagat Inara. sudah besar tapi kalau sudah nama bongsu, perangai sebegini pasti keluar juga

"Makan banyak-banyak tau.."
Inara mengangguk
Dalam fikirannya dia sempat berfikir tentang kedua abangnya itu

❤️❤️❤️❤️

"Adik tak nak sarapan dulu ke?"laung Amelia kepada Inara yang berada di muka pintu
"Tak apa kak, tak sempat ni nak kena pergi dua tempat.."dia menyarung kasut dengan tergesa-gesa."Elok-elok.."."Ya.."

Sebaik sahaja dia sampai di destinasi yang ditujui. dia menghela nafas dalam. 'Ah lantak lah sekejap je'lalu menekan bel, automatik pintu pagar terbuka luas
Dengan penuh hati-hati dia melangkah sehingga ke pintu utama

Ding dong

"Eh Kak Nara? masuklah dulu, sebenarnya ada tetamu yang Along bawak datang sini, diorang tengah berbincang dekat ruang tamu"di wajah Zafirah jelas terpampar perasaan tidak suka apabila menyebut 'tetamu

"Tak..sebenarnya akak datang sekejap je, ada barang tertinggal"

"Barang?Telefon ke?"

"Ya telefon..". "Fira? kenapa bising sangat dekat ruang tamu tu? siapa yang datang?"Haidar dengan Datin Zelea tengah bergaduh ke?

"Sorry akak..abaikan je. Telefon akak ada..Fira simpan, ingat nak suruh along yang bagi dekat akak, tengok-tengok akak dah datang, masuklah dulu Fira ambil dekat bilik kejap"

Inara mengangguk.
Terdengar sayup-sayup suara Datin Zelea memanggil anaknya. tiba-tiba Zafirah datang semula
"Ermm..akak"
"Mummy panggil pergi ruang tamu..ada benda penting, mummy nak Inara ada sekali"

"Tapi..."


REMEMBER..I LOVE YOU🔥

TO BE CONTINUED

PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Where stories live. Discover now