38: KEJUTAN

2.3K 77 0
                                    

"Mama.."panggil seorang anak kecil. dia yang baru sahaja bangun daripada tidurnya terpinga-pinga melihat seorang lelaki asing yang turut berada di meja makan.

"Hey Adam, dah bangun dah anak mama seorang ni"dia bingkas bangun lalu meriba anak kecil itu. belum mula makan lagi Adam sudah terjaga jadi terpaksalah dia pegang Adam sambil makan.

"Lea, anak kau makin comel lah, last aku tengok dia masa Adam 8 bulan, sekarang dah makin nampak macam muka kau.."tegur Kris.

"Ha'ah lah beb, sama macam kau"Raisha bersetuju. Gibran pula hanya mengangguk.

"Ye? anak lelaki muka macam mak ye? abang dengar tu..Adam macam muka saya lah bukan abang"kata Inara bangga.

"Ye lah sayang, eh makan lah..sejuk nanti lauk-lauk ni semua"pelawa Haidar.

Setelah selesai menjamu selera, Kris membuka mulut menyatakan hasratnya kemari.
"Sebenarnya, aku datang sini ada benda yang aku nak cakap.."matanya sekali-sekala melirik ke arah Raisha. hal itu membuatkan Gibran meluat dengan sikap lelaki itu. gatal pula tu! tak habis-habis nak mengurat Raisha dekat meja makan tadi.

Semua mata kini memandang Kris yang ingin berbicara.

"Aku nak ajak Raisha kahwin"

Prang!

"Apa?!"

"Ha?"ternganga Inara dibuatnya. namun dia tersenyum kerana melihat wajah Gibran seperti ingin meledak kerana terlalu terkejut. ini peluang yang terbaik untuk buat abangnya mengaku tentang perasaannya sendiri.

"Cut it out Kris, awak bergurau kan?"Raisha sudah gelabah.

"Tak, saya serius nakkan awak, saya dah lama simpan perasaan ni dan hari ini saya nak ajak awak kahwin terus.."jelasnya.

'Alamak! apa aku nak cakap ni'

"Eloklah korang kahwin.."

Kata-kata yang keluar daripada mulut Gibran membuat Inara dan Raisha terkejut bukan kepalang terutamanya Raisha.

"Abang...kan tadi..."baru sahaja dia ingin menjelaskannya, Gibran terus memintas perbicaraan Raisha.

"It's okay Kris, you deserve her.."

"Abang cakap apa ni?"marah Raisha. apa ni..suka hati sahaja cakap macam tu.

Kris yang bingung tidak menjawab.

"Rai..kau nak cakap apa tadi? kau ada sesuatu ke nak beritahu?"tanya Inara.

"Abang?"Raisha memberi isyarat kepada Gibran supaya memberitahukan hal yang mereka bincangkan di tasik.

Setelah menunggu tindak balas daripada Gibran, Raisha kecewa melihat Gibran yang langsung tidak memberi respon. hanya diam.

"Kalau macam tu..awak bagi saya masa sikit untuk saya fikir, saya kena tanya keluarga saya dulu.."wajah Raisha sudah teduh. sedih dengan sikap Gibran.

"Terima kasih Raisha"jawab Kris namun dia perasan ada sesuatu yang tidak kena.

__________

"Sayang masih fikirkan pasal tadi ke?"isterinya yang termenung jauh ditegur. mana tidaknya, Adam yang memanggil di sebelah dibuat tidak endah.

"Mama..."

"Kesian dari tadi Adam panggil mama tapi tak jawab.."

"Sorry abang, Adam..meh sini..."panggil sahaja, Adam terus meluru ke arah Inara lalu memeluknya. terus dia lupakan papanya.

"Sayang tak payah lah risau, pandai-pandai lah diorang selesaikan masalah diorang sendiri.."

"Saya tahu, saya rasa macam ada benda yang tak kena je masa Rai cakap tak habis tu, saya rasa saya kena tanya dia lah"

PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Where stories live. Discover now