30: RASA BERSALAH

3.1K 107 1
                                    

Haidar kembali memikirkan apa yang telah diberitahu oleh Raisha sebentar tadi. dia melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan jam satu pagi. keluhan dilepaskan. entah kenapa hatinya tetap gundah Inara belum juga sampai ke rumah.

Kunci mobilnya diambil. mahu mencari keberadaan Inara namun egonya membantah sekeras mungkin.

'Dia dah curang dengan kau'egonya berkata

'Kau tak boleh percayakan gambar bulat-bulat, mungkin Hariz sengaja mahu merosakkan hubungan kau dan Inara'

Suara fikiran dan hatinya bertelingkah.
"Erg! Malas aku nak fikir"dia tidak mahu mengusutkan fikirannya lagi menonton televisyen di ruang tamu. hujan turut turun bagai mengerti suasana hati Haidar.

Walaupun matanya menatap skrin televisyen tetapi fikirannya melayang memikirkan isterinya. dia berfikir mahu menelefon Inara. telefon di meja dicapai lalu nombor Inara didail.

Setelah mencuba beberapa kali memanggil, bunyi pintu diketuk dengan kasar.
'Siapa yang datang malam-malam ni? apa mungkin...'

Tok tok tok

Haidar menuju ke arah pintu dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak. hujan semakin lebat. saat dia membuka pintu, sekujur tubuh rebah di hadapannya dengan basah kuyup.

Bukk

Dia panik. "Inara!!"apa yang dah berlaku? dia tidak menyangka keadaan isterinya itu sampai begini sekali. dia pantas mendukung Inara lalu di bawanya ke sofa. tuala di kamar diambilnya lalu membaluti tubuh Inara yang basah kuyup. dia rasa bersalah. kalau dia mencari Inara dan tidak percayakan gambar konyol, semua ini tidak akan terjadi.

"Inara? Inara....". Haidar menggerakkan tangan Inara untuk mengejutnya, tiba-tiba Inara meringis kesakitan. Inara tersedar.

Haidar terkejung apabila Inara memeluknya dengan kuat. seolah-olah takut dengan sesuatu. "Haidar....tsk...tsk.."Inara menangis sehingga suaranya sudah menjadi parau.

Haidar membalas pelukan Inara. "Aku minta maaf Inara...aku salah.."untuk pertama kalinya dia memohon kemaafan daripada isterinya. "Aku minta maaf sebab aku tak percayakan kau....Inara..."dia cuba memegang tangan Inara tetapi Inara merintih kesakitan. Haidar yang penasaran menyelak lengan baju isterinya. alangkah terkejutnya dia apabila lengan isterinya itu dipenuhi dengan kesan lebam

"Sa..sakit.."kata Inara. tangan Haidar naik memegang bibir isterinya yang turut lebam. air matanya mengalir. dahinya dilekapkan pada dahi Inara. "Aku...minta maaf..aku minta maaf Inara.."dia mengelus pipi isterinya itu dengan penuh rasa bersalah

"Siapa pun yang buat kau jadi macam ni aku akan cari! sampai dapat". "Aku janji akan lindungi kau lepas ni..aku akan jaga kau Inara, I'm sorry...."rasa bersalahnya tak terbendung sehingga air mata jantannya keluar.

Tiba-tiba Inara meraung sakit. perutnya terasa senak. akibat tidak dapat menahan sakit yang melampau, Inara pengsan.

"Nara!"Haidar bergegas mendukung Inara membawanya masuk ke dalam mobil. "Kita pergi hospital"

__________

"Inara!"Raisha menendang pintu rumah yang menunjukkan lokasi Inara. "Nara!"dia kehulu kehilir mencari kelibat sahabat baiknya. Raisha menuju ke tingkat atas. satu persatu bilik dibuka.

PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Where stories live. Discover now