26:NEW BOOK?

2.7K 110 1
                                    

"Macam mana awak tahu?"

"Lain kali kalau nak ca....."tidak sempat menghabiskan ayat, Inara mencium suaminya itu bertalu-talu. sampai Haidar hilang kata-kata. "Thanks awak! I love you so much"diciumnya lagi. "Jom"dia keluar dari mobil meninggalkan Haidar yang tercengang
'Macam budak-budak'

"Wah, banyaknya buku..."matanya bersinar-sinar melihat pemandangan di hadapannya tika ini. satu per satu meja yang dipenuhi buku dilihatnya penuh minat
"Hehe, saya excited..jom ke sana.."Inara mengheret Haidar menuju ke meja novel seram. Dia mencari-cari novel penulis kegemarannya

Biar betul ke sini yang ditujunya dahulu, bukan selalunya perempuan minat novel cinta ke?

"Yeay jumpa.."sebuah novel diangkat. "Penulis ***** ni novel dia memang top semua, saya cabar awak baca sekali confirm tak cukup"dengan yakin Inara berkata

"Ye ke?"

"Yeee..."

"Pelik"kata Haidar

"Pelik apa? apa yang pelik?"

"Bukan selalunya perempuan suka dengan novel cinta ke?"

"Lah pasal tu ke? Ye memang saya suka jugak novel cinta tapi! saya lebih suka novel seram..lagipun sekarang saya tak perlukan novel cinta lagi"

"Kenapa?"dahi Haidar berkerut saking tertanya-tanya

"Sebab..."Inara tersenyum. "Saya kan dah ada kisah cinta kita, ada awak, yang real dah pun bukan fiksi"Inara mengintai-ngintai wajah Haidar disebalik tangan. "Chia chia chia!"

Pap! dahi Inara dijentik. "Apa chia chia? ingat sweet ke? pickupline tak menjadi"

"Eleh, cakap je lah awak suka kan?"

"No.."Haidar menahan senyum. tangan menguis-menguis hidungnya yang tidak gatal

"Tak nak mengaku"

"Mana ada aku suka"

Inara mengangguk. "Ye lah encik suami"dia menarik senyum melihat wajah Haidar yang tidak tegang seperti selalu

SEUSAI membayar novel yang dipilih oleh Inara, mereka terus pulang ke rumah. Memandangkan hari tersebut dia cuti, dia bercadang mahu berehat sahaja. otaknya cukup kusut setelah 3 hari lepas yang begitu memenatkan

Raut wajah suaminya itu diteliti apabila terperasankan sesuatu. dia sebenarnya mahu berbincang soal kehadiran Rina namun dibatalkan niat buat sementara waktu. Inara berjalan ke arah Haidar yang sedang merebahkan badannya di sofa.
"Awak nampak penat, nak saya tolong picitkan tak?"tawar Inara. dahi Haidar sedikit berkerut

"Boleh juga"

Dia menarik nafas lega. dia fikir Haidar akan marah. lantas tangannya dimainkan perlahan-lahan di bahu Haidar

Haidar agak kagum dengan kemahiran mengurut Inara. "Pandai kau urut.."

"Mestilah, arwah mak pun pandai mengurut..turunkan dekat saya"

Tangan Haidar naik memegang tangan kecil Inara. isyarat supaya berhenti
"Duduk sini kejap"Haidar menepuk-nepuk sofa disebelah. Inara sedikit tidak percaya berjalan perlahan sahaja. Haidar terus menarik Inara sehingga terduduk di ribanya. kepalanya dilentokkan ke dada Inara. pinggang Inara dipegang kemas

"Awak okay ke?"
"Kalau awak ada apa-apa nak kongsi bagitau je saya dengar"

Suara lemah-lembut Inara sedikit sebanyak membuat dirinya tenang. Haidar hanya diam di pangkuan Inara

Tangan Inara naik mengusap kepala Haidar. dia membalas pelukan suaminya. "Awak bersandarlah pada saya bila-bila masa, tak apa kalau awak penat awak rehat, letak dulu masalah bila dah tenang..awak ambil balik lepastu cuba selesaikan"dia tahu kata-kata ini tidak begitu membantu bagi Haidar

PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Where stories live. Discover now