39: HEA

4K 104 4
                                    

4 Tahun kemudian

"Sayang! tolong kejap"panggil Haidar. dari tadi dia cuba untuk memujuk anak terunanya itu. tidak juga berhasil.
"Adam Arami...mandi jom, kita dah lewat ni nak pergi rumah Pak ngah Gibran"

"Tapi Adam tak tahu nak pakai baju apa?"dengan pelatnya Adam menjawab. dia tersenyum tanpa rasa bersalah"

Haidar mengurut kepalanya. perangai anak dia ni seratus peratus ikut perangai mak dia.

"Abang? sayang patut pakai yang ini atau yang ini"Inara tiba-tiba datang membawa dua pasang baju kurung moden berwarna merah namun corak yang berbeza, mengikut tema perkahwinan Gibran.
"Abang?"

Haidar memandang isteri dan anaknya silih berganti. Inara tersenyum.
"Cepat lah abang pilihkan kejap.."gesa Inara.

"Sayang pakai yang mana pun tetap cantik, pakai lah yang mana sayang rasa nak pakai"

"Ye ke? sayang cantik ek?"tanya Inara. tersipu malu. Haidar merapat kepada Inara.
"Yes, you're too stunning that I almost gone blind.."bisik Haidar ditelinga Inara lalu mengucup wajah Inara bertubi-tubi.

"Abang ni memang sweet talker je lebih.."

"No sayang, abang serius"

Lupa bahawa Adam menjadi pemerhati.
"Ehem, ehem!"Adam menggelengkan kepalanya. dia berpura-pura menutup kedua matanya.
"Mama, papa..Adam ada dekat sini lah"dia menyilangkan kedua tangannya.

"Abang, dah lah tu..anak tengok lah, buat malu je abang ni"

Haidar tertawa melihat anaknya. "Adam nak juga ke? meh sini.."dia menggomol pipi tembam Adam. menciumnya tanpa henti.

"Heheheheee! Papa! Stop lah, Adam geli"

Inara menggeleng sambil tersenyum namun wajahnya tiba-tiba bertukar serius.
"Eh Adam? tak mandi lagi? Abang..kan tadi sayang minta tolong abang mandikan Adam, abang buat apa?"Inara meletakkan kedua helai bajunya di katil sementara dia mahu memandikan Adam namun ditegah oleh tangan kecil Adam.

"Opp, mama..jangan marah papa, Adam yang tak nak mandi lagi..hehe"

"Sorry sayang....jom Adam, kita mandi, sayang pergilah bersiap dulu.."

"Ye lah cepat sikit..."dia berlari anak menuju ke kamarnya untuk bersiap. 'dah lambat dah, lagi sejam majlis nak mula'

__________

Raisha memandang pantulan dirinya di dalam cermin. dia mengagumi kemahiran bersolek yang dimiliki sahabat baiknya, Inara. dia terlihat seperti orang lain. maklum sahaja sebelum ini dia jarang sekali memakai solekan pada wajahnya.

"Eleh, cantik sangat ke aku make up sampai ternganga macam tu.."

Raisha masih menilik wajahnya berkata. "Tak lah, aku cuma kagum dengan kecantikan wajah aku ni.."selamba Raisha berkata.

Inara mencebik. "Ye...kau memang dah cantik pun". tidak dinafikan memang Raisha cantik walaupun tidak mengenakan solekan. berkulit cerah merona serta berhidung mancung. kadang-kadang dia sendiri rasa lain bila berjalan sebelah Raisha.

Raisha memandang Inara yang termenung. "Kau okay tak?"Raisha mengenggam tangan Inara. Inara tersentak lalu mengangguk.

Tok tok tok

"Sayang, bawa Raisha keluar sebab tok kadi dah sampai.."Haidar mengetuk pintu dari luar. dia tidak mahu menerjah begitu sahaja kamar pengantin wanita.

"Ye abang"

"Rai..jom.."

Raisha menarik nafas dalam. Inara hanya memerhatikan gelagat sahabatnya. semasa dia mahu berkahwin dengan Haidar, dia juga berdebar dan takut yang luar biasa. Mereka berdualah yang menemaninya, namun kini hanya Inara yang dapat menemani Raisha.

PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Where stories live. Discover now