1|༆

307 35 14
                                    

Bangchan masuk ke dalam kelasnya dengan wajah dingin. Tiada secarik senyuman di mukanya. Mahasiswa dan mahasiswi sudah terlalu kenal dengan sifat dingin dan baran Bangchan.

Jisung selaku kawan tak berapa kawan datang ke arah Bangchan sebelum duduk di sebelah jejaka yang kelahiran dari Australia.

"Muka kau kenapa?" tanya Jisung. Bangchan menggeleng kepalanya. Dia mengeluarkan bukunya di dalam beg dan meletakkan di atas mejanya.

"Kau tengah marah sebenarnya kan selepas kau nampak Mirae dengan kawan baiknya." tebak Jisung, macam lah dia tidak tahu yang kawannya obses dan cintakan gadis itu. Dan dia tahu yang Bangchan merupakan seorang psychopath sebab diri dia pun sama macam Bangchan cuma tidak teruk. Masih di tahap yang dikawal. Bangchan sudah di kira psycho stage two kerana setiap kali penyakit itu menyerang lelaki itu, dia tidak sengaja akan membunuh seseorang dalam keadaan separuh sedar.

Lagi-lagi pada waktu malam....

"Siapa je tak marah perempuan yang di cintai berdekatan dengan lelaki lain" balas Bangchan datar. Dia menyelak muka surat ke halaman sebelah.

"Chan look, Mirae and Mingi just a bestfriend tho. Takkan kau cemburu" ujar Jisung tidak percaya. Bangchan memandangnya dengan tatapan dingin.

"Boleh je lelaki itu jatuh cinta dengan Mirae. Kalau aku dapat tahu, maut yang menunggunya" kata Bangchan selamba. Jisung menggulingkan anak matanya ke atas.

"Such a psycho person" cemuh Jisung perlahan. Tiada sesiapa tahu yang mereka berdua merupakan seorang psikopat kecuali Minho. Senang cerita, tiga ketul tu psycho-

"Tch" decit Bangchan halus. Jisung bangun dari kerusi lalu menuju ke kawannya seorang lagi iaitu Lee Minho.

"Babyyy" panggil Jisung manja. Minho memandangnya datar lalu menunjukkan penumbuknya.

"Nak masuk air fryer?" tanya Minho datar. Jisung menggeleng seraya tersengih. Dalam ketiga-tiga kawan itu, Jisung paling normal walaupun dia di sahkan seorang psikopat.

"Halah malu pula Minho oppa" usik Jisung sambil mencuit tangan sasa Minho. Minho mencapai gunting dan mengacukan ke arah mata kiri Jisung. Jisung hanya duduk statik, tidak terkesan langsung dengan muncung gunting sedikit tajam.

"Baik kau berhenti bergay sebelum gunting ni aku cucuk ke mata kau" ugut Minho. Jisung ketawa kecil. Gila!

"Takkan dapat juga bluerk" ujar Jisung lalu berlari sebelum muncung gunting itu betul-betul mendarat di mata cantiknya. Ehem mata Minho lagi lawa HOHO.

"Dasar gila" Minho menjeling tajam ke arah Jisung.

"Apa kena dengan Jisung tu" tanya siswa yang lain. Tadi mereka gerun juga bila Minho mengacukan muncung gunting itu ke arah mata jejaka menyerupai tupai itu.

"Biasalah tupai, mana geti duduk diam" balas siswa yang lagi satu.

"Diamlah. Aku bukan tupai" ujar Jisung dari belakang kelas. Mereka semua ketawa. Jisung menggeleng lalu duduk di tempatnya.

To be continue

Vote and comment

[C] UNDER MY LOVE |BANGCHAN|Where stories live. Discover now