17|༆

218 27 9
                                    

Setahun kemudian~

Mirae mula selesa dengan Chan. Walaupun kadang-kadang penyakit gila tu datang, Mirae tahu macam mana nak berhenti kan.

"Mirae" panggil Chan. Mirae memandang Chan yang sedang mengusap dahinya merah.

"Kenapa"

"Sakit lah dahi ni awak pergi ketuk dengan penyapu" rungut Chan. Mirae hanya tersengih.

"Itu je cara untuk awak sedar dari penyakit tu" ujar Mirae selamba. Chan mencebik.

Flashback

Mirae berlari ke arah dapur apabila Chan mengejarnya. Mirae menyorok di sebalik peti ais. Dia mengintai Chan yang sedang mencarinya sambil memusingkan pisau di tangannya.

"Mirae~~ mana awak hehe" Mirae menahan nafas apabila Chan sudah menghampiri tempat di mana dia menyorok.

Mirae terpandang penyapu di sebelahnya. Dia mengambil lalu keluar dari tempat persembunyian nya.

"Jangan dekat kalau tak saya ketuk kepala awak" ugut Mirae sambil mengacukan penyapu ke arah Chan. Chan menyengetkan kepalanya ke tepi lalu ketawa kecil.

"Penyapu je? Bukannya boleh bunuh saya pun" sindir Chan. Dia menghampiri Mirae membuatkan gadis itu berundur ke belakangnya. Mirae mengetap bibirnya, dia membuat keputusan sama ada ingin memukul kepala suaminya atau tidak.

"Jangan cabar saya Chan" ujar Mirae. Chan hanya menghiraukan kata-kata Mirae dan mengangkat tinggi pisau itu.

Pukk

Mirae mengetuk kepala Chan membuatkan pisau di tangan lelaki itu terlepas dari tangannya. Dia menutup kepalanya daripada di pukul oleh Mirae.

"Aduh sakit Mirae, berhenti pukul" Chan sedaya upaya memberhentikan perbuatan gadis itu. Mirae berhenti dari memukul lelaki itu.

"Awak dah sedar belum" tanya Mirae. Chan mengangguk. Mirae meletakkan penyapu di tempatnya.

"Mianhae, sakit ke"

"Sakit lah"

Chan merungut sambil menjuihkan bibirnya ke hadapan. Mirae ketawa kecil seraya menggosok-gosok perlahan dahi suaminya yang mula memerah.

End Flash back

"Bengkak sikit je" ujar Mirae lalu melangkah ke arah peti sejuk dan mengeluarkan beberapa ketul ais sebelum memasukkan ke dalam sehelai kain.

"Meh saya tuam dahi awak tu" Chan menghampiri Mirae.

"Tunduklah sikit" arah Mirae. Chan membongkokkan badannya dan dahinya di suakan ke arah Mirae. Mirae mula menuam dahi licin Chan.

"Okay tak" tanya Mirae.

"Okay" balas Chan lalu menatap wajah Mirae yang leka dengan dahinya.

"Nanti okaylah dahi tu, saya nak basuh kain ni kejap" ujar Mirae lalu pergi ke arah sinki untuk membuang ais yang berada di dalam kain.

Kringgg

Bunyi loceng rumahnya berbunyi membuatkan Chan bergegas ke arah pintu. Chan membuka pintu dan terpapar dua wajah lelaki di hadapannya.

"Kenapa datang sini Jisung?" tanya Chan. Jisung mencebik.

"Saja nak jumpa kau orang. Kau kan jarang keluar" balas Jisung. Chan mengangguk lalu menyuruh Jisung dengan Minho masuk.

"Chan, kenapa dengan dahi kau?" soal Minho apabila perasan dahi lelaki kelahiran Australia itu sedikit bengkak.

"Tiada apa-apa lah" ujar Chan. Takkan nak beritahu yang dia baru je kena ketuk dengan penyapu. Mahu kena bahan dengan Jisung. Kalau Minho tak pelah, dia pendiam namati.

"Korang datang sinis buat apa?" tanya Chan.

"Ermmm kitaorang nak beritahu sesuatu" balas Jisung. Chan mengangkat keningnya.

"Apa dia?"

"Pasal keluarga Sohye"

To be continue

Dah kenapa dengan keluarga Sohye. Bukan sohye dah mati ke?

Kalau nama Sohye lain dari bab sebelumnya.

Aku lupa nama dia hshshsh

[C] UNDER MY LOVE |BANGCHAN|Where stories live. Discover now