9|༆

229 29 7
                                    

Sebulan kemudian~

Perkhawinan antara Bangchan dan Mirae hanya di ketahui oleh Jisung dengan Minho sahaja. Mirae tidak memberitahu Mingi dengan Yunho disebabkan dia tidak ingin mereka berdua tahu rahsianya.

Bangchan membawa masuk beg milik Mirae ke dalam rumahnya. Mirae masuk ke dalam sambil melihat sekeliling rumah.

Semuanya berwarna putih... baginya ia nampak kosong.

"Rumah aku memang macam ni, warna putih. It's my favourite colour." ujar Bangchan. Mirae hanya mengangguk.

"Kenapa mesti putih" tanya Mirae. Bangchan memandang ke arah Mirae sebelum tersenyum nipis.

"Sebab warna dia kosong. Begitu juga aku, kehidupan aku penuh dengan kekosongan" balas Bangchan.

"Kalau kau?"

"Warna hitam, entahlah tak tahu sebab apa suka sangat dengan warna hitam tu"

"Setahu aku, warna hitam sering berkait dengan aura kegelapan,suram dan kesunyian. Kau mesti ada kisah silam yang kau pendam kan" tebak Bangchan. Mirae hanya tersenyum nipis.

"Belum tiba masa awak perlu tahu" ujar Mirae.

"Take your time sweety, bila kau dah sedia beritahulah. Jangan pendam je" tutur Bangchan seraya tersenyum manis ke arah Mirae. Mirae mengangguk sebelum membalas kembali senyuman ke arah lelaki yang bergelar suaminya.

Dia tiada lah seteruk mana...

"Kau nak tidur asing ke, aku faham kau mungkin tak selesa kan" tanya Bangchan. Mirae mengangguk. Bangchan membawa beg ke arah sebelah bilik lelaki itu.

"Gomawo" ucap Mirae. Bangchan mengangguk seraya menggosok-gosok perlahan rambut Mirae. Mirae hanya redha rambutnya sedikit kusut.

"Kau kemaslah apa yang patut, aku nak bersihkan badan aku" ujar Bangchan.

"Okay" balas Mirae lalu menutup pintu. Mirae memandang sekeliling biliknya, bersih juga. Dia mula mengemas apa yang patut di kemas.

===

Pukul 7.00

Bangchan keluar dari bilik dan melangkah ke arah bilik Mirae. Dia mengetuk pintu bilik isterinya. Mirae membuka pintu dengan mata terpisat-pisat.

"Hmm nak apa?" tanya Mirae dengan nada serak-basah. Bangchan tersenyum melihat kecomelan Mirae.

"Aku nak keluar ni, kalau aku balik dalam pukul 9 ke atas. Jangan keluar bilik walaupun aku panggil kau. Dengar tak ni" balas Bangchan. Mirae menganggukkan kepala tanda faham.

"Jaga diri nae" pesan Bangchan seraya mengucup dahi gadis itu sebelum turun ke bawah. Terus segar mata Mirae, dia menyentuh dahinya.

"Tadi dia kata apa eh?"

To be continue.

Boleh pula lupa minah ni hshshs

Vote and comment

[C] UNDER MY LOVE |BANGCHAN|Where stories live. Discover now